Showing posts with label wishes. Show all posts
Showing posts with label wishes. Show all posts

Saturday, August 18, 2012

Salam Eidulfitri



Selamat menyambut hari raya Eidulfitri wahai rakan2.

Tahun ni aku raya melaka dulu. Sama mcm tahun lps. Bukan tak ikut sistem giliran. Bukan suami menggunakan kuasa veto. Bukan.

Semuanya atas kerelaan diri sendiri dan keluarga sendiri.

Memang biasanya kalau raya awal cuti, kitaorg akan raya di melaka dulu. Then raya ke 3 baru balik kb. So dptlah kelebihan harinya sikit.

Tahun ni ciklel setuju balik raya ke 2. Aku tak mintak pun. Tetiba dia dh nyebut. Apalagi pucukdicitaulammendatanglah!

Mama pun awal2 lg mintak kitaorg raya sini dulu then baru balik kb. Eh tak sayang anak ke apa ni??

Isk isk sentaps!

Tp nasib baik aku ni sedikit bijak. Rupanya mama nak berlama lama-an ngan anakcucu. Kalau balik kb dulu dah tentu2 raya 3 dah chow. So berkorban pagi raya takde org pun takpe. Olololooo....sedih okeh! Nasib ada si bujang2 lagi tu.

Td lps post gamba ketupat ngan rendang kat fb, mama msg: I'm all alone in the kitchen.

Owh menikam! Laju2 call. Tanya mama masak apa n all. Rasa bersalah amat. Tapi takpa. Raya 2 nnti kami semua akan berkumpul. InsyaAllah.

Doakan kami selamat dlm perjalanan 10jam nnti.

Moga2 semua berjalan lancar.

Utk korang-semoga menghadapi yg gembira2 saja raya ni. Pokai lepas raya lain cite. Huehuehu.

Kbai. Nak iron baju raya. La la la



Posted via Blogaway

Friday, July 6, 2012

Cepatnya masa berlalu



Happy Birthday to you, lil umar khalif.

Walaupun dh seminggu lewat, baru nak wish kat blog, akan tetapi percayalah di alam realiti dah beribu kali mmy nyanyikan lagu happy birthday utk umar. :))

(dgn harapan bila umar dah pandai baca, umar tak bersangka mmy lupa harijadi anak sendiri.)

Hanya sambutan kecil2 lan. Umarkan kecik lagi. Tak paham konsep arijadi pun. Ada kek sepotong buat amik gamba jadilah kan. Tu pun umar dah jakun tgk lilin rasa nak pegang apinya. Haha. Sian umar.

Oh ya. mmy ada buatkan kek utk umar bawak ke skul. Tahun ni umar potong kek ngan kengkawan jelah ya. Bukan mmy tak sudi. Tapi keadaan tak mengizin. Lutut ayah tak sehat.

Umar jgn marah ya. Tahun depan kita bukak khemah 5 bijik.

Eh tetiba jadi surat terbuka utk umar. Kahkahkah.


*aku sebenarnya jakun ngan picsart ni. Besss weh!

Posted via Blogaway

Sunday, June 17, 2012

Happy Father's Day



Untuk semua yang bergelar bapa.

Bapa adalah hero terhebat yg pernah anak2 miliki.

Semoga bapa diulit kebahagiaan dunia dan akhirat.

Special utk ayah2 kecintaan saya:

Papa dan ayah : we ♥ u

ayah kepada anak2 saya : thank you. ♥♥

adik2 dan ipar2 saya : ★ congratulations ★

Posted via Blogaway

Sunday, May 13, 2012

Assalamualaikummmmmmm

wahhh...lamanya tak bersiaran. jangan kata nak up citer baru, jenguk blog seniri pun tidak. membizi benar kekdahnya. kahkah

jom2, kita kasi bungkus mana yang sempat.

utk warm up, moh sini. makjemah nak kasi jaja benda baru je beli tadi. baru je bukak mulut kat ciklel kata susah nau skg nak iron baju lepas dah kuar dryer. komot dia lain macam. biasa 3 orang punya baju pagi2 15menet dah setel, ini setengah jam pun tak abis2.

salah satu kesan pengaruh iklan.




dia punya spesel adalah iron platenya. smooth gittew. so takyah nak kerja keras tekan kuat2. kata budak promoter tu, lps ni akak akan love love. akak akan happy je time mengiron. rasa tak cukup2 baju nak iron.
~erk? kalau aku tak love, tak happy, siappp!!



ultraglide steam iron. dah takyah sesusah nak sembur2 bagai. heeee...makjemah sookaaa.


Harga : RM129. Range dia banyaaakkkkk. kitaorg amik no 4 paling murah. paling murah dalam tujuhpuluhlebih kot. yang paling mahal kurang duahengget duaribu. omakkkkaihh, agaknya letak je iron kat tepi baju, takyah nak tenyeh. sekali toleh, haaa kau. licin menegang! ~kalaulah begitu, ku rela puasa beg setahun. (*.*)

namun, pembelian bijak telah berlaku. dengan adanya voucher parkson pree RM100, ada lak 10% diskaun, maka dengan gembiranya ciklel bayar RM16 je utk dihadiahkan kepada isteri tercintanya ini. lalallalaaa...

haa kauuu, makjemah dapat iron utk hari ibu. korang adoo?? kahkahkah. kan dah kata. ciklel ni suweeetttt la sangat!





dinner lak kat asam pedas pokok besar. 1st time kat sini. sekian lama teringin. baru je jumpa kedai ni. kahkahkah. melakaaaaa la sangat kan!!
selama ni dok baca review org2 yg syok sgt makan kat sini. tapi sangat pelik bila diri sendiri tak pernah sampai. padahal sekangkang kera je pun.



sebagai bukan penggemar asam pedas, aku boleh kata oklah. pedas dan ada rasa, ikan pun ok. aku punya kembung, ciklel amik pari. satu set RM7. ciklel kata sedap. aku kata not bad. oklah tu kan.


aku takde kesah nak makan kat mana pun. hari apa pun, kat mana pun, bagi aku takde hal. yang penting perut ketat :)


dahlahtu. n3 warmup xleh pepanjang. (yang sebenarnya aku dah mula taip sambil mata katup ni). huehue.

sebagai penutup:

Selamat menyambut hari ibu utk semua yg bertitle ibu. semoga hidup kita sentiasa dilindungi dan diberkati dunia dan akhirat. 

~aku nak ulas sikit pasal kecoh2 haram sambutan hari ibu ni. tapi tak larat.

kbai.nite2

Monday, March 19, 2012

Kek Pelangi untuk Kakak

oleh kerana bday kakak jatuhnya pada cuti sekolah
maka jumaat before holiday tu
aku dah siap2 prepare sikit lebih kurang utk dia bwk ke skul

maka dalam minggu tu
agak gigih la jugak mengukis
choc chips je pun
nak kawankan dengan giraffe toys utk goodies 
memang tak laaa aku nak letak jajan segala
maka terpaksa la berhempas pulas
memerah keringat
alah boleh je beli pun
tapi being me
semua pun nak buat sendiri
kadang2 penat dgn diri sendiri tsk tsk





aku pack kan 5 ketul utk setiap orang. 
oklah kan.
budak je pun. 
utk teachers, aku longgokkan dalam satu pack.
takde giraffe utk cikgu ya. 





toys ni sangatlah comel.
tekan bawah, giraffe tu akan liuk lintuk.
tekan half, kepala je akan turun naik.
sangat2 comel.
dengan aku2 skali ralit mainkan benda alah tu..he he
tp bila bagi umar, baling!




rainbow kek.
tak tahu rupa dalam cemana.
cikgu janji nak upload gamba.
sampai sudah xde pun
ermm..takpelah.

tak sempat nak italian buttercream bagai.
dapat buttercream biasa dah cukup syukur.
tak sempat okeh.
pukul 10 lps umar tdo baru blh hadap.
seb baik kek dah siap petangnya.
deco sikit lebih kurang, setel.

yang tak menahannya, font banner adalaaaah sangattt.
ha ha
aku belasah je mana yg sempat.

kakak had so much fun.
excited gile nak bwk birthday cake ke skul.
alhamdulillah.
puas hati bila dapat buat sendiri untuk anak2.
biar pun penuh ranjau kesukaran
selagi daya.



HAPPY BIRTHDAY KESAYANGAN MUMMY, MAWAR ALISA.
SEMOGA KAKAK MEMBESAR SIHAT SEMPURNA, MENJADI ANAK YANG SOLEHAH, BERJAYA DUNIA AKHIRAT.



MUMMY SAYANG KAKAK!


Tuesday, December 6, 2011

Disember lagi.

Hey!!
It's Dec 4

me now turns 32.
ohOoooo.....
tiga-puluh-dua wehh!






terima kasih semua kesayangan.


tahun ni agak spesel. 
ada keluarga utm bersama. agak terharu walaupun perancangan sebenar lain benar sasarannya.
yang penting mereka sanggup dari jauh. membujang sekejap. 



berbelas tahun banyak bezanya, tapi yg penting masing2 masih kekal gile! hahhahaha




dan saya selepas 32 tahun....


semoga yang baik2 kekal bersama kami...insyaAllah

Sunday, November 6, 2011

Hakikatnya raya aji kat kelantan jauh lebih meriahnya

ehemmm...eheemmm...
amacam??
hahhahahaha





SALAM EIDULADHA BUAT SEMUA..

Tahun ni raya aji kat melakau sajork. melepas nk tonton lembu kena kerat leher :(

Thursday, September 15, 2011

Sambutan Hari Jadi Yang Paling Kalut


H.A.P.P.Y 
32nd 
B.I.R.T.H.D.A.Y,

chenta!



nah, ambik hadiah u tahun ni...
(selamat haku! hahahhahaa...keji!)



*memang kalut tahap kelapan. mak tak dapat nak menikmati uolls!!

Saturday, August 27, 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Kepada semua adik kakok,




Selamat balik kapung. 
Selamat berkupul adik bradik.
(hok ni xvalid utk adikkakok di perantauan, jange sedih deh!)

Moga2 selamat, sehat, suko rio blako..

Tahun ni ambo rayo di kg dekat dulu, rayo ko 3 baru balik kapung ambo hok jauh jelak tu...


tata! juppo lagi..

Sunday, June 19, 2011

Thank You, Pa!







                                                                                    The greatest gift

We ever had

Came from God,

We call him Papa!


                                                                                      



Love u, Pa!

Friday, June 17, 2011

Seth Tan

Aku kan dah lama tak layan tv. cerita apa yang tengah hot kat tv pun aku tak tahu. lagi2 yang bersiri malam2 tu. last sekali aku layan nur kasih kot. tu pun masa kat uk, tgk online. tapi since semua org baik lelaki ke pompuan asiklah bercerita pasal nora helena, aku pun tetiba terpengaruh lah nak tengok. layan kat tonton 21 episode dalam masa 3 hari. oklah kan. kata cuti...hehe



my personal review, citer dia so-so je la. tp agak terbuai jugaklah dengan karekter seth tan. aku tak terpengaruh dengan siapa pun pelakonnya, asalkan bukan seketul dua lelaki yg aku cukup menyampah bila berlakon. sapa nama tak ingat. tapi aoron aziz tu oklah..boleh diterima akal.

patutlah semua org pun suka dengan seth tan. dari kaca mata setiap wanita seth tan punya ciri2 lelaki idaman. baik, romantik, sabar, kaya dan segala yg menariklah.
(paling tak tahan time takut2 nak say romantik2 dengan bini dia..alahmak comel sungguh!)

tapi dalam realiti wujud ke begitu? ok, dikatakan dia tidaklah sesempurna mana. masih merangkak dalam bab2 agama tapi tetap ke arah positif betul?

aku pikir mungkin ada tapi pakej dia tu mungkinlah limited edition. beruntung lah kalau benar2 wujud di alam nyata ni.. :)


tapi.....


hakikatnya bila aku tgk citer ni, baru aku sedar yang aku juga punya 'seth tan'. lelaki yang aku kenal selama 14 tahun dan hidup 8 tahun dengan ikatan yang sah.

kalau nak dibandingkan seth tan dengan apa yang aku ada, kaya tu tidaklah. romantik pun samar2, tapi yang lain2, ya, dia punya itu!

alhamdulillah syukur aku punya lelaki yang punya ciri2 menyenangkan. penyabar, cintakan keluarga, sangat membantu, sangat2 ringan tulang. walau aku dalam keadaan normal sekalipun, lebih2 lagi dalam keadaan aku mcm ni. 

kebanyakan masa dialah tukang masak, tukang dobi, tukang sapu, pengurus anak2, segala urusan rumahtangga dia yang setelkan. aku? mana yang terdaya dan sebagai peneman saja. .
balik keja, terus masuk dapur. balik pasar terus setelkan ikan ayam segala. walau penat sekalipun, karenah anak2 tetap dilayan.

Dialah penasihat dan pembimbing. Banyak perubahan yang berlaku atas diri aku atas pengaruh dia. Walau kadangkala cara dan kaedah yang dia buat agak menyakitkan hati, tapi bila dipikir2 balik memang sesuai dengan aku yang tak berapa nak mudah ni.

apa yang aku suarakan pasti akan sedaya upaya dipenuhi. anak2 apatah lagi. seboleh mungkin ingin diberikan yang terbaik untuk kami. sedikit pun tak penah nak hiraukan keperluan sendiri. kadang2 buat aku sebak bila pikirkan kehendak atau kegemaran yg dia ketepikan semata2 nak penuhi keinginan aku dan anak2. aku tahu dia sayangkan kami lebih dari segala-galanya...



sebelum ni jarang sangat aku nak bercerita pasal suami sendiri. Sangat jarang aku luahkan dan tunjukkan kasih sayang aku pada dia. Kalau dia tak pandai nak beromantik, aku seganda lebih tak pandai nak berkasih sayang....tapi hanya Tuhan yang tahu betapa bersyukurnya aku dikurniakan dia sebagai teman hidup. 




tapi aku sedar manalah ada manusia yg perfect. aku pun jauh dari kesempurnaan..namun kami saling melengkapi antara satu sama lain. semoga jodoh dan kebahagian kami hingga ke akhir hayat.



okay, kalau ada yang perasan nada aku kali ni agak janggal dari biasa. Aku sedang cuba untuk membuat sesuatu yg istimewa untuk ayah kepada anak2 aku...
(eh eh, anniversary 30hb ari tu, takde buat special n3 kan? kira aci yang ni jelah yer...hikss)











**Tuhan, jangan kau panggil dia dahulu daripada aku...

Friday, April 22, 2011

Buah hati baru

tak patut la mamana ni..
dah lama baru nak buat.
kecik hati..

ollololololoooooo............sorry sayang..
ok..okkk....



*******************************************************








                                     





mummy and daddy!




@ Dahlia - semoga membesar sihat sempurna, jadi anak yg soleh, menjadi buahati terbaru nenektokpa dan semua..
@ mummy&daddy - welcome to the club. selamat menempuh alam baru. alam tak cukup tdo..muahahhaha

Friday, February 11, 2011

Kanda Dinda





Walau kita janji sehidup semati, kita berlainan,
Kanda polar kutub Utara,
Dinda kutub Selatan
komunikasi, sikap toleransi! itu yg kita perlu,
Tak perlu bertengkar,
Tak perlu bermasam muka,
Walau kita sering dgn cara masing2,
Kanda yg Perdana,
Dinda yg Utama,
Kanda sgalaNya..
Dindalah Nyawa,
kita tetap bahagia bila bersama sama
bahagia bersama,
bersama slamanya,
bahagia slama- lamanya!





heheh...comel sangat lagu tu. sangat kena okeh!

Ya, kami sangat berbeda! 8 dr 10 kami adalah tdk sama!


Hari ni genap 13 tahun kitaorang bersama. Teringat zaman2 cinta kampus (ceh nak jugak guna ayat skematik). Teringat camana dimengorat, teringat tahap keHOTan kat utm dulu. Hahahah. Library dan cp. 2 tempat test market. Oh, bukan salah saya jika dimengurat. :P


Walau bermula dgn cerita agak sadis bg sidia, akhirnya berkat kesabaran dan kesungguhan, akhirnya berjaya jugak. bahahahha...see..see..bukan senang okeh!


13 tahun melalui berbagai musim. Gembira sedih bahagia duka. Alhamdulillah kami masih bersama..
walau banyak perbezaan tapi masing2 sampai sekarang masih cuba menjadi yang terbaik.
gaduh baik gaduh baik tu biasa la. (tp boring okeh sbb tak boleh nak merajuk2 lebih dr 1 jam!)



13 tahun bersama, 7 tahun akad pengikatnya, alhamdulillah syukur perbezaan kami tu pelengkap satu sama lain.
Harapan semoga kami akan setia bersama menempuh masa depan bersama anak2 penyeri cinta.

ameennn.....

doakan kami yer!






*Satu yg pasti persamaan kami berdua adalah susah nau nak romantik2.
Tak pernah dan tak akan menggunakan panggilan2 manja geli2 utk satu sama lain. Ianya akan keluar pada masa2 tertentu sahaja. Yesss!!! Ada persamaan!!

Bg kami loving2 bukan utk tontonan umum, kata2 dan perlakuan tidak dikontrol tp semulajadi cool antara satu sama lain..
So bila yg kdg2 terjadi itu, impaknya lebih manisss... :)



**Korang percaya tak pasangan yg punya cara berbeza boleh hidup bersama?
Aku pun macam tak yakin jer. tapi syukur sampai sekarang kami bertahan dan sangat bahagia.. :)

Thursday, August 20, 2009

IT'S MY MUM'S SPECIAL DAY

Mum,

So very proud and happy to have a mum as special as you...

happy-birthday-mom.jpg 289×420 pixels

I miss her smile,
I miss her hugs,
I miss her laugh,
I MISS HER!

Animated Crying Emoticon - Clip Art Of.com-1


Friday, July 3, 2009

It's a Daddies' Special Day!

free myspace graphics :: myspace images :: myspace pictures free myspace layouts


iPhoto-37

TOKPA
 ISMAIL ABDULLAH


iPhoto-35

ATUK
YAHAYA SAHOB


iPhoto-41

AYAH
MUHAMMAD SHARIL YAHAYA

AND 

DADDIES ALL OVER THE WORLD..

We may not shower him with praise
Nor mention his name in song,
And sometimes it seems that we forget
The joy he spreads as he goes along,
But it doesn’t mean that we don’t know
The wonderful role that he has had.
And away down deep in every heart
There’s a place that is just for Dad.....


i-love-u.gif 320×318 pixels


Tuesday, September 30, 2008

Esok raya....


aduh syahdunya dengar laungan takbir nih...kt sini esok dh raya (selasa). tp mcm xde apa..time ni lah terkenang kemeriahan kt kg. bukan suka sgt nk raya tp seronok berkumpul ramai2 adik beradik..kata ewan, diorang dh pasang baanyakk pelita kt halaman umh..eii jelesnye aku!
kat melaka, tah pasang tah tidak pelita. ya la toke pelita dh jauh, sapa la yg nk ambil alih..hehehhe


Selamat berhari raya untuk semua....

Saturday, September 27, 2008