Wednesday, September 6, 2017

Cuti2 Bajet 2017: Hyve Soho Suites Cyberjaya

Assalamualaikum. Hai korang. 
Percutian bajet dan gembira diteruskan lagi. 

Walaupun cuti sekolah seminggu, Rabu tu dah gerak balik semula ke Melaka. Tak sempat nak tunggu raya sbb raya kan hujung minggu. Melepas daging bakar cicah air asam. Sobs

Sekarang ni mmg kena spare masa sehari dua sebelum naik sekolah utk settlekan barang2 anak bujang balik asrama. Banyak benda blom selesai. Lagipun dh janji dgn dorang nak jalan2 kl.  Lama dah hibernate kat melaka since mmy mendugong hr tu. 
So layan jelah. 

Rabu petang sampai kl. Terus shoot ke decathlon. Fav spot ayah dan anak2 ayah. Mak layan je sambil seret kaki ngan nadra. Berhantu decathlon ni. Mcm ikea jugak. Takde apa nak beli kekonon. Sekali dah abis tawaf, tetiba dah penuh bakul. 

Malam tu lepak rumah makngah bebudak ni.
Esoknya tu kan merdeka. Plan nak bawak budak2 ke zoo. Esp umar. Dulu masa pegi dia kecik lagi. Mana nak ingat kan. Banyak betul soalan2 dia pasal binatang2 ni. Macam2 soalan mencabar minda. So decide jomlah kita visit zoo lagi sekali. 
Tapi malangnya tak jadi pulak. Postpone next time. 

Maka teruskan misi jalan2 ke Melawati Mall je. Mall baru. Besar dan menarik. Tak sangka eh boleh naik mall sebesar tu area melawati. 

Petangnya terus ke Cyberjaya utk check in homestay. Booked thru airbnb. 
Nama tempat ni kemain taknak kalah. 
Hyve Soho Suites.



Host melayu. Cantik rumah dia. Tapi unit dia tidaklah yg tinggi2 ni. Gambar atas ni aku ambik kat google je. Unit yg aku dok ni kat P2 yaitu aras bawah.


Ada 2 bilik. Ni master. Empuk tilam dia.


Lengkap segala. Iron, extra comforter, sejadah telekung semua ada. 


2nd room utk anak2. Ada 3 katil. Ngam sorang satu utk bebudak bertiga tu. 



Simple je rumahnya. Tapi lengkap. Yg best tv pakai netflix lagi. Superb ah. Internet dah la laju gile. Cyberjaya kot. 
Oh free wifi jugak 👍🏻




Kitchen area. Sebenarnya kalau utk residence mmg kecik. Lama2 boleh lemas. Lagi2 kalau anak ramai. Utk shortstay oklah. Just nice. 
Thats why aku xde nmpak family pun kat sini. Kebanyakkannya int. student, pastu ada nampak stewardess maybe yg bujang2 ok la. 




Semua dlm ni complimentary. Boleh guna dan makan. Tp kitaorg tak makan pun. Mlm lps ronda alamanda, tapau mcd je. Malam raya katanya...


Kitchenware lengkap. 



Harga?

RM205 plus RM25 (kot. utk cleaning fee). Oklah berbaloi. Kalau dok hotel mana nak dpt harga tu utk family room. Yg penting rumah best dan opkos ada pool. 




Hantu2 air ni dapat bercuti camni pun jadilah. 


Best pool dia. Besar. Tp rasa mcm duk kat arab pun ada. Rasanya kitaorang je melayu kat situ. Yg lain cina, pak arab ngan pak itam. Oh mungkin melayu dah balik kg. Kitaorg je fefeeling raya perantauan. Hahahaha


Adik? 
Tido lagi syok!

Malamnya ronda alamanda jap cr brg si abang. Ramai gak umat manusia. Eh korang ni tak balik raya ke??
Keluar dr alamanda cari2 port makan, nan hadoo. Ciklel teringin nak pekena chicken chop persint 9 malangnya by the time kitaorg sampai dorg tgh kemas2 nak tutup.
End up tapau burger mcd je. 


Lps makan kerah anak2 tido sbb esok nak bangun awal. Tahun ni kita solat raya kat Masjid Putrajaya ya anak2..

Ok, nnti kita tgk berjaya atau tidak. 

Jumpa lagi. 
Tata.




No comments: