Saturday, August 26, 2017

Cuti2 Bajet 2017 : Al-Safina Resort, Kijal



Macam biasa otw balik kb akan singgah overnite di tganu.

Kali ni aku pilih resort baru di Kijal sbb dah boring dengan Awana Kijal. 


Al Safina Resort, Kijal.
Katanya resort ni baru je beroperasi tahun lepas. Sblmnya Al Safina ni hanyalah restoran nasi arab. Ada terbaca mana tah masa cari2 review. 


Family deluxe room. Untuk 6 org. 2 katil double 2 katil single. 


Ini mcm satu bilik lain. Tp utk family room ni dia attach sekali dgn yg atas td.  Maksudnya dlm bilik ada bilik. 


Walaupun bilik agak sempit tp selesa. Oklah dengan harganya. 

Booking thru booking.com. Harga RM380 termasuk bfast utk 6. 


View pintu belakang. 


Ini view depan unit2 yg ada. 


Betul2 depan bilik. Senang makpak monitor anak2. 


Jom jalan2 ke pantai. 


Access ke beach dr pintu blkg resort. Kena cross jalan kecik. 



Pantai terengganu ni cantik sangat. 
Tak macam melaka. Opsss!


Tenang dan damai. 



Malamnya kitaorg dinner kat resort je. Nasi arab. Okla not bad. Cuma ciklel kata nasi arab dima melaka lagi sedap. Bagi aku nasi arab damayik yg kat seremban tu lagi win. 

Breakfast tak banyak sangat choice. Tp okla still acceptable. Ada nasi lemak, mihun, roti arab style, sosej, bun manis, scramble egg, cereal dan nuts salad. 
Eh ingat pulak aku ya. Hahaha


Lepas bfast, macam biasa sekali lagi bebudak gedebushhh terjun kolam. Dorang je conquer kolam tu. 


Pool kecik je. Tapi boleh la utk bebudak.






Ok sekian review utk Al Safina Resort.
Overall kakmek bagi 4✨

Sampai jumpa lagi. 
Tata.



Tuesday, August 22, 2017

Puteri bongsu, Melur Nadra.

Assalamualaikum semua..

Darling baru mmy..


Alhamdulillah budak kecik ni tak kena kuning pun. Ada la skit. 2x pegi ambik darah, result 1st 10.4. Repeat next 2days 7.2. So oklah. Kata doktor tak payah dtg lagi. Yeayy!!

Syukur jugak sebenarnya keempat2 dorang ni takde kuning. Kalau tak seram jugak bila baca kisah ibu2 lain. Dalam pantang ulang alik hospital. Alhamdulillah aku takde pengalaman tu..

Mungkin jugak, mungkin lah kan, sebab asbab 1-2 benda yg aku ambik masa preggy. Membantu jugak kot. 



Aku syak maybe salah satunya khasiat dari salindah. Dari 1st baby sampai yg keompek ni aku isap salindah (pil dia isap bukan telan gulp). Alhamdulillah result semua sama. Selain baby tak kena kuning, tulang temulang jugak keras kemain. Dalam hari siap berdiri tegak kaki kepala segala. Hahaha. Antibodi pun alhamdulillah kuat. Bersalin pun mudah. 
 
Usaha lah. Tapi belum tentu berjaya kat aku akan berjaya kat korang jugak. Tp cuba tak salah kan. 

Okeh adik2..utk yg baru nak jd mak tu, boleh la try gugel psl salindah. Akak tak jual. Akak share barang baik je. Sbb skg dah tak glamer salindah tu. Takde nampak iklan kat mana2. Maybe pengguna lama je yg dok repeat. Yg baru tak tahu menahu kewujudan. 



Ni genap 1 bulan. 15 Julai 2017. 
Berat pun naik dgn jayanya. 4.7kg 😍
Teruslah membesar dengan sihat sayang...


2 bulan. 15 Ogos 2017.
5.4kg

Masa honeymoon tinggal tak berapa minggu je lagi. Marilah sayang kita gunakan sisa2 ni sebaiknya...uwaaaaa

Oklah takmo sedih2. Jom packing!
Jumpa lagi. 
Tata.


Raya 2017

Assalamualaikum. 

Cerita basi. Tapi takpelah kan. Tepek sini pun untuk kenang-kenangan masa hadapan. 

Raya tahun ni kebetulan turn melaka dulu. raya melaka lah kita. Lagipun baru hari ke 20 pantang. Tak balik kelantanlah nampaknya. Huhu


Maaflah anak2. Tahun ni tema carca marba. Dpt korang punya baju raya pun dh cukup baik. Apa2 kaler pun belasah je lah..kahkah





Muka kena tinggal berdua. Org lain pegi beraya. Wuwuwuu