Wednesday, October 19, 2011

Puding Karamel lah pulakk!

dulu2 akak paling tak gemar puding2 segala ni
benda2 lembik ni haihh tak reti nak masuk tekak
kembang semacam je

tapi sejak beberapa menjak ni
boleh la..
nak kata suka tidaklah
tapi okay lah lalu anak tekak seterusnya tidak meloyakan.

petang tadi niat dihati nak buat bun
potato ke chocolate marble ke
tapi riki2 bahan kat dapur
alahmakkk
tepung roti abis la plak
terus kensel lalu berpaling kepada projek memuding plak

dah duatiga kali la jugak terai buat puding karamel ni
tapi tak penah nya sempurna kejadian.

kali ni terjumpa lak tips
sangat berguna dan membantu
lagi plak, resepi ni guna tepung kastad ngan tepung jagung
rasa dia ok jugak
menarik





disebabkan akak guna steamer letrik, so kenalah guna bekas yg tak berapa nak besar. kukus pakai oval casserole. maka dapatlah 2 biji sebesar diatas. 



PUDING KARAMEL
6 biji telur
80 gm gula kaster
25 gm tepung kastard
15 gm tepung jagung
410 ml susu cair
410 ml air
1 camca teh vanila
80 gm gula pasir
100 ml air

Cara membuatnya
1. Pukul telur dengan gula kaster hingga gula larut.
2. Masukkan tepung kastard dan tepung jagung, kacau sebati.
3. Tuangkan susu, air dan vanila; kacau rata-rata.
4. Jerang gula dan air hingga menjadi gula hangus.
5. Tuangkan ke dalam acuan yang sudah dilengser dengan marjerin.
6. Tapiskan campuran telur ke atas gula hangus.
7. Kukus selama 35-40 minit atau hingga masak.


nak baca tips boleh tgk sini..mls acik nak copy paste.


cau cin cau!

3 comments:

Ila said...

wah,dah berjaya...nampak mengiurkan

Lily said...

harus dicuba...i like puding karamel ni...tq kerana memotivasikan saya..:)

OmbakBaik said...

kak nak sepotong boley??