Tuesday, June 26, 2012

Gaji


Saya jarang keluarkan gaji saya. Suami saya yg akan keluarkan gaji dia. Saya akan keluar bila perlu shj. Bln lps saya keluar separuh gaji utk beli handbag. Bln ni saya xpasti lg nk beli apa.

wahhhhhh kelassss kau jah!


tu bukan cerita saya. itu cerita seorang wanita dalam radio yang saya dengar pagi semalam.
owh ada ek begitu?

atau mungkin bila saya bercerita kisah gaji saya, mungkin ada org lain pula yang berfikir
owh, ada ek begitu?

haha

dunia. macam2.

mulai sekarang saya tak perlu hairan pada golongan lebih kurang saya yang mampu pakai handbag 3-4ribu.

~syukur saya bukan dari golongan gaji saya duit saya. gaji awak duit saya!

Posted via Blogaway

Saturday, June 23, 2012

Tabita



Dah masuk 2nd set.

Tapi facial foam + night cream yg lama masih ada.

Lps ni maybe boleh beli loose je kot.

Oh ya.

Ada lagi pengguna baru.

Yg terpengaruh dgn saya. Haha

Nanti2 saya buat review.

Harap2 sesuai juga utk beliau :)

Posted via Blogaway

Monday, June 18, 2012

Pusat Grosir Tanah Abang



Tak puas berbelanja di sini.

Diberi masa hanya 3 jam.

Mana mungkin.

6 (ke 7? Ke 8?) aras yang perlu dicover

Gila besar okeh

Hari terakhir juga

Rupiah makin susut

Setelah menaburi di tanah bandung

Aduhh

Rupanya di sini lebih menarik

Lain kali terus aja ke sini dong!!

Posted via Blogaway

Sunday, June 17, 2012

Hari minggu yang stress.



Ntah kenapa bernasib malang minggu ni.

Kerja2 sekolah yg trpaksa dilunaskan di rumah

Hari minggu pulak tu.

Bekerja sabtu dan ahad

Sangat bukan saya.

Tapi ini projek sekolah yang sangat penting.

Penting bagi org2 tertentu pastinya.

Kita ni yang menurut perintah

Hanya kuda tunggangan sahaja.

Bukan kerja last minute

Sbb saya baru dapat 2 hari lps

Dan mahu dilihat hasilnya pagi esok.

Haihh.

Saya tertekan.

Antara nafsu ahad dan juga harapan mereka.

Ok. Saya perlu sambung skg.

Kejap lagi sesi cake cutting.

Untuk bapa2.

*rindu papa :(



Posted via Blogaway

Happy Father's Day



Untuk semua yang bergelar bapa.

Bapa adalah hero terhebat yg pernah anak2 miliki.

Semoga bapa diulit kebahagiaan dunia dan akhirat.

Special utk ayah2 kecintaan saya:

Papa dan ayah : we ♥ u

ayah kepada anak2 saya : thank you. ♥♥

adik2 dan ipar2 saya : ★ congratulations ★

Posted via Blogaway

Testing




Saya baru install blogaway. Yeayy!

*ketinggalan ketapi saya ini



Posted via Blogaway

Wednesday, June 13, 2012

Tabita Lagi

ada member mintak aku update pasal tabita. dah lama. tp aku kan pemalas.
so, sempena 1st set yang aku beli awal bulan3 ritu dah nak abes, (adehh time nilah ko nak abes kan!) meh nak citer sikit perkembangan terbaru iolss...wah retis!

aku start pakai minggu ke 2 Mac. maknanya dah empat bulan. day cream dah tinggal sikit. night cream mcm banyak lg sbb aku selalu ngelat. lupa nak tepek lepas mandi. padahal night cream tulah yg paling penting.
dalam masa pat bulan ni jgk aku selalu je skip. kadang balik kg aku tak bawak. leceh. sbb bekas besar2. padahal set tu mmg dah sedia ada bag. dasarrrr kan.
yang besnya, walau tak pakai 3-4 hari, muka ko still menten gitu. takdelah nak mengamuk kering menggerutu ke apa. ok je.
tu sbb aku suka.

hari tu aku kehabisan bedak. malas benar nak pi beli. dalam 2 minggu gak aku tak berbedak. tapi kulit still ok. tak berminyak ke kusam ke apa. patutla aku baca ramai yg bila pakai ni, dah say gudbye to foundation bedak segala. kiranya makeup-free lah. bersih, selamat. jimat pun ya.

ramai gak yg tegur perubahan muka aku kat sekolah. nampak bersih, gebuss gitu. -dorang kata bukan aku kata tau! ;p





ni pic before cuti hari tu. 
aku ni bangsa pemalas nak tacap2 lipstik ke apa. lepas makan, kalau ada, ada. dah ilang lantakk!.
tp kalau dah pucat sangat nak masuk kelas kdg aku calit sikit. pucat lesi masuk kelas, pitam anak murid aku karang. dah la mulut sengsorang laser xde insurans. sll je cikgu kena sound.
dan sejak pakai tabita ni, aku tak penah nk tacap2 bedak dah. sekali pakai sampai ke petang lah ko togel di situ.

maap la. bila amik gamba syok seniri ni aku tak reti nak pose muka cemana. so lebih baik aku crop mana yg patut je. kalau tak ciklel bahankan aku nanti. eh ciklel dah pandai baca blog aku la. 




tapi kalau ngan budak ni aku tererr! haha


ok, tujelah. tak reti aku nak citer lelebih. kalau korang rasa teruja, pegi cari mana2 org jual tabita kat fb. so far yg aku suggest tu yg paling murah. member skolah aku beli set exclusive sama mcm aku RM400. ngan org lain la. ada tu sampai RM500+ kauu. gile!

aku penah citer pasal tabita kat sini

kbai!

Tuesday, June 12, 2012

Percutian Pendek : Lawatan ke Menara KL

ok sambungan cuti pendek hari tu.
setelah decide taknak extend lagi sehari, sebenarnya dalam taknak tu, sempat jugak call avillion..hahha. sebab kata ciklel avillion lagi bes dr grand lexis. nasib kurang baik, fully booked.
so, plan bertukar.
KL!

singgah lunch di nasi ayam kampung velodrome cheras.  dah lama tak mengena masakan enak di sana.


sekali. ha kauuuu! dah naik bertingkat2 dah. huhuu...lama benar rasanya tak menjenguk ke sini. salah satu fav kitaorang masa dok sana dulu. keelassss ko abe!




yang lama pun masih ada. sebelah je pun. maknanya makin besar dan majulah kan.
konsep ala2 nasi ulam cikgu. tapi kalau betul2 buat mcm nasi ulam cikgu tu, konpem tahun depan naik lagi 5 tingkat uolsss.




ciklel, walau sebudu macamane pun, kicap tak tinggal okeh!!


lepas perut dah mengetat, masing2 blur. nak pegi mana? mana?
hahha..begitulah konsep ad hock. tetiba takde arah tujuan. main redah je. tambahannya time tu takde napsu nak sopin sebab next week dah nak ke jakarta ngan bandung khann! apa barang sopin kat kl...huahuahua

idea aku nak naik genting tengahari tu tak diluluskan ciklel. katanya masa dah suntuk. tak bes.
so katanya esok pagi kita naik, petang turun, mlm boleh balik melaka.
aku ok je.

akhirnya decide nak cuti2 kl.
melawat KL Tower uolsss. very the pelancong gitu. Melawat KL Tower Pada Cuti Sekolah Yang Lalu. Tajuknya...







yo yo ooo je abg. sekali bila aku tgk, version pak arab rupanya. hahahha...




adik? ada aku kay?

















ek elehhh...kecik jerrr!









takde motip okeh teropong ni. dekat yang amat siap nampak urat2 bangunan depan mata kau.
sakit mata haku.


pakej yg kitaorang amik sekali ngan mini zoo ni.



masuk2 dalam je dihidangkan dengan ular yang super besarrrrr ni. 
omakkkkaihhh. bapakkkkkk besar. panjang berjela
aku tanya budak yg jaga tu. makanan dia cuma 3 ekor ayam seminggu. owh ayam je. ingat kambing ke lembu ke. 








eauwwwww....gelisss!!




kekura ni ada dua kepala. penah tengok? aku tak penah.





banyak lagi menatang yang ada. tapi aku tak koser nak snappo. tgklah umar tu cemana. ko mampu??



lepas tu kitaorang terus ke MV. nak ngabiskan masa. redah jem segala. nice lah sangat kann!
motipnya mummy nak skodeng saiz fitflop. :)

tak banyak design yang ada. eh bukan nak beli pun. nak try saiz je kan!. :p
Harga? pietra yang order dr suki just RM169, kat sana RM269.

tapi malangnya, br je dapat msg dr suki mlm td, dia tak dapat pun msg aku. masuk dalam others ke pebenda tah. so pietra dah sold out.  yg ada skg cuma electra. akak tak suka dik. selalu menggila la msg fb ni. benci tau! penat akak mengoder beria. haih!
tunggu lagilah nampaknya.

sebenarnya hampir2 nak merajuk ngan suki. tiga msg aku tak berbalas. smlm br dia noticed yg msg aku masuk dalam others. nasib baik dia reply mlm td, sorry segala. kalau tak selamat tinggal suki!
siap dah cr kedai lain utk berpaling tadah. ilovebags boleh tahan jugak. tapi still takleh calen harga suki. banyak bezanya. sbb tu aku tgk ramai yg sabar je bila dia lambat reply msg. memang becinta okeh nak tunggu respond minah tu. kadang aku senyum sesorang je baca komen2 org lain. semua dok meroyan suruh reply msg. hehhe..

aku sebelum ni ok je. paling lambat pun sehari. esoknya dah dapat reply. maybe kali ni blom nak ada rezeki. takpelah, aku sabar. tapi tang mbmj hiller tu aku dah tak menahan. tu yg msg sampai 3 kali. tapi xdibalas2nya. now bajet semua dah melayang kat rumah mode.
kena tunggu tabung itik aku memenuh lagi la gayanyaaaa....

eh dah merepek ke mana aku ni.

ok ok balik semula ke MV.
kebetulan masa tu ada mickey mouse 100years celebration. mcm2 karekter si tikus pemes ni dorang pamerkan. comel2 belaka. tapi aku xkoser nak amik gambar. ramai bebenor manusia.








sempat singgah KKD. original glaze tak dapat ditandingi. gile sedappp!!


otw balik melaka esoknya singgah rumah linda. visit baby baru. zamil zakwan.
oh ya. tak jadi naik genting. kata ciklel nanti kita plan betul2. tido sana. pegi camni rushing tak bes.
hurmmm...begitulah. dah agak.





tahniah linda dan nizam. akhirnya impian nak dapat 2nd child tercapai.
linda ni masa dok uk dulu 2 kali (ke 3?) miscarriages. takde rezeki nak dapat anak uk. bila balik sini je, alhamdulillah menjadi. happy sangat2 utk dorang. dapat lak boy. kehepian berganda. :))



okeh, selesai cerita percutian pendek.
sebenarnya selain dari anniv celeb, cuti2 ni jugak utk hilangkan rasa bersalah aku nak tinggal dorang nnti. huehuehue

mak ke jakarta bandung uolsss..membujang kejap. ciklel jd bapatinggal pat hari.
lps ni aku citer pasal jakarta bandung lak.

tunggu...
(bila masa la tu ye!)


~hari ni aku cuti lg. umar chicpox masih blom ok.

Saturday, June 9, 2012

Percutian Pendek : Grand Lexis, PD

Assalamualaikum. selamat pagi.
eceh sangatlah bersantun :)

bertemu lagi dalam segmen percutian pendek.
kali ni saya akan membawa anda semua ke satu lagi lokasi percutian dalam negara yang bila2 masa je boleh pegi. agak2 cukup dana, silalah pergi bercuti rehatkan minda walaupun REHATLAH SANGAT KHENNN!!!



percutian kali ni bersempena dengan sambutan anniversary kitaorang. dah 9 tahun. yeayyy!
eh silap. alhamdulillah syukurrrrr.....
30 May 2012




wajah2 excited sebelum bertolak. sementara tunggu ayah kunci pintu, baca2 apa yg patut, jomlah kita camwore dulu anak2!



wahhh kembangnya muka mak kau! suka lettew..

eh korang tontonlah ye. aku kan dasar pemalas. sikit rajin ni aku reserve untuk review karang.


sampai PD awal giler. tupun siap pusing2 cari kedai kek. nasib baik SR memang dah area sini jugak.
(ya, aku buat kek utk org tapi tak utk diri sendiri..huhuu)
hotel ni di lukut ya adik2. bukan PD.




check in sepatutnya jam 3 tp disebabkan oleh kegelojohan kami, maka check in jam 1. hahah. seb baik bilik dah ready. ah ramai je pun yg sama check in ngan kitaorg. uolss pun sama gelojoh ya? kehkeh



oleh kerana biliknya di tengah laut, maka perkhidmatan buggy diperlukan. 







bilik ni ada 2 king bed. so takde masalah utk kitaorang lima beranak ini :)



umar ngetest merangkak atas air




hah pilih pilih. semua jenis teh pun ada.





usha pool. sungguh tak menyabar mereka. 
sebenarnya budak2 ni tak tahu destinasi kali ni. bersungguh sungguh kitaorang rahsiakan hingga ke saat akhir. yesss!!! mereka teruja!





nah amekk..berendam sehari semalam pun silakan.








petangnya keluar jejalan amik angin. 




dah kenapa tu bang??












malamnya kitaorang dinner kat hotel je. kata anibesari khannnn! hahah


ni jelah gambar terbaek yang ada. tu pun emir yang snap. dalam kekalutan umar yang menjerit dari mula masuk sampai dah nak keluar. adehh..memang super duper kalut lah!
kek pun taknampak. tetibaa lilin je yg terjojol. hahaha


terpaksa ikatkan dalam stroller. letak je dalam highchair terus panjat nak keluar. hurrmmm...bolehlah korang bayangkan cemana happeningnya anniversary dinner kitaorang. :p



last2 u snap i, i snap u..dah. setel!



breakfast time.













gambar bf nan adooo...cam biasalah. kalut mengatasi segala gala.


balik dr bf terus terjun tiruk.


emir yg last2 mengalah mintak baju sebab sejuk..
heh konon nak berswimming trunk je. sekali belum 2menet dah gigil. air dia sejuk wokk. sebab indoor takde matahari nak panaskan.





check out time 12noon.
sebelum balik sempat jenguk ke games room yang ada di main building.












sesi gelakkan diri sendiri. susah rupanya main benda alah ni. jolok angin je memanjang...kahkahkah



view dari main building. kalau ambik yg upper unit tu enak aja orang skodeng. tak privacy uolsss.
eh macamlah boleh buat apa2 pun. hurmmm.....












tata...


ok masa untuk review.

Bilik : Executive water chalet
Harga termasuk tax : RM710/nite

aku booking online. konon super hot deal la kan.
sekali masa nak check in tu, ciklel tanya utk extend to 3D2N. rupanya ada gov/corp rate. harga yg aku bayar tu adalah harga utk premium water chalet for gov rate. kalau exec water chalet dapat RM648. memang sangat membara okeh! dahla premium tu bilik lg besar, pool lg besar. kenapalah masa aku dok survey2 review takde sorang pun yg cerita pasal ni? saja je korang kan!

terus tak jadi extend. hahha.
nasib baik kensel stay 1N lagi. takde apa aktiviti sangat pun. takkan nak berendam je kejanya kan. nak pegi beach tak boleh sbb xde pun. kalau nak, kena pegi glory punya beach. jauh okeh nak menapak. koser!

dan utk grand lexis ni takde private beranda untuk ko amik2 angin laut. nak fishing pun kena keluar dr bilik.

so aku suggestkan kalau korang tak kesah sangat dengan private pool, baik amik lexis je. lebih murah dan lebih menarik. ada beranda untuk lepak2 menyedut angin laut ewah dan memancing terus dari bilik.
grand lexis takde. cuma kelebihannya pool dalam bilik. tu je. dan anak2 aku, tak puas. nak jugak mandi pool kat luar. hurrmmm...nice! kalau aku tahu, baik stay lexis je. jimat.

Breakfast : oklah. agak variety jugak.
Buffet Dinner : aku nasihatkan toksahlah. RM60/pax. tapi takde apa sangat. yang extra pun mungkin lambchopnya. dan aku adalah tak makan. memang sangat rugi.



minat kalu, pegi sini. lepas tu booking thru phone je. online booking takde gov/corp rate.

http://www.grandlexispd.com/


sekian.