Saturday, July 13, 2013

Baju raya

Korang dah setel baju raya? Aku blom. Tah. Macam tak sempat nk pikir pun pasal baju raya segala. Banyak benda lain yg mengganggu idup aku skg ni. Gangguan yg aku sendiri carila opkos.

Tapi hr ni sikit lega. Baju budak2 ngan bapak budak dh setel. Rembat kat BAK je. Macam yg aku ckp ritu, aku tak kesah apa kaler sekalipun. Biar dorang yg pilih. Last2, kaler grey yg dorang berkenan. Eh ke silver eh? Apaapalah. Kurung kakak pun beli kat situ jugak. Bolehlah. Dari takde kan..so skg, tinggal bagian aku jelah. Sebenarnya aku ada sepasang baju yg blom ambik kat tailor. Kain adiah cikecah. dari Ghana uols. Dah siap dah pun. Cuma aku ni yg tak nyempat2 nk singgah. Pastu ada sepasang tenun pahang yg aku harap akak tailor tu sudi terima lagi. Tu pun tah bila aku nk pegi. Memang serius tahap kebizian aku nmpaknya. Mengalahkan bisnes juta2. Tapi kaler takdelah greynya. Lain bebenar. Tapi ada aku kesah?? Eh anak2 mcm kesah je gayanya. Sian plak aku tgk dorg xcited nk baju sama2.

yalah yalah. aku try cari dulu readymade kaler grey+kuning ke, grey+pink ke. Apa2lah asal ada combination grey. Setakat ni xde yg berkenan pun. Masalahnya aku ni cerewetnya sangat menyampahkan. huh menyampah dgn diri sendiri. Ko hade?

Susah nk cari yg kena dgn kemengadaan aku. Aku nak yg simple. Taknak batubata lace2 bertempek sanasini. Aku nak yg tak ramai org pakai. Aku nak combination kaler sweet2 gitu. Pastel. Taknak terang2 dah. Bosan. Aku nak design sweet2. Taknak kurung biasa. Taknak kurung moden biasa. Aku nak yg harga tak melampau. Kalau sampai lima ratus sepasang, sekian terima kasih jelah. Aku bukan nk beli sepasang je pun kan. Peh gile mengada aku kan.

Dah tu celah mana aku nak cari? Melainkan aku beli kain dan hantar akak tailor kesayangan tu. bagi design suruh dia buatkan. Tapi...mana nak cr kain best2 kat melaka ni? Aku dhla tak kawan jakel dah. Padahal tulah satu2nya harapan yg ada. Adusss besar masalah aku.
Mmmm....Ujung2 aku pakai baju kerja je pagi raya nanti. Setel! Wasatiah katanya...



Last week. Melayankan kekanak kejakunan dari melaka. kecik 1st time naik lrt. Kemain seronok.
Konon boleh setelkan baju raya la weekend lps. Sekali hampeh. 2hari tak sempat nk setelkan semua. Kitaorg sempat ke paradigm mall, ampang point n mid valley je. Nyesal gile tak terus ke klcc ke ou ke. Byk sikit choice. Kalau tak dah setel dah. Hurmmm...perancangan gagal disitu. Letih!


Ok selamat berpuasa korang. Esok dah 4 Ramadhan. Cepatkan.






No comments: