assalamualaikum.
salam 9 Ramadhan untuk semua..*wah gaya2 sopan gitu. (eh eh, n3 semalam ni..)
*maknanya jg dah semilan hari akak tak pose..sob sob. harap2 dapatlah cecepat menjalankan ibadat puasa tahun ni. tak sanggup nak ganti lelama woh...hazab.
hari ni projek kuih raya dah pun bermula. semalam dengan segala kepayahan, berjaya jugak menyetok bahan2 yg diperlukan. kenapa aku kata segala kepayahan?
umar diangkut bersama-sama. dah tu sapa nak jaga?
memula ok je dok dalam seater, tinggalkan dlm keta ngan ayah dan abang. dh bg susu siap2.
1.aku masuk kedai tak sampai 10 min, dia dh bukak siren. ayah tatau nak buat apa, surrender, panggil mmy. pause kejap cr brg, masuk balik keta.
2. hangkut semua sekali masuk kedai, aku dukung umar, ciklel ambik barang atas arahan. tak sampai 2min umar bukak suara lg. dah kena pause lagi. hurmmm...cobaann...
masuk keta, susukan lg sekali agak2 dh diam, tinggalkn semula ngan ayah.
3. aku ngan icha masuk kedai semula, grab laju2 mana2 yg blom ambik. sambil dok intai2 umar ngan ayah. nasib baik park dpn kedai. last2 nmpk umar nanges xhengat, aku masuk keta, ciklel masuk kedai.
haaa...hambekkk.....tak ke penuh dugaan dan cabaran tu??
gigih okeh! gigihhhhhhhhh..........
payah jugak rupanya bekerja membuat kuih raya diiringi rengekan anak kecil berusia 41 hari yang dah tak brapa nak tido. asik2 wek..asik2 wek..
tambah plak dgn kerja wajib tetiap pukul 12tgh. hadap citer korea kat ntv7.
org lain agaknya dah basi citer ni akak baru nak hegeh2 tengok...dahnya baru skg perasan kat rumah ada tv..huehuehue
tgk citer ni blh senyum ketawa sengsorang okeh. sangat comel. *citer ni yang comel bukan akak.
nak ikutkan zaman kegemilangan drama2 korea dlm idup akak dah lama padam. dulu2 memanglah hantu. sejak2 dah bz beranak 2 takdenya masa nak hadap citer2 ni semua.
la ni pakka sedang bersenang lenang 3 bulan, bolehlah terjebak..aduhh rindu okeh. bagi aku takde citer korea yang sampah. semuanya bes2. even yg nmpk bodoh2 pun sebenarnya bes. I love k-pop! *eh tetiba
ok, sebelum melalut lelebih, yuk masuk cerita kuih raya. dlm kalut2, sempat jugak akak ko ni bergambar bagai. hahaha....kata semangat khenn!
nah, bior je gamba yg citer.
oh, resepinya. *udah jadi blog masak2 la plak...
nak jadikan rujukan diri sendiri di lain hari..
Resepi cedokan MyR la mana lagi..
Bahan-bahan ( +-160 keping )
· 1 buku butter/1 cawan majerin(250g)
· 1 cawan mumbung gula icing(150g) / 1 cawan rata gula halus(130g)
· 2 biji kuning telur & 1 sudu teh pewarna kuning
· 2 2/3 cawan rata tepung gandum(270g)
· 1/3 cawan tepung jagung/kastad (2 sudu makan)
· 1 sudu teh baking powder-diayak bersama tepung2.
· 4 cawan nestle honey stars - dikisar
· kuning telur utk sapu & lebihan honey stars utk hiasan.
· 1 cawan mumbung gula icing(150g) / 1 cawan rata gula halus(130g)
· 2 biji kuning telur & 1 sudu teh pewarna kuning
· 2 2/3 cawan rata tepung gandum(270g)
· 1/3 cawan tepung jagung/kastad (2 sudu makan)
· 1 sudu teh baking powder-diayak bersama tepung2.
· 4 cawan nestle honey stars - dikisar
· kuning telur utk sapu & lebihan honey stars utk hiasan.
Cara-cara
1. putar butter & gula hingga kembang. masukkan kuning telur & pewarna, putar sebentar saja dlm 10 saat.
2. masukkan tepung berselang seli dgn honey stars kisar. uli perlahan hingga mnjadi satu doh yg agak lembut. xmengapa jika ia nmpak lembik skit, coz x lama kmudian doh akan mengeras.
3. gelek doh di antara 2 helai plastik, terap ngn acuan yg digemari..jgn lupa celup penerap tu dlm tepung dulu supaya mudah tertanggal..
4. susun dlm dulang yg brsapu butter, sapu kuning telur di atasnya & letakkan sebiji honey star.(letak je, x payah tekan, ia akn mlekat coz h/star kn manis.
bakar dlm oven yg tlah dipnaskn terlebih dulu. 150c, selama +- 30 minit atau lebih. jgn guna suhu tinggi, nnti kurang rangup/garing. (saya bakar lebih kurang 12 minit jer, ikut oven masing2)
okeh, ini hasilnya...
kecintaan kanak2.. :))
2 comments:
Wahhhh suke haku nengok kerajinan ko ni kak....nanti ai ceduk resepi ni masuk buku resepi turun temurun haku plak....blh ya....
eh tersangatlah bolehnya..sila.sila..:)
Post a Comment