Showing posts with label emiralisa. Show all posts
Showing posts with label emiralisa. Show all posts

Monday, March 19, 2012

Kek Pelangi untuk Kakak

oleh kerana bday kakak jatuhnya pada cuti sekolah
maka jumaat before holiday tu
aku dah siap2 prepare sikit lebih kurang utk dia bwk ke skul

maka dalam minggu tu
agak gigih la jugak mengukis
choc chips je pun
nak kawankan dengan giraffe toys utk goodies 
memang tak laaa aku nak letak jajan segala
maka terpaksa la berhempas pulas
memerah keringat
alah boleh je beli pun
tapi being me
semua pun nak buat sendiri
kadang2 penat dgn diri sendiri tsk tsk





aku pack kan 5 ketul utk setiap orang. 
oklah kan.
budak je pun. 
utk teachers, aku longgokkan dalam satu pack.
takde giraffe utk cikgu ya. 





toys ni sangatlah comel.
tekan bawah, giraffe tu akan liuk lintuk.
tekan half, kepala je akan turun naik.
sangat2 comel.
dengan aku2 skali ralit mainkan benda alah tu..he he
tp bila bagi umar, baling!




rainbow kek.
tak tahu rupa dalam cemana.
cikgu janji nak upload gamba.
sampai sudah xde pun
ermm..takpelah.

tak sempat nak italian buttercream bagai.
dapat buttercream biasa dah cukup syukur.
tak sempat okeh.
pukul 10 lps umar tdo baru blh hadap.
seb baik kek dah siap petangnya.
deco sikit lebih kurang, setel.

yang tak menahannya, font banner adalaaaah sangattt.
ha ha
aku belasah je mana yg sempat.

kakak had so much fun.
excited gile nak bwk birthday cake ke skul.
alhamdulillah.
puas hati bila dapat buat sendiri untuk anak2.
biar pun penuh ranjau kesukaran
selagi daya.



HAPPY BIRTHDAY KESAYANGAN MUMMY, MAWAR ALISA.
SEMOGA KAKAK MEMBESAR SIHAT SEMPURNA, MENJADI ANAK YANG SOLEHAH, BERJAYA DUNIA AKHIRAT.



MUMMY SAYANG KAKAK!


Friday, February 10, 2012

Nabi Muhammad SAW

icha : mummy, nanti hari Jumaat skul kakak ada besday Nabi Muhammad SAW (sebut dgn penuh kepayahan)

mummy : oh ya? skul mummy pun sambut Maulidur Rasul Jumaat ni.

icha : abis, nanti Nabi Muhammad nak pegi mana? skul kakak ke skul mummy? (sangat kongpius)

mummy : errrrr......(garu kepala)

~laju2 pikir semua jawapan pada soalan yang bakal keluar nanti





serupa ke?




ok, yang ini memang konpem!



**kadang2 boleh jadi sangat sukar.

Thursday, August 11, 2011

Abang

lama tak citer pasal teruna sorang ni. almaklumkan...abangkan abang! 

bila adik dah berderet, abang rasa terpinggir.
asiklah mengalah dengan adik
kadang2 abang naik hangin
tak tahan karenah adik
buat mmy dan ayah pun sama2 naik hangin


mmy tahu abang bijak
sangat protective
sangat sayangkan adik2
cuma kadang2 abang menguji kesabaran

meskipun, abangkan abang...
namun abang 
masih simanja ayah


icha kawan bermain
icha jugak kawan bergaduh
kadang2 mmy nmpk abang lebih selesa 
lebih gembira tanpa icha
senang segala kerja abang
aman dunia abang
tapi itu semua seminit cuma
kerana abang tak bisa tanpa icha



abang bijak
abang kuat
abang bersemangat
abang suka banyak benda
abang minat macam-macam


Ramadhan tahun ni masih lagi percubaan untuk abang
mmy dan ayah tak pernah memaksa
abang tahan abang puasa
jejak jam 5 dah cukup syukur bagi mmy dan ayah


breakfast adalah sahur
sebelum sekolah ayah suapkan
ayah takut abang tak tahan
ayah takut abang kelaparan
sebab
abang simanja ayah


berlarilah sayang
dunia abang di depan mata
cuma jangan lupa memijak bumi
ayah dan mmy ada di sini
payung sentiasa terbuka untuk abang
untuk adik-adik

sayang abang tinggi-tinggi!



*nak kata sajak bukan, pantun bukan, gurindam pun bukan. ah mmy belasah je... :D

Monday, June 27, 2011

Jangan hantar anak pegi tadika awal2!

Dulu-dulu, selalu jer dengar ayat2 amaran mcm tu. katanya nnti budak2 cepat boring dengan skolah. 

ok, time takde anak dulu kita accept jer kot. manalah nak tahu. betul jugak kan. kalau dulu 4 tahun tu dah kira awal giler budak masuk tadika. takde child life katanya. atuknenek pun sure marah kalau paksa2 anak pegi skolah. dah la kena bangun pagi2, kena paksa lak buat homework bagai..

tapi sekarang jangan kata 4 tahun, 2 tahun pun dah boleh pegi skolah. bukan skolah main2, makan2 jer...tp skolah yg skolah! 

kalau kat uk, 3 tahun dah memang wajib masuk sekolah. pree! kat malaysia ni baru nak implement benda ni. tapi biasalah, yg pree haruslah terhad ~ PERMATA PINTAR yg konon2 nya utk anak2 miskin, last2 anak2 kaya yg melambak~peruntukan juta2 utk konsert seni tu seni ni....memang vavi!

so, kalau nak hantar jugak, bayarlah wahai mak bapak beratus2 sebulan.
mana yang tak mampu tu, tunggu jelah anak cukup umo 5 tahun baru boleh masuk tadika kemas free..
mana taknya, nak masuk preschool feesnya mengalahkan masuk u...tulah akibatnya bila education dah jadi business. tahniah kerajaan!!

ok sebelum melalut, jom balik ke pangkal jalan.

kalau sorang ok lagi. dah kalau 3? 4? mana nak cekau bulan2 bayar tadika jer beriban? baik bela bibik, dok rumah jaga anak2, rumah pun terurus...kata Puan X

betullah kata Puan X kalau nak ditimbangkan dari segi penjimatan dan pengurusan rumah. tapi cuba timbangkan dari segi ni...












mungkin bagi setengah orang takde peliknya anak 3 tahun dah boleh menulis. mungkin ada yg lagi advance setahun atau 2 tahun. tapi bagi aku, anak 3 tahun boleh tulis macam ni dah cukup syukur alhamdulillah...
walaupun belum lg boleh membaca, bila anak2 dah dapat satu kemahiran asas ni seawal 3 tahun dah cukup buat makbapak hepi.
ya lah, dulu2 kebanyakan kita kenal hurup pun bila dah masuk tadika 6 tahun...tu pun kalaulah masuk tadika! aku la tu.. kuikui..









biasanya, nak suh dok diam, bagi selai kertas (kaler pink yer!), dia akan dendiam cari port dan mula tuliskan ABC, 123 sampai abess... 
tapi AWASSSSS.....jgn sesekali tegur. karang tak pasal makbapak yg kena setelkan...




alhamdulillah berbaloi...
abang dulu pun masuk skul umo 3 tahun. dan tak pernah nmpk dorang boring dan taknak pegi skolah.
dan aku rasa preschool sekarang tak akan buat budak2 boring walaupun masuk skolah seawal 2 tahun....setuju?



Thursday, June 16, 2011

Cuti lah!

cuti sekolah lps kitaorg balik kg. rasa dah lama giler tak balik kb. sbb cuti bln 3 hr tu tak balik. biasa mana penah cuti sekolah tak balik. makanya walau dlm keadaan sarat barat camni pun plan balik kg ttp diteruskan.

2-3 hari sblm tu ciklel dah tnya aku confirm ke aku ok, nk travel jauh2. bukan sejam dua weh. paling cepat pun 10 jam. itupun ikut gua musang. kalau terengganu, mau belas2 jam.
memang lah nak ikutkan keadaan aku ni dah tak patut pegi memana dah. dok jer dendiam kat rumah.
tapi tetap nak gagahkan diri jugak. lagipun dah plan utk buat doa selamat kat sana. so misi diteruskan walaupun getir.

10j travelling dalam keadaan yang bukan mcm org lain ni memang seksa wehh. berenti pun 2 kali jer. nk sgt cepat sampai.
sakit situ sini takyah nak cerita. kalau korg nak tahu sakit urat sarap tulang aku bukan mcm biasa org2 lain peknan tu. ni spesis apa pun susah nak cerita. tapi dia punya penangan Tuhan jer yg tahu. alangkan dok sesaja kat rumah pun, sakitnya tak menahan, lagi plak tercongok dalam keta puluh2 jam.
dan dalam 2-3 minggu ni memang tak boleh nak angkat kaki sendiri. naik turun katil, kereta, semua kena bantuan tangan untuk naikkan kaki. terutama belah kiri..hohoo..takpe, akak redha. :)

sebenarnya sakit ni mula dari zaman icha dulu. penangan dr bersalinkan emir. ingat lagi aku citer aku tak boleh nak gerakkan kaki lps deliver emir? haa...nilah kesannya lepas tu. bila mengandung jer, sakit tu datang balik. icha dulu pun mcm ni jugak. tp rasanya kali ni lebih teruk. mungkin tambah dengan faktor umur dan macam2lah. sebab tu org selalu assume aku tgh tunggu hari bila nmpk cara aku berjalan. tambah2 lagi dengan perut boyot ke depan kaw2 punya. kata dorg dr belakang langsung tak nmpk mcm peknan. still bershape..awww...akak suka! hahahah

balik dari kb, kitaorg lalu terengganu. sebabnya dah plan nak singgah semlman kat kijal. bawak budak2 bersuka ria. kesian lak dorang, kat kb pun tak byk aktiviti boleh buat sbb keadaan maknya tak mengijinkan.

oklah, budak2 hepi kita penat sikit pun takpe...lagipun aku tak buat apa pun. semua ciklel yg uruskan. penatnya cuma nak jalan2 turun ke pool dan beach tu jer. walaupun dekat tp bg aku jauhhhh la sangat. mana taknya kalau jalan dah macam siput, memang la....

sebenarnya mlm tu aku dah rasa tak sedap perut. tak lena tidur pun. asik rasa nak pegi toilet. tapi takde pun berinya. kejap2 rasa, kejap2 rasa. pagi tu lps breakfast pun rasa lagi. dah mula tak sedap ati. nak makan pun takde selera sbb perut asik sakit jer. so sepanjang jalan dari terengganu ke melaka dok la menahan. aku agak braxton hicks, tapi mcm kerap la plak. mcm betul2 dah nak. cuma tak berapa nak kuat. kalau rate, dalam 2-3/10 camtulah.. ciklel dah risau..kejap2 tanya. kejap2 tanya...

dan dengan itu maka terbantutlah juga niat nak berenti makan durian kat segamat sbb aku tak hingin langsung nak makan apa2 hari tu..nk cepat sampai rumah jer...bila teringat balik rugi okeh!

esoknya, kebetulan memang appointment. bila check, kata doc bb dah engaged n ada sikit bukaan. aku macam haaa???? so betullah semalam punya sakit tu.
disebabkan aku baru 34wks at that time, maka doc bg ventoline utk halang contraction lagi. sebab blom cukup masa. masih ada 3 minggu seblm 37 yg betul2 selamat utk bby keluar.

dan mc sampailah aku bersalin..alhamdulillah.

sebenarnya kalau tak jadi mcm ni pun, mmg dah plan nak mc awal sbb aku memang betul2 tak larat dah nak keja. dan dr.chia pun dh advise suh dok rumah jer. cuma takdelah seawal ni. ingatkan 2nd wk sekolah bukak. tp bila dh jadi cam ni, selasa lps dah setat mc. so segala keja2 yg blom setel terpaksa bawak balik rumah.
alhamdulillah semlm ni dah setel segala, hari ni mintak tolong ciklel hantarkan buku2 rekod budak ke sekolah. lepas ni dah boleh cuti dengan aman..


ni sikit sebanyak pic aktiviti cuti sekolah hari tu..




bday bash abang kat kfc jer. dihadiri semua kaum kerabat nenektokpa lah.
~ayhwan n ayhngah jer yg takde..
punah lagi harapan aku nak buat majlis yg proper skit utk anak2. takpe, insyaAllah tahun depan ada rezeki, kesihatan baik, kita buat ya sayang!


memula mmy berangan nak buat sendiri kek. dah bawak balik segala mak nenek alat senjata. sekali..ambik kau, buat kat kedai jelah. tapi kek ni memang bes. 1st time jumpa kek bes puas hati selain SR. dan seb baik ada kepala clown dalam simpanan, tgk deco asal tak selera makk..hahha.




ustajah pilihan. 
skg ni pegi memana request nak pakai seluar panjang n tudung jer..erkk..kalau ikutkan maknya, suar pendek manjang...huhuu..bagus2.



tp awning tudung ni mcm tinggi sangatlah. rimas lak aku tgk. sbb sbnrnya ni org besar punya. aku jaitkan kat bwh leher kasi muat muka budak kecik ni. susah nak cari plain utk budak2 camni. yg bnyknya ada ropol2 bagai tu. haih tak berkenan aku. hari tu dh trykan dia inner neck yg aku beli tak penah pakai. ok skit. takde awning n labuhnya ngam2 ngan dia. masalahnya kaler itam. mana mau dia itam2 ni. nak pink sajer...haihh!



rombongan ciksemah ke kfc tesco..hahha. kental okeh bergambar reramai camnih.



@awana kijal
























bye!



Monday, April 18, 2011

Janji

anak2 ku..
ingatlah, janji seorang ibu tidak akan menghampakan 

muhahahhahaaa......




sekali ayah lak yg hover...tak nyempat tukar baju ke bangggg???





bertungkus lumuih



pembantu2 kecik yg sama seboknya..



hoyehh siap!
 mana mau port ni?
kalau kat luar, konpem2 jadi hiasan taman astakona jer..




kat sini?? tengah2 laman ni?? ish tak sesuaii..



ok, jom hangkut naik atas plak...


ayuh kita tengok berapa lama dorang bertahan layan benda alah ni...ermmm....



HAPPY BIRTHDAY KAKAK ICHA!!
(tetiba..hahah)
mana gamba besday kakak ni?? ~ dalam kamera. patut la smpai skg citer tak keluar2...huhuu..