puding roti paling sedap penah aku buat. har har har
siyes babe!
mungkin sebab aku ni puanpenggilacheese maka terjatuh cinta pada makanan ini.
kalau dulu jangan harap tekak nak terima puding2 segala ni.
segala rasa pun ada.
lemak manis bercoklat. perghhh terbaekk!
cuma satu je masalahnya...
cemana nak mencapai berat idaman ni woii!!!
resepi dari kongsiresepi. pastu jenjalan dapur kakita masam manis pun penah buat puding ni. tp versi beliau melibatkan double cream. aduhh pasti lebih enak...
kengkawan yang tak berapa nak rajin tapi teringin nak rajin, boleh lah try resepi ni. sangat enak dimakan panas dan juga dalam kedinginan..dan paling penting sene bedo'oh.
choc chip yang mencair di situ. pehal tah tang situ je.
potong kecik2, masuk dalam fridge,
sila nikmati keesokan harinya...
Sumber : kongsiresepi
8 keping roti
1 tin susu cair
3 sudu besar gula pasir
2 sudu besar mentega
3 sudu besar cream cheese (boleh ganti ngan keju parut atau slice)
1 sudu besar tepung jagung
3 sudu besar choc chip
utk sos:
200 gm coklat masakan- potong kecil2
1/4 cawan susu cair
1 sudu mentega
cara:
koyak2 roti kecil2
masukkan dlm bekas
masukkan 3/4 tin susu dalam roti
biar mengembang 1/2 jam
campurkan mentega, cheese dan gula...
lenyek2kan dan adun rata
campurkan baki 1/4 tin susu
sebatikan
(dia jd ketul2 skit)
masukkan ke dalam adunan roti td
campur tepung jagung + coklat chip
gaul rata
alas loyang ngan kertas minyak
masukkan adunan
bakar selama 30-40 minit
30 mnt pertama api bwh
10 mnt lg api atas bwh
utk sos: - saya xbuat sos sebab dah cukup manisnya dan rasa coklatnya.
campur semua bahan
didihkan secara double boiled sampai coklat larut
*mungkin akan nampak mentega
dan cream cheese jd ketul2 kecil,
biarkan je, nti mentega akan larut masa bakar..
cream cheese lak x larut pun x pe, lebih yummy!
kalau guna slice, koyak2an kecil2
**eh tgk balik resepi ni baru perasan tepung jagung lupa nak letak.....tapi sedap je jugak..hahahah
2 comments:
wajib dicuba puding roti versi yang ini...thank you for sharing...
a haaa..laily peminat puding kan? wajib cuba. sedap!!
Post a Comment