umakaihhh panjang bebenor namanya..huehuehue
satu lagi biskut peberet yang mesti ada di kala raya menjelma. takde biskut ni memang tak rayalah kakbedah :D
banyak betul versi semprit emprit ni. dah banyak kali try ikut ajaran cikgu lain2. kali ni ambik dr Nziela myresepi.
hasilnya sangat bes.
cuma yang tak berapa nak bes, akak konon nak derhaka dengan resepi ni. nak buat semperit badam. picitkan blueberry filling ngan tabur badam atas. sekali bila akak picit memanjang filling tu, dah tak boleh nak tarik satu2 biskut tu. jadilah pecah berderai..sedih tau..eh suka sebenarnya. boleh ngap ngap. hiks
nampak? kejadian yg kurang menarik..
last2, bila akak dah fedup, terus jadikan kuntuman debunga dahlia safiyya..picit blueberry kat tgh2, boh badam, setel!
ok, jom tengok resepi.
Bahan-bahan ( - )
300g butter
160g gula ising
100g tepung jagung
160g tepung kastad
240g tepung gandum
2 biji kuning telur
Cara-cara
- Pukul butter, gula aising hingga kembang.
- Masukkan kuning telur, kacau sebati.
- Masukkan semua jenis tepung, gaul dan uli sebati.
- Terap atas loyang. Untuk hiasan ceri, coklat rice atau coklat chip, boleh letakkan sekali.
- Bakar 150C selama 20 minit.
*esok last projek mengukis. Wasabi Cheese Cracker special request by ayahwan bebudak. aduhh..mood oh mood...marilah mari.
2 comments:
Wah makcik!! Kagumnyer!! Tak berapa rajin la nak megukis sendiri.. Next year nk try la.. Berapi plak tengok hasil kukis kamu!!
ni pun faveret saya nih..hheh.salam kenal tuan cookies semperit.saya follow sini..
Post a Comment