Friday, October 28, 2011

Impian pencen

pencen 60?? haih terima kasih jelah...acik umur2 emas cenggitu nak dok dendiam kat rumah, takpun boring2 keliling dunia bersama insan2 tercinta. (hahah poyo). takde maknanya nak panjat tangga pat lima tingkat lagi...tercabut lutut nak??




ramai yang tanya mana aku dapat kederat, kerajinan dan kegigihan utk mengekek. anak berderet, kerja bukan surirumah. perghh rasa macam rare je kan. padahal ramai je org lain pun...hahhahaa...poyo lagi sangat!

kombinasi chocolate cake dengan cream cheese adalah sangat ke langit! 
(utk pencinta cokelat dan cheese lah opkos!)


kalau nak ikutkan hati dan mata memang lebih baik tdo je. tapi sejak dah beranak pinak ni, takde maknanya nak tido2 siang. malam pun belum tentu...
biasanya balik sekolah, mengantuk macamana pun aku takkan tidur atau sebenarnya memang tak boleh tido.



chocolate indulgence yg penuh cabaran. rasanya lepas ni dah tahu camana nak jimatkan masa siapkan kek sedap ni. dan harus praktis dgn gigih camana nak smoothkan choc ganache tu.


hobi berbaik2 dengan oven ni datangnya sejak berpeluang merantau di negara orang. aku sll terpikir kalaulah aku tak terjelepuk kat uk dulu, tah2 sampai sekarang harammm apa pun tak tahu dan tak sudi pun nak ambik tahu....






pantang menjengah kedai brg2 bakery, ada saja menda yg menarik perhatian. sikit sikit lelama segala kelengkapan utk membaking lengkap. kiranya nak buat apa2 terlintas, boleh terus jalan lah.





hasrat melanjutkan pelajaran ke sekolah kek sgt menebal (aummmm.....). tapi masih belum ada peluang. masa dan tempat. skg ni sementara menunggu peluang menimba ilmu secara formal tulah aku dok menggodek mana2 yg menarik perhatian. alhamdulillah, daripada pemerhatian, tips2, youtube, tunjukcara step by step dari blogger2 masakan yang baik hati, kiranya banyak jugak benda yang aku belajar. ada yang jadik, ada gak yang hancur..heheh, kata buah cempedak di lur pagar pagar ambil galah tolong jolokkan....


hangus. kurang lembut sebab cepat sangat keluarkan dari bm. cikbedah tak sabar. hiks


now dah tahu cemana nak setting oven sendiri. kekdah cubajaya katanya...


bila aku pos gamba2 hasil cinta aku kat fb, harapnya takde yg salah tafsir. takde niat sekelumit pun nak menunjuk riak segala. sumpah! semata mata nak share hobi dan aku pun tak sangka sikit sebanyak mempengaruhi kengkawan utk sama2 rajin bereksperiment kat dapur. 


hasil terbaru daridapurnina.
blossom sausage bun, (wah nama taknak kalah. omputesss saja)
alhamdulillah juri2 tetap memberikan markah tinggi utk percubaan kali ni.


resepi dari dapur matgebu. hasilnya roti sangat lembut, gebu dan puashati lah! cuma kena tambah tepung sikit sbb doh agak lembik.




BAHAN-BAHANNYA :-)
250 gram tepung roti (high protein flour)
50 gram gula halus @ gula kastor
1/2 camca teh garam halus
10 g susu tepung 
1/4 camca teh bread improver
1/4 camca teh bread softerner
30 g telur (pecahkan 1 biji, kacau sedikit dan timbang)
6 gram instant yeast
20 g mentega
125 ml air suam (kalau guna Breadmaker guna air biasa)
10 batang sosej "Ayamas", celur sekejap, tos dan sejukkan
Mayonnaise secukupnya
Sos cili/sos tomato, secukupnya
Mix vege secukupnya

ini utk emir. takde sos cuma paipkan mayo dan taburkan cheddar cheese. 
~roti mummy ni sedap sangat! 
~ alahai...terima kasih nak :)


CARA MEMBUATNYA :-)

  1. UNTUK DOH :- Larutkan yis dalam air suam, biar berbuih. Satukan semua bahan lain kecuali mentega, masukkan bancuhan yis dan gaul rata hingga menjadi doh. Tambah mentega dan terus menguli hingga mendapat doh yang kenyal dan anjal (kurang lebih 20 minit). Bulat2kan doh, letak dalam bekas dan balut dengan plastik bersih, biarkan 45 minit hingga naik. KAEDAH LAIN :- Satukan semua bahan2 untuk doh dalam breadmaker, pilih setting untuk "DOH" dan tekan "ON", tunggu hingga siap (selalunya BM mengambil masa 30 minit menguli dan 1 jam memerap, ikut jenis BM masing2).
  2. Keluarkan doh, tumbuk untuk membuang udara, bahagi doh kepada 10 bahagian sama besar (kurang lebih 50 g setiap satu). Ambil satu bahagian, canai memanjang, letak 1 batang sosej ayam dan bungkus, kemudian kerat kepada 8 bahagian (seperti dalam gambar).
  3. Kemudian, bentukkan seperti dalam gambar dengan menolak setiap bahagian keluar hingga keratan terakhir ditolak ketengah2 bahagian membentuk sebagai tampuk bunga. Tekan sedikit biar kelihatan kemas. Alih alam dulang pembakar yang telah disapu sedikit mentega. Jarakkan antara satu sama lain. Buat hingga siap. Perap 45 minit.
  4. Sapu dengan baki telur tadi (30 gram) rata2. Tabur mix vege, kemudian paipkan sos cili/sos tomato dan juga mayonnaise. Bakar dalam oven pada suhu 190C selama 20 - 25 minit. Sejukkan atas jaringan sebelum dihidangkan....

nak tgk kekdah memblossom, pegi sini..
http://www.tiffinbiru.com/2010/08/sosej-blossom-bun.html

thanks cikmatgebu!


doh lelebih, gentel bulat2 letak cheese ngan gula. pun sedap.. :)


alhamdulillah benda yang memulanya buat utk suka2 layan hobi akhirnya boleh jadi side income. kalau dulu boleh jer layan order weekdays tapi sejak umar ada ni, weekend jelah mampu. tapiiiiiiii.................


sebijik utk tempahan sebijik utk diri sendiri.
boleh??



untuk tekak sendiri. strawberry layered chcocolate cake. setiap layer ditabur chopped strawberry lebih order punya tapi hiasan tipu pakai cherry. haha
strawberry buttercream itu sangat yummy

InsyaAllah lepas raya aji nnti, acik akan jd cekgu kek la plak. hahahha....ada permintaan utk kelas ball cakes. doakan segalanya berjalan lancar ye!

impian pencen?? DariDapurNina. ok tak?? hahahha verangannn!


**terima kasih ciklel sbb faham dan layan kecintaan isteri....terima kasih jugak sbb sll volunteer masakkan makan malam. ;)


2 comments:

Mama Ardini said...

eh hokey sgt tu. kelas mummy mengekek bila dah pencen. hehe

OmbakBaik said...

best nye jadik anak akak...tumpang sekaki boley..sy n hubby sgt suke makan bun sosej bunge tu..nak buat memang tak reti laa...ke bakery mesti beli sebunga dua...

best2..hobi akak ni memang bagi byk pekdahnye..makanan dr air tgn ibu,,jimat sket kot,,dan boleh menjana pendapatan..tak payah tgu pencen la kak..amik je ode bile membe2 n sdare mare nak..lagi cepat la dapat side income nye..hehhehe