Saturday, December 5, 2015

Percutian Keluarga : Kota Kinabalu Day 1

Percutian hujung tahun ke KK ni sebenarnya last minute punya decision. Plan asal nak ke Langkawi memandangkan last year plan langkawi terbantut jadi jalan2 utara sudahnya.

Kisahnya hr tu ramai yg dok share psl New Zealand Malaysia kat fb. Cattle Farm tu la. Yang aku ni mmg tak boleh tgk tempat2 camtu. Teruja terus. Ya, aku peminat ladang lembu kambing segala. Tp ladang ala2 oversea je la. Kalau kat Malaysia ni tak selera aku. Dasarrrr hahahhaa

Bila tgk je psl cattle farm tu, terus lelaju gugel. 
At last aku buat kuasa mandatori, this year kita pegi sabah!

Ingat senang aku nak pengaruh ciklel utk naik flight? Dia tu seboleh2 taknak tempat2 yg memerlukan pengangkutan udara. Tu sbb sblm ni aku beli je tiket pegi mana2, konon dia takde pilihan terpaksa ikut sbb tiket dah beli. Tapiiii nan adoooo. ending semuanyaaa tak jadi pegi sbb tuhan nak balas perbuatan isteri yang pepandai merancang sesorang tanpa pengetahuan lakinya. Huaaaa

So kali ni aku dh serik. Dtgla berapa harga pun tiket yg murah itu, aku buat dekkkk je. Sampailah aku dpt persetujuan suami. Tu pun berhari jugak la menunggu. Maybe dia nak istikharah dulu kot. Takpe aku tunggu. 

Tp kali ni approach aku lain skit. Aku buat itinerary, budget segala siap2 dan bentangkan pd kabinet. Dengan harapan kebarangkalian untuk usul aku diluluskan adalah besar. *bijak tak permainan aku*

Maka, awal bulan 10 hr tu shoppinglah aku tiket AA ke KK untuk 5org. Eh tak. Tambah lagi 2 untuk anak2 buah ciklel yg emakayahnya nak pegi tapi cuti dah takdo. Huhu siann. So harga takdela murah mana. Tapi takpe asal kali ni jadik. 

Dipendekkan cerita, flight kitaorg pukul 10:20. bertolak dari Melaka pukul 6. Almaklumla hari keja dan desas desus klia2 yang jauhhh gate2 tu. Sampai sana, drop baggage segala, ngam2 ada masa utk bfast. So, just bfast kat kfc je. Blkg check in kaunter. senang takyah pegi jejauh. 


Budak kecik yg hujung tu excited sgt sbb dia 1st time naik katebang. Siannn hehe.





KL-KK lebih kurang 2jam 30min. Dalam pukul 1:05 alhamdulillah smooth landing di KKIA terminal 2. 

Sampai je airport, kereta dah tunggu. 
Byr full payment, deposit RM200 yg dh byr masa booking dulu dia simpan dulu. Dh return kereta baru dipulangkan semula. 
Aku ambik exora 1.6A. Kereta sangat ok. Baru lagi. Harga pun murah compared to 1-2 tempat lain yg aku survey. 

Kereta : RM180/day




Yang bagusnya, ada disediakan map dlm keta ni. Boleh la nak tgk roughly tempat2 yg kita dh plan. Nak jengjalan still kena pakai waze. Tapi KK ni jem baq angg!


Dah dapat kereta, terus isi minyak (RM80) dan misi mencari makan. Elok lah tu. Perut pun dah berdondang sayang. 


Singgah di foodcourt Tg Aru. Banyak sgt kedai kat sini. So pilih je yg mana berkenan. Mostly semua sama. Makan goreng2 je pun. 

Review: nasi goreng so-so je. Huhu. 
nak telan tu boleh la. Cuma rasa kureng sbb tak pedas kot. Ciklel order nasi goreng sotong pedas pun tak pedas. Hehe
As expected la. So ok jeeerr :)
Harga: lebih kurang semenanjung.


