Saturday, February 25, 2017

Mrsm

Dah seminggu berlalu...

Ikutkan hati mmg la tak nak lepaskan lagi. Awal sgt lagi kot. Dah la badan kecik keding je. Hurmmm...
Tapi sbb dia yg nak sgt merasa duduk asrama, makpak redha jelah. 😌

Sbp dan first intake mrsm mmg tak berjaya. Nampak betapa frust nya dia. Tp kitaorang slow talk la jugak, pengajaran utk dia. Kalau impian kita tinggi, usaha pun kena tinggi. Baru senang nak capai kalau result tu baik. Lagi satu terima rezeki dan ketentuan Allah. Kalau ditakdir mmg tak dapat walau macamana usaha pun, terima jelah. Ada la tu hikmahnya..lps tu nampak dah ok. So sek je sek men biasa. Tak juga pilih mana2 sek kawalan. Sbbnya nak dekat dgn ayh supaya sng nak uruskan. Dapat kelas kawalan pun dah ok. 

Bila result first intake tak berjaya terus ayah buat rayuan. Hantar surat rayuan ke hq mara kl, cc ke semua mrsm yg dipohon. rayuan online pun kena isi. Harus diingat, kalau parents ada blacklist ngan mara, sistem secara automatik tak akan keluar button rayuan. So kalau korg check online xberjaya, button rayuan pun tak keluar means ada la tu sangkut pada makayah. Hutang sendiri atau penjamin. 

Macam kitaorg, memula mmg tak keluar button rayuan. Bila check, rupanya aku punya pinjaman sangkut lagi 800. Huhu
Nak taknak byr lumpsum di kaunter dan terus clearkan blacklist. Semuanya ciklel buat di hq. Senang terus setel. 

Result utk next intake keluar dalam masa yg sangatlah suntuk. Alhamdulillah berjaya. Tahu Jumaat petang, Isnin dah kena daftar. 2 hari je masa utk prepare segala maknenek..

Jumaat mlm
Potong rambut, buat gamba passport. 

Sabtu
Pagi2 medical checkup. Nasib baik klinik tak ramai org. So sejam dah settle. Lps tu terus zasss cari uniform, kasut, baju kolar etc. phewwww letih dia tak yah cerita. Dah la awal pagi tu pegi program sekolah dulu. Hujung2 rasa nak mengesot je. Keluar rumah pukul 10 pagi, pukul 11 mlm baru sampai rumah. Mmg mencabar betul cari barang dlm keadaan rushing. Dgn karenah bebudak ni lagi. Adehh lap peluh. 


Kasut adalah benda paling payah nak cari. Kaki panjang. Saiz 5. Kasut budak confirm xde. Kena cari saiz dewasa. Kasut kulit dewasa semua bagak2. Dah kena design, saiz paling kecik lak 6. Adududu...berapa byk tempat pegi penat takyah citer. last sekali jumpa gak. Tu pun dah nak tutup pun jusco tu. 

Balik rumah, sesi mendobi lak. Basuh baju2 seluar2 baru beli tu. Yg ni ayahnya yg setelkan sampai pukul brapa tah. Maaplah. Emak dah mmg flat abis dah. 

Ahad
Pagi2 keluar beli stok makanan dan keperluan2 lain. Lama la jugak dgn songeh emak yg semua benda nak lain dr biasa. Baldi taknak yg biasa2 tu, nak pattern lain skit, bakul, sepit, nak yg mcm tu, mcm ni taknak..bla bla bla....hahaha biasalah emak2kan mmg poyo. 😝



Petang, kemas barang. Tulis nama pada setiap benda. Ya ampunn...semua okeh! Krem la jugak tangan ayahnya...hahhaha



Mlm, iron baju2. separuh mintak dia buatkan. Training mengiron baju seluar kekdahnya. Oklah lulus. Tapi harus diingat, kt asrama pakai iron biasa je. Takde de iron bijak pandai mcm kat rumah ni. Silap hb, hangus baju nnti..😭


Isnin - 27/2/2017
Tibalah harinya. Demi sebuah pengharapan ☺️


Assalamualaikum...



Disambut oleh abang2 form 3. 




Selesai 


Dapat katil dan tilam baru. 




Harap2 kekallah tersusun elok camni ya sayang..


Macam2 pesanan dan azimat ayah. Locker adalah kawasan paling penting. Biasalah dok asrama. Lalai skit je sekejapan barang boleh hilang. Lagi2 sang junior. 





Telefon yang dibenarkan. Jadilah kan. Zaman mmy ayah dulu beratur kat public phone je. Tu pun seminggu sekali. 






Bye2 abang...
kejarlah segala yang abang impikan. Kami doakan abang sentiasa dalam lindungan Allah dan berjaya dunia akhirat. 


Monday, February 20, 2017

Catatan kehamilan : Minggu ke21

Assalamualaikum..

20/2 
Check up kali ni pun masih lagi ke kk ayer keroh. Alhamdulillah setakat ni xde apa2 yg membuatkan kakmek berasa jengkel. So takpelah. Kita teruskan jelah di kk. Esok dah masuk 28w baru ke pantai. 
Check up kat kk skg ni pun dah ok. Aku ambik petang sbb malas nak tinggal kelas. Balik sek terus ke kk. Sekejapan je pun. Sejam dah setel. Nurse semua ok. Takde yg kerek. 
Yg td siap panggil adik lagi. Padahal aku tgk tag dia ic 80. Hello hadik ni 79 okeh! Yg last month lagi la. Ic 96 kot. memula tu panggil aku adik gak. Siap sebut nama penuh nak confirmkan takut panggil salah org..nampak muda sangat katanya...hahaha nasibla 😅

Td timbang dah 64kg. 
Gulp! Dah kenapa cepat nau2 ni?
last month 61.7. Naik 2.3kg. Kata budak nurse tu oklah still acceptable. 

Padahal skg malam tak berapa nak makan pun. Jarang sgt makan malam. Susu je. Hurmm...redha je lah. Tapi tak dpt byangkan nak ke minggu 37-38 nnti berapa lah berat nya...huhu
Untuk rekod, berat paling win setakat ni 71. Masa 36w umar dulu. Yg ni tak tahu la berapa nak oiii...

Hb bulan ni cemerlang sangat. 14. 
Last mth 11.9
Maybe bantuan dari vco dan susu kambing jugak kot. Alhamdulillah. Buat masa skg vco tu makan 2 biji je sehari sblm tido. 
Nurse tnya td masih ambik iberet ke. Aku hanggukkan aje. Padahal dah lama tak makan. Kuikui

Skg ni:
Pagi : 2 biji salindah, 1bj vitamin c, susu
Malam : 2 bj vco, susu, 2 bj salindah

Pinggang dan side sblh kiri ni dah start sakit2. Ada slip disc mmg camnilah. Awal2 minggu dah merasa sakitnya. Baring, duduk, berjalan semua dah tak nikmat. Duduk atas sofa pun kena support bantal kiri kanan. Kalau kat sekolah ada masa2 mmg meranalah menahan sakit. Sobs 😢

Nasib baik tido masih ok. Kakmek beli pregnancy pillow tu. So dptla tido selesa skit. Ada support kiri kanan. Selesa tp tak nyenyak pun. Kiri kanan kiri kanan beralih. 

Beli kat lazada je. Time murah masa tu. RM95 instead of RM165. 


Keja2 rumah skg pun banyak ciklel yg handle. Masak mlm pun somi yg ohsem tu buat taw. Bini cuma tolong bagi arahan dr dlm bilik je sambil baring. Diva sgt uolss..haha

Alhamdulillah dpt somi yg sangat2 membantu. Sangat2 memahami. Kakak abg pun dah besar. Banyak benda dah boleh harapkan. Masing2 paham keadaan mmy bawak perut besar ni. 


Dorg kata perut tak nampak sgt. Tp aku rasa besarnya ya ampunnn dah haa...jalan pun dh mcm sarat sgt dah...huhu. Lagi separuh perjalanan duhai anak...baik2lah awak di dalam sana ya. Mmy akan bertabah. 



17w 6d ❤️❤️

Friday, February 10, 2017

Cameron Highlands


Cerita 2016 yang dah berbulan dalam draf. marilah kita habiskan.



***********************************************************************************





Nov 2016

cakkkk! 

eh kata puasa cuti setahun. :p

Percutian bajet kecil takpe kan? Hahaha


Bukan apa. Dah lama rasanya tak jejak CH. Menggeletis dr hr tu nak ke sana. So cuti deepavali 5 hari marilah kita ambik kesempatan. Nak ikutkan malas nak pegi musim2 cuti camni. Tp apakan daya. Tak pegi musim cuti nak pegi bila kan? Weekend biasa nnti penat la pulak. So redah je. 
Plan awalnya Jumaat pagi2 gerak ke ipoh stay 1 mlm dan sabtu pagi naik ch. lps sarapan kat melaka, terus zass ke utara dgn harapan tidaklah makan jem. 

Otw tu dok borak2 ngan ciklel tetiba plan tertukar. Kita takyah transit ipoh kita naik teruslah. Errr....jom!! Hahha. Gile kot. Hotel booking utk sabtu je. Apalagi terus bukak booking.com. Nasib baik ada lagi bilik yg available. So mlm pertama kitaorg stay Heritage Hotel.



Puas hati dgn Heritage. Walaupun dah lama hotel ni tp maintanace ok tak nampak mcm hotel lama. Luar dalam masih cantik. Bilik besar. Ada bath tub lagi. Tapi sapa yg sanggup dipersilakan. 

Tips : pakai booking.com. 
Perbezaannya : 
phone booking - RM450 with bfast 2 pax. No gov rate. 
Booking. Com - RM238 w/out bfast. (Bfast tapau je kedai banyak kat luar tu dekat je sedap dan murah)

Beza banyak kot. Tp kalau ko bajet besar  no prob. Bilik yg available masa tu twin single je. Tp muat je utk kitaorg berlima. Satu katil turunkan tilam. Dan letak toto atas katil tu. Setel. Selesa tido utk 5 org. Tp pastikan bwk toto dan selimut skali. Sejuk oiiih. 

Lps check in just lepak2 dlm bilik. Takde plan nak ke mana2 ptg tu. Nak rehat je. 

Dalam pukul 6 keluar makan malam. Targetnya steamboat Glory 78. Orang belum ramai sbb awal lagi. So boleh makan dengan tenang. 



Restoran ni kat Tanah Rata. Sebelah De Le Fern Hotel. Kalau tak kena time mmg penuh dan mereput la ko nak dpt seat. 


Interior cantik. Selesa. 




Steamboat je. Xde grill. Satu set ni utk 2pax. 1 pax RM26. Minimum kena order 1 set lah. So utk steamboat harganya RM52. Mmg cukup untuk kami berlima. Lagipun budak berdua order chicken chop. 



Kuah tomyam pedas yg hamat. Terpaksa mintak tambah kuah sup skit. Baru boleh makan. Eh tapi aku ok je. Ciklel la xboleh mana skg ni. Perut dah tua katanya. 






Nasi rempah kari ayam. Sedap.



Budak ni chic chop dia tala, steamboat pun dia tala...aduhai kakak oiiiii



Sblh restoran ni ada kedai jualan. Byk gak jualan hasil tanah tinggi yg std. masuk tgk2 je. Tak beli pun. 

Lps makan terus balik hotel. Tgk jalan dpn restoran menghala ke brinchang dah jem tak bergerak. Eh mmg tak la kalau sesapa ajak nak ke pasar malam ke hapa. Balik masuk selimut lagi best. 



Day 2
Esoknya, lps sarapan, kekononnya nak morning walk area hotel. Sekali dah turun selangkah dua, tak jadi naik balik. Hahahha. 


Dah naik mandi semua!! Kita check out awal. Kang jem mendapat la mereput dalam hotel je nnti.

So pagi tu terus ke Sg Palas, Bharat Tea Plantation. Memula ingat malas nak masuk. Tp bila pikir2 balik apalah artinya cameron highlands tanpa ladang teh. Maka marilah kita. Jalan pagi tu masih clear. Cuma sedikit adegan cemas kat jln dlm ke bharat tu la. Lama gak stuck. Biasalah jalan sempit, keta banyak. Kena yg penakut mmg menyusahkan semua org la. Last2 geng2 ranger dtg rescue, barulah boleh jalan balik. Phewww lega. 



nyamannya kawasan ni..kabus pun ada lagi.













Kalau korang nak posing dlm ladang camni, pastikan stop sblm sampai bawah. Kat sana dah xleh masuk celah2 dah. Jangan risau area ni ada tempat utk park keta. 



Bolehla utk anak2 tengok dan sentuh dedaun teh tu. 



Parking agak jauh. Kena menapak naik. Pastikan lutut korang sihat. Kalau bwk makayah yg tak larat tu, aku suggest mintak je kebenaran org jaga parking nk naik smpai atas sbb ada org tua. Dulu masa bwk makayah, dia bagi je naik ngan keta. 




Org ramai yg amat. Tp ada je meja kosong. Kebanyakan org dtg bfast kat sini. Tp sbb kitaorg dah setel kat hotel td, so kita ngeteh je lah. 



memang berbaloi sapa yang naik bfast kat sini. banyak sangat pilihan. cuma harga mahal skit dr luar, tapi nak merasa sesekali takde salahnya kot.



kek nasi lemak. erkkk!













Port wajib la kan. Tetiap kali dtg mesti nak ambik jugak. Hahaha





Hello baby :)
baby baru 6 minggu kot masa ni.



Kali ni kitaorg langsung xsinggah kea farm. Sebabnya area situ jem yg tersangat amat. Dan sbnrnya kat situlah penyumbang jem terbesar kat ch ni. Balik dr sg palas, merasa la jugak jem sampai ke pekan brinchang. Nasib baik kitaorg masuk sg palas awal2 tadi. Kalau tak mmg patah balik je la. 


Singgah sini je. Banyak jugak jualan kat sini. Aman damai. 





geli pulak aku tgk cendawan2 ni..huhu


dan lepas seksa jem pekan brinchang, kitaorang terus ke Kg Taman Sedia. selama ni datang CH tak pernah pun terasa nak masuk ke kg ni. bila dah viral kat fb baru tahu kewujudannya. haha siannn.

banyak rupanya perusahaan org2 melayu kat kg ni. 




sejenis stoberi gemok. merahnya tersangatlah menawan kalbu. dah rupa stoberi korea dah ni. sebekas RM20. 
tapi pelik ah. dah napa stoberi CH yg jual kat bawah2 ni kecik coet masak pun tidak? tengok pun xselera.




akhirnya dapat gak makan scone. errr....yg sebenarnya nilah tujuan utamanya trip ke cameron ni. hahahhaa
(baby yang nak, bukan mmy :p)





pipi gemok gara2 stoberi coklat.





tanam kobis depan rumah je. bestnyeeee....



cantik cafe ni. 22 seeds cafe nama diberi. 



amboiiii



scone lagi...ok dah selesai misi!



best gile lepak sini. rasa taknak balik.



TAMAN TEKNOLOGI MARDI, CAMERON HIGHLANDS


Dah setel kat Kg Sedia, terus ke Mardi. 





Bayaran masuk :
Dewasa RM4
Kanak2 RM1.50
Bawah 5 thn Free



haiyoh makcik baju hitam. potonggg


masuk2 dalam ni je terus teruja. wahhhhh bungaaaa


ini belum keukenhof lagi kan...hahhahaa
insyaAllah one fine day! :)













Dah puas merayau dalam tu, badan pun dh penat, hari pun dah nak hujan, marilah kita..

2nd hotel ni pun kat tanah rata. So xdelah jauh dari Mardi tu. Dan syukur sebenarnya aku tak ambik hotel di brinchang. sbb jem gileeeee oiiii menghala ke atas sana. Dah la hujan selebat hujan time tu.


Casa Loma Hotel. 



Pakai waze sbb tak penah dgr dan nmpk hotel ni sepanjang jalan tanah rata-brinchang. Sekali waze bawak masuk ke green hill. Eh ni mcm heritage smlm.. Ciklel dah gelak. Rupanya mmg casa loma ni depan skit je dr heritage. Hahahhaa boleh tak perasan. 

Sebenarnya kan hajat hati nak stay kat smokehouse. Tp apakah daya. Family room mahal sgt. Terkeluar dari kumpulan percutian bajet rendah. Huhu




takde apa sangat aktiviti malam tu. just keluar dinner steamboat kat Taman Abang Steamboat. Location tanah rata dekat je ngan heritage. sebelah Hotel Cool Point.



cantik sgt.













entrance kedai ni ada barisan pokok2 sayur etc. best gile kot tgk tomato, terung berderet-deret menjalar jd pintu gerbang. pokok markisa pun banyak berbuah. wowwww



lepas masing-masing dah berbuntal, balik terus hotel. hujan lebat. tak sabar nak berbungkus selimut.






sebelum check out, mari kita posing dulu. 




otw balik, singgah di lavender garden. tak pernah masuk even dah berkali-kali naik ch. 















wow romantik sangat ni... :))







kat sini punn bolehhhhh.





famili kecil saya. kenangan baby 6 minggu dlm perut mmy :)

kalau tanya nak pegi lagi tak? jawabnya taknakkkk. bukan dalam masa terdekat ni. buat masa skg, dengar ch pun dah rasa nak termuntah. terbayang-bayang sesaknya manusia kat atas sana..huhu


ok, kita jumpa lagi di lokasi yang lain ya.
tata!