Friday, April 22, 2011

Aku ni tak berapa nak minat la

dengan baju budak2 yg tajuknya gah sangat. maksud aku yg banyak jual kat blogshop.

contohnya ni ha




aku tak berani nak kata yg ni fake ke apa. tapi kalau RL, burberry ko boleh dapat dgn rega jusco kids, aku rasa semacam la jugak. tapi mungkin jugak baju2 ni jadi murah sebab

1. ori dan rejek
2. ori overstok kilang
3. ori dan diwholesale oleh peniaga2 kecil yg takyah sewa kedai memahal
atau
4. memang tak ori

sebabnya memang aku tahu, china pusat segala. kebanyakan branded stuff pun made in china. mana ada lagi made in uk, made in us. aku takde masalah dgn labelling dia. made in mana pun. dah kilang dia mmg kat situ. cuma sekarang ni bila dah terlalu banyak yang murah dengan label yg sama, susah jugak nak bezakan. original licence atau kopiket.
(ada yg ori pun aku dah malu nak bagi anak2 pakai..-ni ciklel selalu marah aku!)


aku penah 2 kali beli baju budak2 ni thru online. saja nak ngetest. hasilnya...

1. sangat hampeh. material sekali pakai boleh buat lap meja. (GUESS n ZARA)

2. ok. sebijik macam beli butik. (GAP)

so kesimpulan aku, kalau gap mungkin SESETENGAH stok kualiti sama dengan original sbb maybe baju tu mmg ori dan atas sbb2 di atas, harganya lebih murah. tapi kalau tajuk lain tu...ermmm...susah skit mendapat kepercayaan aku nih. lagi satu aku peratikan ada blogshop akan stated 'AUTHENTIC' untuk sesetengah stok utk label A, B, C etc. so tajuk yg dia tak letak tu otomatisnya 'AUTHENTIC? NO LAH!' kan! 

sekarang ni aku lebih suka beli yg blh tgk depan mata. boleh belek kualiti, boleh try kasi puas hati. (tapi konpem2 dah tak jenguk tajuk A dan B dah! eh tapi hari tu, termelangkah jugak masuk..napsu luar kawalan...ngeeeee)

tapi untuk baby ni, aku rasa nak cari romper online. sbb aku dah study dah, insyaAllah romper kalu, kualiti lebih kurang dengan yg aku beli kat metrojaya sales hari tu. dengan syarat tajuk tertentu sahaja...

dan satu lagi yg aku belajar, nk beli online, belilah tajuk yg tak kaya sangat. kualiti kain konpem ok!

contohnya



aku tak tahu apa tajuk jumper ni..sbb tak brapa femes kot so aku tak ingat. tapi kualiti aku konpem pakai sampai tak muat...


tajuk2 keluaran malaysia?? aku dah lama banned!
1. yg murah pakai sekali melebeh
2. yang konon elok harga tak masuk akal. baik aku beli tajuk aku tak kenal tapi puas hati. lagi jimat duit aku..



*aku memang penggila romper/jumpsuit/jumper
**aku suka guna TAJUK instead of BRAND. sbb aku rasa sgt annoying bila citer psl brand2 ni..hishh!





1 comment:

Norain Nizar said...

puan, kalau puan suka silalah beli romper/jumpsuit di mothercare. saya sukaaaa. berbaloi2. hikhik