Tapi sayap bakar ini win. Sedap. Memula order satu set 6 ketul. Eh sedap. order lagi satu set. Last2 jenuh nak abiskan sbb budak2 dh kenyang. 
Harga : RM10 utk 6 ketul sayap bakar. Sini panggil sayap ya bukan kepak :)

Perut dah kenyang, moh kita check in dulu. 
Oleh kerana rakyat ramai dan memerlukan sebilik je, maka aku pilih Promenade Service Apartment. 
Memang puas hati. Bilik besar gabak. Ada 2 katil queen. Dan aku tambah 1 extra bed je. So, 7 org boleh tido dengan selesa. 


Harga : RM125/nite
extra bed RM48

muroh ke idokkk?? :D


Apartment ni sangat strategik. Mudah. 
Bawah2 ni segala mcm kedai ada. 




Area dia mcm business centre. Maka agak sesak jalannya. Tp parking senang. Basement parking. Free. 
Apartment ni ada 3 blok kalau tak silap. Unit2 bercampur dgn resident jugak.  
Utk 1st nite ni kitaorang dpt unit di blok 3. 

Tip: parking kat bawah. Cari blok 3 sbb reception di sini. Naik tangga check in (sorg je pegi takyah reramai)
Pastu mintak terus access card supaya semorang boleh naik terus dari parking dgn lif. beg mesti la banyak kan? 

Selesai check in, solat dan rehat kejap. 
Petang dlm pukul 5 mari kita keluar jln2 pusing2 bandar kk. Hah elok sgt la. Time org balik kerja. Mendapatlah jem sana sini. Huhu



Aduhai cantiknya bandar kk. Sepanjang jalan dpt tgk laut. Stress pun hilang...

Pusing2, at last berenti di Tg Lipat Likas. Ada medan selera situ. Ramai org2 kk beriadah jugak. 






Rupanya sini adalah port utk tgk sunset jugak. 


L to the O to the V to the erkkkk E?
Hahahaa 
Lenguh. Tak sng oke nak buat E! (Padahal badan kertu keras kejung kahkahkah)



Subhanallah...mata menjadi saksi..

Oleh kerana masih kenyang lagi, kitaorg order ringan2 je untuk dinner. 


Pisang goreng cheese dan ubi manis goreng (xde gamba)
Sedapp wehh. 
Ahhh teringat2 lak. 



Ni harga sepinggan RM4
Ubi manis 5 ketul RM1 


otw balik nampak bukan main meriah lagi area pasar filipin tu. memula plan nak balik terus je. Eh tetiba ciklel ajak singgah. Kebetulan nampak parking, terus masuk je. Tak sampai hati rasanya nak abaikan parking tu sbb jalan sesak gila org park double triple pastu ada parking tak nak masuk? Tolak rezeki namanya. 


Pasar basah. Masuk sbb nak tunjuk bebudak ni ikan, udang, sotong fresh yang besar2 lagi ganteng2.
Bestnyaaa!! 

Tak beli pun. Dah tu nak masak kat mana?
Masuk pasar kraftangan pun takde apa yang menarik. Aku bukan peminat pearl, kerongsang bagai. Pusing2 keluar. 

Balik bilik, selesai mana yg patut, tido.
Esok pepagi ke tanah tinggi kita. 

Eh tak. Mlm tu ciklel turun merayap kat bawah, balik2 beli mcd. Sbb takut bebudak lapar katanya. Kenduri mcd la pulak memalam buta. Huhu


Oke, bersambung esok. 


1 comment:

Emy Omar said...

Bestnya cuti-cuti KK..belum ada kesempatan nak explore Negeri Dibawah Bayu tu..teringin nak pegi ke pulau-pulaunya yang cantik tu hah.Baca entry ni teruja rasa nak jalan-jalan Sabah 2016 nanti