Friday, November 29, 2013

Haa??


Aku macam seriously???
Erkkkk

Pernah skali je beli produk arzu.
Lama dah. Tahun 2005 kot.
Tapi tak penah pakai. 
Tak best.

Skg xtahu la. Tak penah teringin lagi nak masuk.
Sama macam ariani.
Sama macam tudung tingket2 tu.
Never.

Takpelah. Biarlah aku dgn cara aku.
Tudung2 takyah nak mahal sgt.
Asal selesa sudehh.


Sepuluh hinggit pun kalau kena gaya cantik apa. Kan.

Thursday, November 28, 2013

NasGor

Adik-adik...meh sini.
Meh duk dekat2.
Ni kakak nk tnya.
Korang ni semua pandai masak tak?
Amboi muka ketat je eh.
Jgn nak diva sgt boleh?
Esok2 dh nak berlaki tatau satu benda susah okeh.
Macam kakak ni.
Memula kawen, ya ampunnn. Sian laki kakak.
Seb baik laki simple.  Makan je takde byk bunyik. Bagus!

Tp skg dh terer sikit dah.
Dh spuloh tahun kot. Kalau tak terer lagi memang nk kena hempuk.
Tambah plak ngan laki dh byk bunyik skg. Maklumla dh masuk fasa ke dua kan. Pasgah!

Bila dh ada anak ni nmpknya menu pun terbatas la pulak.
Makpak suka pedas. Anak2 takleh pedas.
So apa2 buat pun mesti ikut selera anak2. Especially tang masak kuah.
Takyah nak berangan masak lemak cili api ke tomyam pedas kawkaw ke hapa.
Melainkan kakak rajin terlebih nak masak kuah lain utk budak2. 
Tapi selalunya tak la kan.
Pastu pepandaila pikir camana nak pedaskan hidangan kitaorang. Gituhh!

Ok hari ni meh kakak ajar korang buat nasi goreng paling senang di dunia. Sap sap soi je.
Nasi goreng cepat dan sedap dan mudah nama diberi.

Nasi
Bwg besar dadu
Bwg putih dadu
(Bwg ikut suka tekak. Suka byk letak byk. Kakak letak setengah labu bwg besar, 2 ulas bwg putih)

Panas minyak
Pecahkan telur sebijik. Kacau. Kalau tak kacau jadi telur mata lak. Pehal.
Masuk bawang2. Tumis.
Masuk lauk. ayam/daging/udang/sosej. Biar masak kejap. 
Masuk sos tiram ngan sos ikan. Kalau ada. Takde takyah gelabah. Toksah boh. Tiram pun dh ok.
Boh garam.
Dah sebati, masuk nasi ngan sayur kalau nak.
Goreng kedai style. Pakai 2 sudip. Hentak2 sikit mcm baguss. 
Dah rata, rasa la. Cukup ke tidak masinnya.
Kalau dh ok, tutup api. Siapp!!

Makan ngan kepok. Sah mek kelate! Ahahhaha.



Ok tu je. 
Tata.






Wednesday, November 27, 2013

Air

Sekarang dlm misi paksa diri sendiri banyak minum air.
Sebab air ni satu masalah besar bagi aku.
Kalau org lain boleh mati xde air
Aku plak (macamkan) boleh mati minum air byk.

Serius weh. Seksa gile nak abiskan segelas air. 
Pastu ada hati nak consume macam2 supp yg nak kena minum byk air.
Ya, kalau tak makan apa2 pun still air kena byk kan.
Tapi tulah. Dari kecik aku mmg xleh minum air byk. Mcm nak pecah perut kalau lebih dr 3 teguk. Over kan. Hahahaha

Hr tu try herbalife. Botol 1liter tu pun tak boleh aku nak abiskan sehari. Kehulu kehilir angkut benda alah tu. So annoyinggg! Tp terpaksa. Last2 balik rumah sampai mlm pun tak abis2. Kahkahkah.

Now aku tgh consume ephyra. Opkos yg ni pun sama. Nak hasil meletop kenalah teguk air cukup2. 
Kalau nak ikut sipir air, aku kena minum 2L sehari. Ya ampunnn! Banyak tuuu. 
Tapi memandangkan aku sdg berkobar2 ni, tambah plak ngan tgh cuti ni, apa kata kita buat sesuatu.

Alah. Minum air je pun. 
Siap buat check list okeh! Agaggagaa
Sekali minum mesti 300ml. Mesti teguk sampai habis. Tak abis, rotan perut!

Pakai shaker ephyra tu je. Senang. 
Everytime dh abis minum, refill 300ml dan masuk balik fridge.
Nak minum teguk lagi sampai abis. Refill balik.
Senang kan!

Ni check list aku. Ala bodoh2 je pun..tampal kat esbox. 


Ini 1st day hari tu. Gagal utk habiskan 300ml yg last. Dah sebu perut aku time tu. Lagi plak dh nak tido. Karang tak pasal2 ada yg bangun patbelas kali buat lawatan ke toilet. 

2nd day aku just cross mana yg dh setel. Pun gagal yg last skali. Oklah tu kan...at least ada la improvement. Kalau tak buat camni, agaknya seliter pun blom tentu aku dapat abiskan seharian. 


Ni hari ni punya. Setakat tengahari baru minum 600ml. Jap lagi nak kena paksa gak. Makan la apa2 yg manis skit. Buat alasan nak minum air. kegilaan apakah sampai nak kena tipu diri sendiri pasal nak minum air ni. Hahahhaa sian aku.

Ok, nak makan jap. Hari ni masak sayur bayam ngan ayam goreng berempah je. Senang menu anak2 aku. Asal berkuah dan tak pedas. Kemarin tomyam putih. Smlm kari ikan salmon. Hari ni tumis air bayam. Esok tatau lagi. Amboi kemain surirumah lagi iols. 

Petang igt nak buat apam balik. Ciklel ni mmg fav dia apam balik. Dh tgk resepi n cara buat mcm senang je. Bahan dh beli siap2. Sbnrnya dh berapa hari tertangguh. Sbb bizi meroti. Hari ni aku stop buat roti, moh kita menerai apam balik pulak ye. 

Papehal, aku share kendian. 

Tata.




Thursday, November 21, 2013

Sudah sudahla 360.

Sekarang ni aku tak boleh blah ngan camera360.
Serius menyampah.
Yalah. Yalah. Aku dulu penah gak terjebak.
Sekejap je pun. 
Sempat la snap tiga pat keping.
Pastu post kat ig. Kemain mulus iols. Agagaggaa

Tp skg sumpah aku berbulu.
Dh uninstall lama dh pun.
Tah la. start aku berbulu bila ramai sgt yg post gamba kat fb pakai 360. 
Walawehh.
Kalau selfie sekeping dua tu logik aaa. Nak coba2 apps hebat kan. 
Kasi cannn aaa nk kagum2 ngan muka sendiri. 
Tapi bila semua gamba pun ko nak 360, pastu obvious sgt muka 360 ko tu, nak muntah plak aku tgk.
Geli. Lagi2 ko jantan. Haih

Hari tu terskodeng ig paknil. Alahai semua gambar mulus gebus. Dari aku ok2 je kat dia terus mcm erkkkk. Dh mcm pon2 pun ada. Dah2 la tu kot. Ambik je gamba biasa2. Comey jugak kan.

Yang tak menahan ko jual produk pastu ko post gamba pakai 360. 
Confirm la produk ko bagus kan. Gebu je muka. Pastu caption lak tak boleh blah. 
Kalau betul, post la gamba xyah edit segala. Gamba original. Plain je. Baru la boleh diyakini. 
Ini pakai 360 baik aku takyah beli produk ko. Aku pakai 360 jelah terus. Jimat duhit.



Ingat. Lenkali nak amik gamba pakai kamera biasa dah. Macam ni...



menyampah?
dah pegi balik sekarang. 
Hahahhahaha


#Camera ipad ni best gile. Takyah nk usung yg gabak tu dah. 
~Hari tu ada reporter dari BH & Melaka Maju ke hapa dtg mintak gamba budak UPSR ngan aku (sbb iols kan wartawan sekolah). Aku ckp sy ni amik ngan ipad je. Konon kecewa la sbb mesti gamba ngan aku tu tak cantik. 
Sekali bila aku tunjuk terus, eh cantik la. 
ok2, emailkan saya segera. 
Hurmmm...encik jgn memandang sebelah mata ya. (Aku pun tak tgk lagi dh keluar ke belum gambar2 tu dlm paper)





Tuesday, November 19, 2013

Potty training.

Hari ni aku nk citer pasal mem-potty training-kan anak.
Bukanlah tips ke apa. Cuma nak share apa yg biasa aku buat untuk budak2 ni.

Mcm Umar skg dh 2tahun 6bulan. Next year plan nk hantar pre school. Maka dh kena diaperless.
So misi potty utk umar haruslah bermula skg. Bila lagi kan. 
Biasanya aku memang train anak2 time cuti skolah. Senang nak monitor. 

Macam abang dan kakak, 2tahun lebih jugak. Kakak masuk preschool 3y dah tak pakai diaper tp bila nak terberi mesti nak kena pakai. letakkan dia kat toilet confirm tak keluar punya. So pegi skul aku akan bekalkan sekeping dua. Tapi apa yg jadi, dia takkan beri kat skul. Balik rumah baru jalann.

Lps 3 bulan baru berjaya sepenuhnya. Tido malam pun dah tak pakai. Dia akan terjaga kalau nak ke toilet. Alhamdulillah senang..

Dan kali ni turn umar pulak. 
Apa yang aku buat utk umar skg, 
1. Lps mandi pagi, bebaskan dia dari diaper. Sampailah ke tengahari bila nak nap baru pakaikan balik.
2. 2 hari pertama bawak dia ke toilet setiap setengah jam.
3. Hari ke 3 dia dah pandai bgtau bila nak ke toilet. But still separuh hari punya training. Dia dh pandai buat syyyyyy sendiri. Omey sgt! Haha
4. Tepukla tangan. Puji sikit2 sbb dia dh pandai. Selalu ckp dia dh besar. Dh terer pegi toilet sendiri.
5. Petang kalau dia nak pakai, aku bagi je pakai. Taknak paksa2 dia. Dapat separuh hari dulu pun dah ok. Nnti bila dia dh selesa seluar kosong, lama2 dia sendiri yg taknak. 

Setakat ni blom lagi ada kes terkucil ke apa. Esok2 blom tahu. Harap2 mudah jugaklah nnti.


Aku tak pernah paksa anak2 psl ni. Bila dia dh ready insyaAllah senang kerja kita nanti.
Bagi parents yg payah nak train anak2, sabar eh. Kalau dia blom ready, jgn paksa sangat. Buat pelan2. Jangan stress sbb anak kawan opis dah boleh anak kita blom lagi. Jangan. Lain budak lain peelnya. Tak sama. So jgnlah asik nak compare je. Leklek okeh!


Tak perasan bila budak ni membesar. Tetiba macam dah nak kena bagi adik. Eh.

Sunday, November 17, 2013

Emback!

Assalamualaikum semua.
Amboi lamanya aku tido. Malas betul aku ni.
Byk benda yg aku rasa nak share kat sini. Tapi tah kenapa mcmkan bergaduh besar ngan blogger ni. Nak bukak pun tak sudi.

Skg ni aku boring gile. Dorg semua dok layan AF finale. Mahap. Mak incik tak kuasa. 
So apa kata kita sembang barang sebaris dua kat sini.
Sorryla topik tak lain tak bukan pasal kegilaan. Apa nak buat. Nilah satu2 nya pembakar semangat aku.
Korang menyampah, takyah baca okeh!


Aku kan dah buat akujanji ngan ciklel
Pasal beli hbag burberry tu
Gile punya psl aku willing to tahan napsu kononnya selama setahun.
Sebab rega bag tu dh over limit yg dia luluskan. 

Beli bag tu bulan doblas tahun lps. 
Maknanya bulan dosblas tahun ni baru aku abis pantang.

Sebenarnya sejak dari bulan lima hari tu ailio aku dh menjejeh
Tapi mengenangkan baru lima bulan kot nak break janji sendiri
Lagi plak ciklel selalu je jd reminder tak berbayar aku
Asal nk tunjuk nak berkenan je, dia terus pangkah. 
Terus mati pucuk aku. Heh

Tapi sejak bulan lepas aku memang tak boleh tahan dah.
Setahun woii
Benda lain aku boleh tahan
Tapi hbag is kenot. Why why why ha???

Byk betul godaan. Fb, ig, blog korg mmg kejam kan???

Hari tu masa pegi klcc aku ajak ciklel masuk kate spade. Saja nk usha rega bag yg aku dok aim.
Yes. Nasib baik ada. Ni ha.


Harga? RM1800 tak silap aku. Eh ke RM2k+ aku tak igt dah.
Ko gile??
Princess v jual baru RM980 kot.

Terus laju2 bukak ipad tunjuk ciklel.
Dan2 tu ciklel suruh order. Hahahahahaaaa

Tapi malangnya bag tu baru je sold out. Meraung aku. Dlm ati.

Beria salesgirl tu suruh aku tgk bag2 bagian sale. (Kakak ni cari yg murah lettew!) 
Sorry naik lorry la. hage sale pun masih kemain beza. Tengkiu good bye! 
Aku nak ngetest kat bahu je. Besar mana panjang mana gittew.
Taknak kejadian mj berulang. Sobs!

Lps tu aku mcm rilek skit. Sbb yg aku target tak berapa nak ada. So selamatlah di situ.
Tapi dlm masa sebulan lps sempat gak aku rembat seketul cluth n seketul hbag.
Cluth dr princess v. Hbag dr ourfashiondistrict. 



Dah lama aku nak saiz2 gini. Boleh sumbat segala. Penah beli wrislet coach gak. Tapi kecik. tak muat nk sumbat tepon. Nyesal jugak. Skg dh jd tukun. 
Yg ni sangat best. Ada 3 compartment. Puas hati. Telepon, cards, notes, coins semua ada bilik masing2. 


Pastu last month jugak tetiba aku jumpa plak fossil yang menawan qolbu. Memula rilek je. Eh cantik jugak ni. takde la feeling nk beli ke apa. 
Tapi pada suatu hari tak lama lepas tu boleh plak aku ternmpak beg yg sama kat butik harga 2x ganda 
dari hage online. Terus menggelupur aku. Memang penyakit sangat kan. 
Dan2 tu jugak aku whatsapp seller n booking. Alhamdulillah rezeki aku sbb ramai yg minat tp lambat bertindak. 
2-3 hari lepas aku nmpk ada seller jual bag yg sama dgn harga 200 lebih mahal dr yang aku beli. Terus kembang kuncup idung aku. Hahahaha gile. 

Maka dgn itu berakhirlah akujanji aku untuk puasa setahun. Sendiri janji sendiri langgar. Coiii sgt!

Bila dh start menggila balik mulalah aku tak sedar diri. Nak2 bila jumpa sidia ni.



Oh terus sawan aku datang. Siap dah transfr deposit sekali sold out. Saja je kan! Mmg xde jodoh aku ngan ks gold coast ni agaknya. Mcm yg hijau hr tu. Sedih.


Sedih2 pun tak putus asa okeh! Tetiba jumpa plak ngan sicantikmanis ni pulak.


Dah hantar pinangan. Skg tgh menunggu dgn sabar. Harap2 mencapai spec yg aku nak. Beli online mcm nilah, lebih pada gamble. 
Biasa bag aku gabak2 belaka. Kali ni sbbkan tergila2kan chanel yg mahal nak terarwah tu, dpt yg design lebih kurang pun jadilah kan. Lagi plak tetiba tersuka sgt yg jenis long chain gini. Omey angat!

Ok2 cukuplah dulu cerita lagha aku ni. Tak bagus kalau nak sembang lelebih. Ya, aku tahu. Tapi bagi la aku chance nak panas enjin kan. Nnti aku cari cerita berpekdah sikit nak share kat sini okeh.

Tata.