Showing posts with label casaimpian. Show all posts
Showing posts with label casaimpian. Show all posts

Saturday, August 13, 2011

Friday, June 24, 2011

DIY

salam semua..

cuti2 ni memang beku tak tahu nak buat apa. bila budak2 sekolah tinggallah mak buyut ni sensorang kat rumah. boring wehh. nak berkebun mana daya...ikutkan hati aku macam2 nak dibuat kat taman astakona sekangkang monyet aku tu..tapi takpelah, sabar jelah dulu..

sudahnya, keja aku hari2 selain hadap laptop ni, baring2 baca buku baby. 3-4 bijik buku tu dah khatam patbelas kali pon, dok lah ulang2....dah tu apa lagi nak buat. takkan nak baring sesaja.

tapi dlm sehari dua ni ada la jgk aktiviti bergerak. pindahkan baju budak2 dari lemari aku ke lemari bilik dorang.

oh ya, bilik icha baru jer setel..sebelum ni asik lah tertangguh jer..bila nak dekat2 nak ada penghuni baru ni, baru la kalut segala. kalau sebelum ni abang tak berjaya ditidurkan dalam bilik sendiri walau letaklah maknenek apa pun dlm tu, maka kitaorg buat plan, tidurkan dia sesama ngan icha plak.
harap2 berjaya.

memula si abang komplen. takkan emir nak tido dalam bilik pink?? tak macho okay! (yg ni aku tambah). 
dah tuuuu.....namanya bilik adik, pink la kekdahnya!

aku bg option kat dia, kalau taknak tdo bilik pink, sila tdo bilik oren tapi sengsorang lah sbb katil dia tu single...heheh tamau dia..last2 pink pun layannn....





banyak lagi yg nak kena mekap sebenarnya. lepas ni nk kena cari kapet ke rug ke kasi semenggah skit bilik ni. frame2 yg berlambak tu blom lg naik ke dinding..kata ciklel yg tu semua takpe, esok2 boleh buat. ockayyyy.....kita tgk nnti. biasanya selagi mak tak berzikir kat telinga selagi tu benda2 alah tu dok terperap je lam kotak.


dalam cuti ni jugak mesin jait aku yg dah lama terperam tu kembali aktip. adalah 2-3 benda kecik2 yang aku godek2 kan...alhamdulillah, terisi la jugak masa. walau seksanya menahan sakit duduk lelama hadap.



langsir bilik budak2 ni aku jait dalam masa 3 jam jer..huahahaahha...takdelah terar mana pun. tapi puas ati la jugak bila dpt buat sendiri. konon nak cari ready made, susah la sangat nk jumpa yg semenggah...nyesal giler tak beli kain kat ikea hari tu...banyak yg mak berkenan.. :(

hari senin tu dengan terkangkang2 aku pi cari kain, blasah jelah mana yg ada. seba baik ada la jugak yg berkenan kat mata aku ni. balik terus gedek gedek gedekkk...
alah, jait koboi jer pun. mana nak ada mesin jait tepi pun, so semualah aku kasi lipat....setel!




cangkuk tepi blom ada. lupa lak nk rembat hari tu. ikat pun koboi jelah dulu yer..


pastu dalam dok kemas2 bilik bawah, terjumpa lak kain lebih curtain lama yang setahun dah terperap kat dalam lemari bilik bawah. dah memang peel, beli kain mesti nk lebih 3-4 meter. gila tamak wohhh. pastu sejukkk jer terperap. haihh membazir kata ciklel!




ok, sekarang tidak lagi. dah jadik cover 3 ketul bantal lepak2. bantal ni baling kat depan tv bawah jer, buat lapik air liur basi sapa2 yg tertido sambil tv tengok tuan.



matchkan plak ngan si dia ni..hehhe. sebelum ni aku pakai reben jer. senang. ni dah ada masa dan kerajinan luar biasa, kasi sedondonlah kak kiah oii..
(eh, br perasan apasal sepesen jer kain2 aku pilih ni. semuapun bulat2..curtain bilik bawah pun bulat2 gak...oh ya, lupa aku memang hantu polkadot. )



ni lak projek felt. ni pun satu hal gak. felt ni aku beli berkoyan2 tahun lepas, lepas dah stop projek jait nama kat baju tu (tak larat weh, byk sangat benda nak kejar), jadiklah dia pekasam. tengok, mana tak penuh lemari aku?? 

tapi takpe, aku suka jer simpan barang, sebab bila hangin rajin aku datang, bahan dah ada. senang! maka, mari treruskan amalan beli dan simpan dahulu! huahahah..



hair clip ni aku buat masa balik cuti hari tu. pun berdozen2 aku beli clip yg plain. sempat buat 5 ketul jer. ni pun dah jenuh icha melaram. masalahnya bila dah banyak cepat la plak hilangnya...dua pesen lagi tah mana lenyapnya....nnti2 rajin sudah mari aku buat selori kasi pakai penuh satu kepala...



ni kekononnya utk baby. tapi tak tahu nak tampal kat mana lagi...blom ada idea. nk kena tambah menatang2 lagi ni kasi meriah skit zoo kita kan baby!..kalau sempat laaaaa....



dannn...ni pun dah setel! yeayy lega. kain ni aku beli kat ikea lama dah..ingat nak tunggu mama datang buatkan cover tilam ni. kata banyak masa kan....so, aku godeklah sendiri, jadik jugak. hah...vangga..vanggaaa!
bantal aku beli dimple pillow jer. senang, tak tergolek kepala dak kecit tu nnti.


ok, sekian DIY saya! *tetiba*
(takde idea penutup)


jap,

puas hati wehh dapat buat sendiri...cubalah! :D

Sunday, April 3, 2011

Bibik Upahan

urgh tengah boring tahap kelapan
nak keluar merambu tak boleh plak
bibik lom setel keja lagi
dari pukul semilan tadi sampai sekarang
atas je separuh hari dia kerjakan
skg kat bawah lom lg setel

skop tugasan merangkumi keseluruhan
lap kipas tingkap cermin sapu mop sental toilet dapur
segala
nampaknya tak sempat berlipat la jugak baju2 patbakul tu
takpelah, at least lain2 setel
baju2 cam biasa la, cabutan bertuah la sudahnya

tu pun dua toilet aku dah kejakan semalam
kurang lah skit tenaga kerahan makcik tu
tacap skit2 je lah
kasik berkilat

mak metua aku dah mula menanya taknak berbibik ke anak dah 3
tahlah mak, buat masa skg ati blom terbukak nak bela bibik
lagipun saya dah ada bibik paling gagah dalam genggaman
ngeeeeeee....

bibik upahan ni dtg pagi petang balik
senang hati
takyah nak hadap gejala negatif berbibik
amik dua minggu sekali pun dah ok
setakat setelkan habuk2 kain baju patbakul aku rasa berbaloi

sebenarnya dah ramai indon yg buat part time cleaner ni
siap beragent bagai
tapi siap lah upahnya kalau ada yg uruskan
patjam patpuluh hengget
pastu ko buat keja lembab2
lps patjam blah
satu hapak tak setel

yg freelance lak bila dh ada market mula la demand
mula la alasan macam2 kalau kena panggil ke rumah yg dia rasa tak berbaloi
maklumlah lakunya macam keropok panas
jadual penuh manjang

yang aku ambik ni memang indon
tapi laki org malaya
hantu katanya
makan duit bini
wallahualam

nak booking bibik ni (C) kena lalu agent jugak
yakni cikgu sekolah aku (A) yang babysitter nya (B) jiran kepada (C)
maka, untuk tempahan sila beritahu A, akan disampaikan pada B
dan akhirnya pengesahan oleh C.
sebabnya C takde tepon, masih industri kecil kecilan.
so upahnya adalah ikut suka hati
dari pagi bawak ke malam sukati kolah nak kasi berapa
tapi opkoslah kena ada kewajarannya
takkanlah duatigapuloh hengget kot...
esok2 kem salam dia nak datang rumah ko lagi.

yang war2kan service dia ni pun, si B la.
kesian katanya. dapat laki sengal.
tiap kali balik keja, laki akan kastamkan
kalau ko cakap dapat patpuluh, maka patpuluh tu lah kena serah kat laki dia
cam haremmmm kan
so skg C ni dah pandai
dapat lima nam puluh, declare kastam dua tiga puluh jer
hishh..aku yg dengar ni pun hangeeennnnnn!
bodo punya jantan!

sekarang ni bila dah tersebar servis dia di kalangan cikgu2 sekolah yg sangat dahagakan bibik sambilan
tetiap minggu ada je booking
kiranya murahlah rezeki dia..
alhamdulillah
dan kita pun puaslah hati dapat rumah bersih dan dapat tolong orang...tak gitu cik bedah?


esok2 nak panggil lipat kain plak.
gila pemalasss!



tadi terkembang idung jap. tgh layan citer korea ni...

tetiba eh eh eh...




ko ada kabinet putih tu?? ada?? adaa???
takde kaluu, sila pegi ikea seratus semilanpuluhsemilan jer
(barang murah pun nak berlagak! wakakaka)

ah, ada aku pedulik.??
yang penting sama okayyyy!!



okbai, nak gi inspect keja bibik jap.

Thursday, February 17, 2011

Sehari singgit


Agak2 kalau aku menabung singgit satu hari
bila taun nak penuh tabung lapanribu??

lapan-ribu-ringgit=lapan-ribu-hari
haihhh!! Usaha...usaha....

Apa nak buat ngan lapanriburinggit tu?



Aku nak ni....








Sangat kasihan kan??
Hukhuk

sejak dua menjak ni mcm2 citer dgr psl benda2 jahat ni. Skg dpn rumah pun jadik.

Sbg aku yg masih la berpintu pagarkan manual ni amatlah cuak tiap kali pulang dr kerja..hoh ayat!

Tetiap hari sampai rumah dr kepulangan, sah2 la kena bukak pintu keta-tinggalkan anak2 dalam tu-turun bukak gate-masuk keta-parking-turun-kunci gate-kunci keta-masuk rumah.

Ko kira brapa lama masa yg nk kena ambik dan berapa lama plak orang jahat ambik masa utk buat jahat?? Cecite..cecite..

Kalau gate oto kan..50m nak sampai teetttt...dah terbukak luas. masuk-parking-teeetttt lagi. Turun keta-tett keta-masuk rumah-kunci. Siap!



Sapp sapp soii kan?
At least kurang la skit risiko dijahatkan.
Tp org kata kalau nak kena, gate canggih cemanapun ko guna, takyah bnyk citer..serah je lah!

Ok, tu ayat penyedap sbb skg aku blom mmpu nak buat gate teett teettt..
Kena kumpul singgit sehari dulu... :p




pic ulang tayang..buat masa skg mari redha dengan gate std tu...
(syukur masih tegap. org sebelah punya da roboh...hikhik)

Thursday, November 11, 2010

pergilah sayang..

bukan saya tak kasihkan kamu, tapi realitinya kamu kurang sekufu dengan yang lain. walau kamu amat baik pembuatannya, amat tinggi nilainya, kamu kelihatan sangat kekok bersama mereka. telah cuba pertahankan kamu, tapi desakan demi desakan tak mampu saya tepis.

kerna itulah kamu harus saya lepaskan..


sekejap ada..


sekejap tadak!

Selamat tinggal meja makan obesi...


wahh sungguh bergaya kamu di tempat baru..kelihatan kacak bersama teman2 seangkatan.
berbahgialah meja makan obesi di rumah baru kamu..







oh ini bukan adegan menunjuk meja makan baru (ngeeee....). ini aksi kanak2 ceria bersama masakan ayahnya pada satu malam.


err..dah terlanjur enterprem kan, terima kasih pada penghadiah coaster Laura Ashley yg cun itu. Uda dan Mak Uda emiralisa bagi, adiah balik bercuti. sbbkan table runner blom ada, maka coaster pun aci jadi table runner..ahaha


**mana nak cr table runner yang panjang lagi menawan?

Tuesday, May 4, 2010

Daisy+Minnie

Bertemu kita sekali lagi dalam episod ruang tamu rumah saya..hahah poyo!

ruang ni seperti biasalah, amat jarang digunakan..kalau adapun minnie ngan daisy jer yg suka bersantai-santaian di petang hari..

sofa ni ceritanya bukan pilihan sebenar akak leong....kalau ikut akak, akak nk spesisnya lain.

kurang-kurang camni kan...

sangat gojesss kan?? kahkahkah...takdelah, aku tgk pun mcm karipap gulung jer....sikit tak bekenan!

tapi harus kucari mana nak dapat yg mcm ni...heheh..seksisss

tp jawatankuasa bersama tak luluskan..akak nk merajuk rasa kurang berbaloi pulak....bila mintak kaler kesukaan, langsung direjek dgn alasan jgn berangan nk pakai sofa putih kalau anak dah 2! maka akak redho dlm terpaksa....

putih ini sangat menawan bukan? sila setuju!!

tp akak paling suka ni!! inilah pilihan sebenar akak leong...

memandangkan yang lain2 akak dh menang, maka rayuan pihak lawan agar pilihan sofa diberi padanya harus akak tunaikan...huhuuu...tp suatu hari nanti, pasti aku bwk balik jugak seketul ini utk di mix and matchkan....insyaAllah kalau ada rejeki..

cuma sekarang ni masih dlm penburuan coffee table yg sangat susah nk jumpa mcm ni...


kalau ada sesiap penah nmpk, sila maklumkan pada saya yer!


ya, penggunaan gambar yang sangat klasik..almaklumlah, penat bawak balik dr uk..heheh..kurang2 sebulan boh dia kat situ, kang rasa tak berbaloi pulak ngangkut.....okay..tambah lagi sebulan!

cermin pada tiang tu agak kurang berfungsi..konon nk luaskan ruang, sekali jaraknya sebegitu, tak berapa nak nampak.. tapi yang tak tahannya...org yg buat ni siap tanya, mana dapat idea ni? 1st time sy buat cermin pd divider ni...heheh...

kembang sekejap. tpp....betul ker?? heheh...ya lah, mungkin org melaka blom ada kot, tmpat lain dh melambak...

tahlah, tak kesah ponn...idea baru ke lama ker, yang penting apa kita nak dapat..kan..kan!

oklah, bnyk nk cerita tp ngantuk giler sudahhh...sekarang ni mmg tgh bz tahap dewa..penat badan toksah cakap. dari sekolah sampai ke rumah..ada masa curi2 mcm ni br blh lepak mengadap. tu pun sampai terlebih had masa...dh pukul 12.30 dah...tdo..tdo..kang dapat 5 jam jer..adusss..tekanan makin dirasa. cikgu skg xmcm cikgu dulu..

kalau tanya bes tak jd cikgu??

MENYESALLLLL!!!!!!!!!!!!!!

ok dah melalut, nnti2 sambung..nite2!


Thursday, April 29, 2010

Mari bersantai

Ni satu lagi port yang paling rakyat jelata suka. Ideanya datang dari salah satu show house yang dulu sangatlah suka kami terjah. Ikutkan rumah tu dia buat dining area, guna Japanese table. Tapi kami transformkan idea tu utk watching area dan mini library.

kerja2 awal pemasangan platform.

taraaa...nilah hasilnya..

sebenarnya banyak lagi buku budak2 ni yg tak termuat kat situ. tunggu next project, set up 2nd library kat family area kat atas. tunggu setel segala kotak2 yang berketul2 lg tu, baru blh mekap atas pulak. huhuu...penatnyer!!

ni pengunjung pertama EMIRALISA's MINILIB..hehhe


selain fungsinya sbg tempat melepak anak beranak, boleh juga dijadikan katil segera utk para tetamu ya tuanpuan....kalau rasa panas, taknak tilam pun boleh sbb adalah sangat selesa tidur atas benda alah ni..hehe...

so lps ni, acara menampal dinding la plak..perem2, oklah. tp wallpaper, tunggulah bajet berikutnya.....huhuu..

sekian..

next episode : living room


Saturday, April 24, 2010

Ruang Eksperiment

cerita yang dah lama terperap..

alkisah dapur saya..

ni 3D design..

realitinyer ini....

ni lagi real....huhuu..

tetiba nmpk byk barang luaran...isk, dlm gambar nmpk serabut la plak!

mcmana nak meminimakan pemandangan di sini?? kalaulah semua boleh masuk dlm..alangkah bahagianya mata..

tapi sah2 fungsi tempat ni..yalah, selama ni koya tgk dapur omputess yg cantek, kemas, simple jer....

sbbnya dorang ni ada microwave satu dah cukup....dapur bukan untuk masak pun kann....tak mcm kita...

errr....akak melayu ni masak kerrrr???? :D

agak2 mana satu ayer tangan saya?? kahkahkah...

ya...ada taw!!

story nya:

1. dapur ni blom siap sepenuhnya. tgk jenang pintu toilet blom abis mekap lagi. tunggu cina tu tak datang2..xpe, duit dia kitaorg hold lg RM2k++. ko tak datang, aku cari kontraktor lain. setel!

2. island ni asal usul nya ditgh2. tp bila tgk jalanraya yg xbrapa nak lapang utk askar2 batalion lalulang, maka tak menjadilah island ku itu..jadilah dia tanjung disitu...huuhuuu...

3. tetiba jd peberet port utk segala aktiviti..tu yg lappy en. suami pun menyinggah. ala2 kopitiam gitu..

dan....

4. w/pun ada dapur segala bagai alatan canggih tak canggih, dapurku masih suci murni sbb kami dh sebulan lebih tumpang masak kat 'MyRasaRasa'...hehhee...ok2, saya berjanji apabila jenang pintu sudah siap, dapur kita akan mula beroperasi..(heheh..ada kaitan ker??)

**ni bukan rumah saya, ni rumah makcikea..


bersambung di episod seterusnya..banyak lg blom setelllll!!!!!!!!!!!!!


Saturday, February 6, 2010

cerita rojak

salam...

okay..okay.. akak tahu lama giler akak tak berblog!

bukan takde citer nak di share tapi memang terlalu amatlah malasnya..

tambah lagi masa yang amat2 terhad utk bersantai-santaian..

tapi hari ni tetiba terlebih rajin..

oleh karna semua kanak2 telah selamat dipengsankan, ayahnya pulak takde (dh 2 hari akak jd supermum uruskan 2 kanak2 aktif sendiri), maka hari ni akak tetiba tersuntik semangat nak menghapdate blog...

jom layan..

yang pertama : dh dapat design 3D utk kitchen cabinet. walaupun bukan 100% yg kita nak, tp takpe, kita tepek sini dulu hasil ilustrasi pakar2 kabinet ni..(periuk nasi itu sungguh tidak tahan...klasik nyah!)

yang kurang menepati...

1. takde glass door utk unit atas. nnti nak boh portmerion akak tak nampak...... :{

2. takde space utk microwave atas oven.

3. takde island (errr...yg tu akaun lain lah. ok akak lupa!)

4. drawer taknak kiri kanan utk dry kitchen. satu cukup!

walaupun dapur akak ni kecik jer, tapi nak gak letak island merangkap breakfast station kat tgh2 halaman tu. makanya upacara pencarian yg sesuai akan dilakukan secara agresif sedikit masa lagi. mula2 nak include semua sekali, tapi dia nak RM2700 utk island saja. so, mungkin boleh cari yg murah skit kat tempat lain. walaupun bukan nyatoh, agak2 matching dgn konsep, takpelah.

harap2nya hujung bulan dah boleh siap..tak sabar! ( soalan chenta : masak ker nanti?? - err....excuse me....!)


kanak2 riang dok memilih mana fridge idaman....

cerita langsir.

sebenarnya akak suka sgt buat lawatan muhibbah ke show house..pastu berangan! hehe

dan ni yg terbaru, show house ni tetiba ada langsir sebijik yang akak dok usha.

cuma kaler jer lain. so insyaAllah akan kuteruskan dgn pemilihan ini...simple but nice (kurang2 pd mata akak la..)

sebenarnya curtain tu boleh jer jahit sendiri (cheewah cam pandai jer..hehhe tp memang simple jer. yang pasti bonda la tukang jahitnya, bukan ai! heheh).

tapi blinds tu yg masalah problemnyer..sama ada nak tempah sekufu dgn curtain atau pakai roman blinds yg beli kat uk dulu...ermm...takpe, kita tgk dulu camana nanti....

bila nak pi ukur tingkap ni u??? kang ada yg masuk rumah pakai sokkabar jer ni kang...

cerita dua:

aktiviti berpoya di melaka sebenarnya bagi org yg dok melaka amatlah terasa keboringannya. 2-3 minggu dok cover tempat yg sama, tatau mana nak pegi lagi...memang boring tahap gaban!

ok! mak anak beranak memang over...

cerita tiga : errr....

dah lah. esok kerja...

huhuuu..tak suka keja sabtu!!!

nite2!

psssttt...boleh tak nak cakap...hati akak baru dan dah terbukak luaasss untuk dslr....ok..ok....masuk q dulu... :P