Tuesday, November 19, 2013

Potty training.

Hari ni aku nk citer pasal mem-potty training-kan anak.
Bukanlah tips ke apa. Cuma nak share apa yg biasa aku buat untuk budak2 ni.

Mcm Umar skg dh 2tahun 6bulan. Next year plan nk hantar pre school. Maka dh kena diaperless.
So misi potty utk umar haruslah bermula skg. Bila lagi kan. 
Biasanya aku memang train anak2 time cuti skolah. Senang nak monitor. 

Macam abang dan kakak, 2tahun lebih jugak. Kakak masuk preschool 3y dah tak pakai diaper tp bila nak terberi mesti nak kena pakai. letakkan dia kat toilet confirm tak keluar punya. So pegi skul aku akan bekalkan sekeping dua. Tapi apa yg jadi, dia takkan beri kat skul. Balik rumah baru jalann.

Lps 3 bulan baru berjaya sepenuhnya. Tido malam pun dah tak pakai. Dia akan terjaga kalau nak ke toilet. Alhamdulillah senang..

Dan kali ni turn umar pulak. 
Apa yang aku buat utk umar skg, 
1. Lps mandi pagi, bebaskan dia dari diaper. Sampailah ke tengahari bila nak nap baru pakaikan balik.
2. 2 hari pertama bawak dia ke toilet setiap setengah jam.
3. Hari ke 3 dia dah pandai bgtau bila nak ke toilet. But still separuh hari punya training. Dia dh pandai buat syyyyyy sendiri. Omey sgt! Haha
4. Tepukla tangan. Puji sikit2 sbb dia dh pandai. Selalu ckp dia dh besar. Dh terer pegi toilet sendiri.
5. Petang kalau dia nak pakai, aku bagi je pakai. Taknak paksa2 dia. Dapat separuh hari dulu pun dah ok. Nnti bila dia dh selesa seluar kosong, lama2 dia sendiri yg taknak. 

Setakat ni blom lagi ada kes terkucil ke apa. Esok2 blom tahu. Harap2 mudah jugaklah nnti.


Aku tak pernah paksa anak2 psl ni. Bila dia dh ready insyaAllah senang kerja kita nanti.
Bagi parents yg payah nak train anak2, sabar eh. Kalau dia blom ready, jgn paksa sangat. Buat pelan2. Jangan stress sbb anak kawan opis dah boleh anak kita blom lagi. Jangan. Lain budak lain peelnya. Tak sama. So jgnlah asik nak compare je. Leklek okeh!


Tak perasan bila budak ni membesar. Tetiba macam dah nak kena bagi adik. Eh.

No comments: