Tuesday, October 21, 2014

Percutian pendek : Lost World of Tambun Oct'14

Cerita cuti2 Malaysia lagi.
Kali ni destinasinya Lost World of Tambun. 
Pergi wiken je. Mingg lps.
Gerak dari Melaka Sabtu pagi. 



Sampai Ipoh kurang lebih 12tgh.
Destinasi pertama Taman Rekreasi Gunung Lang. Tengahari buta kot kau melancong.
Ah lantokkk.

Cantik rupanya tempat ni.







 Boleh naik bot utk ke pulau belakang sana. Dewasa RM3 je. Kekanak RM1.50




Tah apa angin nakdara ni. Nk bertudung pulak. 
Kemain hangit muka dorang ni skg. Belum pun elok yg redang punya ni nak tadah panas kat tambun lak. Ah apedehal. Hitam pun itamla....kata mereka.








Cantik kan.
Aku suka tempat2 camni. Damai je..


Ada amoi offer snap kan gambar sekuarga. Terima kasih amoi.



Ada Ostrich dan rusa jugak.


Pokok2, bukit2 sekeliling, tasik, Subhanallah....indahnya ciptaan Tuhan.



Lunch kat tepi tasik tu je. 
Aku makan laksa. Tak sedap. Hoih payah betul nak jumpa yg berkenan kat tekak.

Kitaorang stay di Hotel Lost World. 
Hotel ni punyalah payah nak dpt. Penuh je manjang. Bnyk group stay kat sini. So kalau nak, kena book awal. 

Petangnya lps check in segala, keluar semula untuk acara jalan2 cari makan.
Hujan la pulak. Memula lebat. Tp masa sampai pdg Polo tu nasib dh kurang. 
So dlm gerimis mengundang tu sempatlah jugak mentekedarah laksa kedah.
Ya, tghari td aku dh makan laksa. Tak sedap. Ni nmpk laksa nak lagi.
Pun kureng. Pdahal gerai yg aku singgah ni paling ramai manusia. Siap beratur lagi. Dm hujan lak tu.
Aku syak mesti sedap ni.
Sekali...hurmmmm...tinggi benar agaknya expectation aku.
Tp bolehla dr yg tepi tasik tadi. Abis gak semangkuk aku blasah. Siap makan ngan keropok lekor.





Dah kenyang, balik hotel semula cecepat siap utk masuk ke Hot Spring.
Dpt 2 tiket free. Yg bebudak ni kena ada add on. RM20 sorg. Ada kad mesra dptla 15% off. Umar pun kena ya. Bawah 90cm je free. Bisnes sgt!
Kad mesra tu baru je buat hari kejadian. Sbb org hotel dh bgtau siap2, kalau pakai voucher hotel bagi dpt 10% je. Pemegang kad mesra, watson atau citibank dpt 15%. Semua tu aku bukan. Maka marilah kita ke petronas berdekatan utk menjadi ahli kad mesra serta merta. Bijak tak bijak tak? Hewhew



Aku bagi gambar nilah. Tak larat nak hupload satu2.



Ada persembahan band apatah. pastu abg api pun ada. Ohsemmm. 
Part makan api tu mmg kagum ah.
Tgk dr dlm kolam. Sambil berendam sambil layan band. 

Mlmnya masing2 dh penat, terus je balik hotel. Nasib hotel depan2 je. So takyah nak bilas tukar baju kat situ. Balik mandi hotel je.
Namanya nak keluar balik lps tu mmg tak aa. Kakak ngan umar lps mandi terus pengsan.


Maka ayah ngan abg jelah keluar. Tapau makan mlm.

Esoknya pagi2 keluar bfast.
Cafe hotel ni bukan di bangunan yg sama.
Nun di seberang. Sama building dgn waterpark.


Bayangkan pepagi ko dh terpacak bawah bukit ni. Kiri kanan hijau je.




Kata ciklel ni mi kari tersedap dia penah jumpa.
Ok nnti craving mi kari kita dtg sini lagi.


Tetiba terharu tgk gambar ni.
Dh besar anak2 aku..sobs.




Sementara tu pukul 9:30 standby utk beli tiket. Kat luar cafe tu je.


Swimming attire tu xdelah strict mana pun. Cuma kalau nak naik slide pusing2 tu kalau pakai track ada zip ke mmg xleh la.
Aku tak naik pun. Ciklel je melayan emir.

Harga walk in RM50
Website / hotel voucher RM45
Kad mesra/watson/citibank RM42.50


Checkout hotel sesiap. Loading brg dlm kereta. Tp still park kat hotel. So jimat duit parking di situ. Muhahaha


Ok mmy, are you ready??







Ewah abangla. Ko kat sini kemahen. Siap org ajak bergambar. Kalau tak pandang pun tidak. Lagi2 kalo yg keti busuk tu. tak payah nak angkat tangan, selisih je pun dh melekat bau sampai ke mlm. Nauzubillah aku mmg tak tahan.


First, aktiviti kering2 dulu.
Pagi lagi ni. Pukul 10.30. Org pun blom ramai. So kebanyakan benda kita yang punyaaaa.
Takyah nak beratur bagai.





Ah layankan gambar jela.
Koser aku nak letak caption semua. Gambar dh la berlambak. Nasib la ko.


Nasi vanggey ni harga dia RM10. Ok la not bad. 
Sbnrnya harga makanan dlm ni xdelah mahal mana. Tak mcm legoland pencekik tu.
Cuma air mineral jela harga menyakitkan hati. RM4. Maka baik ko siap2 bwk air sendiri. Teguk la selagi boleh.




Ni atas train. Restoran dlm cave. Unik sgt.
Tp takleh masuk. Tak sesweiiii



























































Ok dh setel cover semua tempat, its a splash timeee!
Panglima tu la. dh tak senang duduk. Bising je. Cepatla...cepatlaaaa.....cepattttttlaaaaaaaaa




Mcm biasa. Nmpak je terer. Tp penakut.
Takde maknanya dia nak naik segala slide tu. 











Muka stress tunggu ayah layan abg naik slide pusing2 tu. 







Sempat tgk Tiger Feeding je.



Skg ni kalau pegi mana2 theme park pun rasanya inilah dia. Hntu bersepah di mana2. Halloween katanya. 
Show dorg mmg best. Masing2 punya watak real je. Umar memula takut gak. Tp bila dekatkan ngan dorg, hantu2 tu pegang tgn dia, ok la. 
emmm lps tu siaplah mak ko dgn mcm2 soalan ujiminda. Kenapa hantu itu kenapa hantu ini. Stress nk menjawab.
Kang ada yg mak ko nyorok dlm rumah hantu ni.  
Eh sini pun ada rumah hantu. Tp tak masuk. Nmpk nenek kebayan je kat luar rumah tu. tp xsempat gambar. Kejarkan train masa tu.





Yg ni, kenapa hantu ni tak tutup mulut dia?
Kenapa gigi dia hitam?
Kenapa darah2? 
Kenapa..... 200x soalan yg sama. 
*Pitam*




Hantu beca. Kahkah. Mati eksiden beca agaknya. Kemain sadis kecederaan.


Keluar ngam2 pukul 6. naik lembik kaki dah mak ko ni. 

Siap2 dinner area situ pastu zass balik Melaka.
Overall, mmg best utk short vacay.
Ramai gak kengkawan aku yg tak tahu tempat ni. Lps dh tgk gambar2 ni kat fb, kemain excited dorg plan utk cuti hujung tahun. 

Ni aku tgh intai2 The Heaven. Menarik juga nampaknya.
The Banjaran? Mahal nak mampos!

Ok tu je. Tata

No comments: