Wednesday, November 27, 2013

Air

Sekarang dlm misi paksa diri sendiri banyak minum air.
Sebab air ni satu masalah besar bagi aku.
Kalau org lain boleh mati xde air
Aku plak (macamkan) boleh mati minum air byk.

Serius weh. Seksa gile nak abiskan segelas air. 
Pastu ada hati nak consume macam2 supp yg nak kena minum byk air.
Ya, kalau tak makan apa2 pun still air kena byk kan.
Tapi tulah. Dari kecik aku mmg xleh minum air byk. Mcm nak pecah perut kalau lebih dr 3 teguk. Over kan. Hahahaha

Hr tu try herbalife. Botol 1liter tu pun tak boleh aku nak abiskan sehari. Kehulu kehilir angkut benda alah tu. So annoyinggg! Tp terpaksa. Last2 balik rumah sampai mlm pun tak abis2. Kahkahkah.

Now aku tgh consume ephyra. Opkos yg ni pun sama. Nak hasil meletop kenalah teguk air cukup2. 
Kalau nak ikut sipir air, aku kena minum 2L sehari. Ya ampunnn! Banyak tuuu. 
Tapi memandangkan aku sdg berkobar2 ni, tambah plak ngan tgh cuti ni, apa kata kita buat sesuatu.

Alah. Minum air je pun. 
Siap buat check list okeh! Agaggagaa
Sekali minum mesti 300ml. Mesti teguk sampai habis. Tak abis, rotan perut!

Pakai shaker ephyra tu je. Senang. 
Everytime dh abis minum, refill 300ml dan masuk balik fridge.
Nak minum teguk lagi sampai abis. Refill balik.
Senang kan!

Ni check list aku. Ala bodoh2 je pun..tampal kat esbox. 


Ini 1st day hari tu. Gagal utk habiskan 300ml yg last. Dah sebu perut aku time tu. Lagi plak dh nak tido. Karang tak pasal2 ada yg bangun patbelas kali buat lawatan ke toilet. 

2nd day aku just cross mana yg dh setel. Pun gagal yg last skali. Oklah tu kan...at least ada la improvement. Kalau tak buat camni, agaknya seliter pun blom tentu aku dapat abiskan seharian. 


Ni hari ni punya. Setakat tengahari baru minum 600ml. Jap lagi nak kena paksa gak. Makan la apa2 yg manis skit. Buat alasan nak minum air. kegilaan apakah sampai nak kena tipu diri sendiri pasal nak minum air ni. Hahahhaa sian aku.

Ok, nak makan jap. Hari ni masak sayur bayam ngan ayam goreng berempah je. Senang menu anak2 aku. Asal berkuah dan tak pedas. Kemarin tomyam putih. Smlm kari ikan salmon. Hari ni tumis air bayam. Esok tatau lagi. Amboi kemain surirumah lagi iols. 

Petang igt nak buat apam balik. Ciklel ni mmg fav dia apam balik. Dh tgk resepi n cara buat mcm senang je. Bahan dh beli siap2. Sbnrnya dh berapa hari tertangguh. Sbb bizi meroti. Hari ni aku stop buat roti, moh kita menerai apam balik pulak ye. 

Papehal, aku share kendian. 

Tata.




No comments: