Friday, March 10, 2017

Catatan Kehamilan : Minggu ke 26

Alhamdulillah dah mencapai 26w 3d. Berat takut nak timbang. Gulp!

So far, takde masalah lain kecuali condition badan yg sakit sana sini. Sebelum prgnt mmg dah prepare mental dan fizikal. Dah bersedia utk merasai sakitnya seawal 20 minggu. Tak sama mcm org lain yg sihat sejahtera. 

Takpelah. Ini bahagian aku. Ramai lagi kot org lain yg diuji dgn mcm2 masalah morning sickness teruk la, darah tinggi la, diabetes la, hb rendah la. Dan aku alhamdulillah semua tu xde. So kita layan je sakit2 tu selagi daya 💪🏻💪🏻

Bila dah masuk minggu 26 ni, fasa melupakan hal2 material emak pun bermula. Setakat ni utk pregnancy kali ni, dengan kembang hidungnya nak bgtau, aku hanya beli selai skirt, seluar 2 dan blouse 2. Magic sangat. Hahahaha
Sebenarnya banyak pakai yg lepas2. skirt dan seluar dulu2 masih sgt ok. Dari zaman icha kot..kain langsung tak berbulu. Macam baru. Cuma getah je kena tukar. Takde masalah sbb aku beli je getah yg lobang2 tu kat kedai jahit, gantikan getah lama. Setel. 

Eh memang terbuktilah. Alah membeli menang memakai. Aku suka tajuk modernmum n motherclub. Memang berbaloi. Walaupun harga mencekik tp material sangat tahan lama. So pd adik2 yg baru nak belajar beli baju prgnt, hakak suggest sgt 2 brand ni. Ko boleh pakai sampai anak ke lapan dikk. Tp utk seluar dan skirt jelah. Maxi design ke laut. Hakak tak suka .

Time keja lak banyak pakai jubah. Nasib baik sepanjang sebelum zaman prgnt ni, keja aku membeli jubah je. Boleh tahan selemari la jugak. Hahahaa. Kebanyakannya jubah imaanboutique la. Cutting imaan ni mmg helok sangat. Boleh pakai masa perut kempis mahupun buncit. Xde masalah sendat kat perut ke hapa. So baju keja setel. Takyah beli baru. Gegilir jugak la dengan skirt +blouse. Maxi mengandung tu mmg tak la. Sbb aku mmg anti sgt dgn baju mengandung yg ada tali2 tu. Sbb nmpak sangat mengandung. Hahahha sejenis poyo kata ciklel. Eh bia ah 😜


Skg dah start angau barang2 baby lak. Eh sapa kata anak ke4 dah hilang teruja? Silap okayy!
Walaupun kebanyakan benda dah ada, tapi napsu opkos mengatasi segalanya. 😬😅

1. Bouncer/swing. 
Masih dalam pertimbangan. Perlu ke perlu? Eh

Masa umar hr tu dah beli yg ni. 




Tahun 2011. Dah 6 tahun kot. mcm tak canggih sangat dah utk 2017 ni. Hahaha 


4moms Mamaroo

Baca review mmg ohsemm. movement dia wowww. Soothing sangattt.

Tapi kan ramai gak yg nak letgo condition 9.5/10, 9/10. Baru sekali dua pakai. Maknanya apa itu??? 
Paling byk reason baby taknak duk. 
Tu yg buat hakakmek pening. Berbelah bagi. Hurmmm...masih ada masa utk pertimbangan. 




Anak2 aku ni jenis tido buai. Sblm ni pakai buai letrik tu. Berenjut je kejanya. Tp bab nak mengangkot ke sana ke mari leceh yg hamat. Nak2 balik kg. 
Lagi satu opkos benda ni lebih selamat berbanding buaian conventional tu kan. Ececece alasang sangat! 😜
Cuma tulah. Setakat 5-6 bulan boleh la duk atas ni. Dah besar besok buai jugak la solusinya 😅








Nuna leaf ni pun ok. Tapi movement dia tak sehebat mamaroo. Just kiri kanan je. Pastu setiap 2 menet kena gerakkan. Leceh la jugak. Kalau nak continuously bergerak je, kena beli motor dia panggil apatah. Harga asing la pulak. Tp kelebihan boleh guna lama. Dari baby sampai makbaby pun boleh duduk atas ni. Up to 60kg katanya.


Tapi persoalannya...berbaloi atau tak?? Taknak nnti dah beli baby xnak duduk lak. Boleh naik hijau omak kau nak oiii. 


2. Stroller

Eh bukan dah ada ke? 😜
Erkkk nak lightweight la pulak. Boleh?? 😌







Dedua ni ok sgt lagi. Ciklel ckp kalau nak stroller lain, kita let go je dedua ni. Eh mana bolehhhhh...sayangggg oiii.
Sejenis ketamakkan.


Aaa comelnya awakkk 😍😍

icandy. 



Yoyo pun mendebarkan jugak. Huhu


Tapi yg ni nanti2lah. Bukan nak beli sekarang pun. Sebulan dua boleh je pakai quinny+maxi cosi carseat tu. Takpe baby, mari kita bersabar dulu. Nanti2 kita pikir cemana nak capai kehendak kita tu.



3. Tilam/bantal/babynest etc




Comey sgt kan?? 

Belum decide lagi nak beli babynest je ke, atau sekali dgn set segala macam. 







Eh eh macam2 kegilaan lah. Uwaaaa 😭😭




Umar dulu aku jahit sarung je. Tilam pakai abg punya dulu. Beli yg baik terus boleh pakai lama. Gigih tak gigih omak ekau dulu nak oiii. Padahal bukan pandai menjahit sgt pun. Main belasah je. Tetiba je jadi hahahaha.


Mosses basket ni pun omak kau dah improvasikan dari asal. bawak balik dr uk dulu neh. kat sana murah bebena. Mana boleh tak beli kan.

Tuh, segala binatang, pokok kat kepala tu emak buat sendiri ya. Gigih tak gigih. Hahahaa. Tapi ini kali mmg takdelah. Nak bwk body hari2 pun dah tak larat. Kita beli jelah nakk. Bakul ni pun tah mana la letaknya. 


4. Breast pump

Dulu pakai avent. Yg letrik tu. Ok sangat. Puas hati. Mudah walaupun single pump je. Dah berkhidmat utk 2-3 org ibu dah pun. Tp malangnya dah jadi mangsa banjir besar kat kg 2014 dulu. Innalillah...
Dikipar kakmek kata dia ada. So kali ni kita takyah beli lah. Pakai dia punya pulak. Jimat di situ.

5. Warmer, sterillizer etc 

Nak kena kumbah stor balik semula. Rasanya ada lagi. Kalau takde maknanya dah mewarisi ke ibu2 lain la kot. Tah aku pun tak berapa nak igt. 6 thn berlalu. 
Takpe. Kalau takde, takyah beli pun takpe. Kita sterillise pakai periuk biasa pun boleh. 


Ok tu jelah dulu. Tetiba malas mendatang. Next time story lagi. 

Tata. 



No comments: