wahhh gituuuu.....
step by step la plak...hahaha
ala korang ni kasi can la skit
feeling2 diva masak
sesekali nak jugak khenn..hiks
sebenarnya dah lama dok usha biskut ni
kat blog citarasawan
hari2 dok berangan
tunggu bahan semua cukup
alih2 2-3 hari lepas nmpak kak ita masam manis lak yg buat
lagi membuak2 hasrat hati..
nampak comel sungguh kejadian hasil tangan beliau
kretip tau kakak tu.
ok seperti biasa kasi tayang bahan2 nya
biskut oreo yang dibuang krimnya
memula aku kisar guna blander sebab sikit sangat biskutnya. 20g je utk dicampurkan ke dalam adunan. nak pakai food processor tak boleh. sekali dah terlupa bahawa oreo yg nak digolek2kan tu pun kena kasi kisar halus jugak..adehhh dah keja dua kali.
campur semua dan ayak.
adunan akan menjadi sedikit lembik. takpe, jangan risau sebab memang begitulah suratannya. :)
ni lak kaedah double boiler utk cairkan coklat.
bagi yang masih blom biasa dengan kaedah ni, pastikan mangkuk atas tu tutup abis permukaan periuk bawah. sebabnya kalau wap air boleh keluar dari permukaan periuk tu, akan menjejaskan coklat dan sukar untuk mendapatkan hasil yang baik. (ecehh...malu plak rasanya memberi penerangan sebegitu..heheh)
ok, mari tengok resepinya..copy dari dapur kak ita. mintak izin share ya kakak...tq!
by: Citarasawan
Bahan A
280 gm mentega
200 gm gula castor
Bahan B
250 gm tepung gandum
50 gm serbuk koko
30 gm tepung jagung
20 gm biskut oreo - dikisar halus buang dulu krim dia
1/2 sudu teh baking powder
Hiasan
Putih telur - ita tak letak (saya pun tak letak)
Biskut oreo - dikisar halus buang dulu krim dia
Coklat masakan putih cairkan
Croquant - ita tak letak (saya pun tak letak)
Pukul bahan A hingga kembang
Semua bahan B satukan, kemudian ayak dan masukkan dalam bahan A dan gaul sebati hingga menjadi doh yang lembut.
Masukkan adunan dalam piping bag dengan nozel bentuk bulat dan memanjang.
Tekan atas tray hingga habis.
Sapukan atasnya dengan putih telur dan taburkan serbuk oreo di atasnya.
Bakar pada suhu 150C selama 25-30 minit
Keluarkan biskut setelah masak. Tunggu biskut sejuk.
Paip kan dengan coklat putih.
Cara ita (saya ikut cara kak ita jugak...)
Doh yang telah siap ita gentel bulat2 bentukkan seperti guli angaran berat 6 - 8 gm.
Kemudian ita golek2kan atas oreo hancur tu.
Susun dalam paper cup dan bakar.
Selepas tu boleh lah melorek atasnya.
ni rupa lepas dah gentel2 golek2 dalam oreo
inilah kejadian selepas proses pembakaran lebih kurang dalam 25 minit.
and.....
Final touch! :))
sebenarnya susah jugak nak handle coklat putih ni. sebab lebih cair berbanding coklat koko. so apa yang perlu dibuat adalah, bila coklat dah cair, biarkan seketika, agak2 dah sedikit pekat barulah dipaipkan ke atas biskut. dan tangan juga haruslah lembut yer adik2...kerana hasil tangan keras adalah seperti di atas..hahahha
ini contohnya bila cubaan melorek di kala coklat masih cair..huhuuu..buruk bebenor!
(semalam punya kejadian neh)
dan hasil hari ini lebih baik..alhamdulillah :)
dah tu apalagi?? pegi beli oreo sekarang!
~selamat mencuba~
7 comments:
amboi mama naaaa.. sempat lg tuh nguliiii
hahahah....smlm ok, hari ni kerjasama umar kurang baik..letih!
alamak!! kite dah tertambah tepung supaya dia tak lembik sangat..kenkonon nak buat macam doh biskut yang kite biase buat.tak sempat nak merujuk step sebab line tenet down mlm tadi..tak tahulah jadi ke tidak nanti..
Kiki yumi
Hehe...harap2 jadilah tu.. ☺
salam sis boleh tau tak mangkuk kaca untuk double boiler tu beli mana? cari kat online tak jumpa la..terima kasih sis 😊
Wslm ainee,
Yg tu akak pakai mangkuk pyrex. Rasanya kalau tak ada mangkuk kaca boleh pakai stainless steel. Asalkan mangkuk atas lebih besar dr bawah.
resepi nie untuk berapa biji biskut?
Post a Comment