Monday, May 22, 2017

Catatan kehamilan : Minggu ke 34

Assalamualaikum korang. 

Alhamdulillah lagi 4 hari lagi kita semua akan bertemu Ramadhan, bulan penuh keberkatan. 

Minggu ni adalah minggu ke 34. Baby makin besar dan makin aktif. Alhamdulillah syukur..

Utk mmy, tak sabar sangat rasanya nak habiskan minggu ni. Minggu terakhir sekolah sblm sek cuti 2 minggu. Moga2 lps 2 minggu nnti baby dah ready nak keluar. Kalau tak mmg mc la jwbnya. Huhu



Hari guru tahun ni biasa2 je. Dgn perut boyot, takde nya nak ngikut tema bagai. Pakai je apa yg ada. Tu pun dah tak berapa nak muat dah. 


So far, list berpantang still belum complete. Banyak lagi rupanya yg belum beli. Tapi tak risau sbb kebanyakannya order online je. Oleh kerana aku mix n matchkan item2 tu semua, maka ambik masa jugaklah nak study satu2. Nak pilih yg terbaik dan opkos yg confirm akan guna nnti. Taknak la tersadai je. 


Kali ni baru nak rasa pengalaman puasa time Ramadhan. Harap2 bby dan mmy dapat la bertahan ya. Kita doa banyak2 pada Allah semoga dipermudahkan okey!

Jumaat nnti checkup dgn drchia. Last visit 2 minggu lps tnya la jugak dia psl saiz bby. Takut la bby terlebih besar kan. Dia senyum je. Pegang perut lebih kurang, kata dia, u jgn risaulah. Baby xde besar mana pun. Saya rasa keluar pun dlm 3.4kg mcm tu je. Bila dia scan, mcm biasa, tgk kedudukan baby ok, heart beat ok, dah. Hahaha sempoi gila. 

Ok tu jelah update utk week34. Kalau rajin ada la week35, week36 etc. kalau tak, lps bersalin esok lah kita citer lagi. Haha

Ok jumpa lagi. Tata

 

No comments: