Saturday, June 9, 2012

Percutian Pendek : Grand Lexis, PD

Assalamualaikum. selamat pagi.
eceh sangatlah bersantun :)

bertemu lagi dalam segmen percutian pendek.
kali ni saya akan membawa anda semua ke satu lagi lokasi percutian dalam negara yang bila2 masa je boleh pegi. agak2 cukup dana, silalah pergi bercuti rehatkan minda walaupun REHATLAH SANGAT KHENNN!!!



percutian kali ni bersempena dengan sambutan anniversary kitaorang. dah 9 tahun. yeayyy!
eh silap. alhamdulillah syukurrrrr.....
30 May 2012




wajah2 excited sebelum bertolak. sementara tunggu ayah kunci pintu, baca2 apa yg patut, jomlah kita camwore dulu anak2!



wahhh kembangnya muka mak kau! suka lettew..

eh korang tontonlah ye. aku kan dasar pemalas. sikit rajin ni aku reserve untuk review karang.


sampai PD awal giler. tupun siap pusing2 cari kedai kek. nasib baik SR memang dah area sini jugak.
(ya, aku buat kek utk org tapi tak utk diri sendiri..huhuu)
hotel ni di lukut ya adik2. bukan PD.




check in sepatutnya jam 3 tp disebabkan oleh kegelojohan kami, maka check in jam 1. hahah. seb baik bilik dah ready. ah ramai je pun yg sama check in ngan kitaorg. uolss pun sama gelojoh ya? kehkeh



oleh kerana biliknya di tengah laut, maka perkhidmatan buggy diperlukan. 







bilik ni ada 2 king bed. so takde masalah utk kitaorang lima beranak ini :)



umar ngetest merangkak atas air




hah pilih pilih. semua jenis teh pun ada.





usha pool. sungguh tak menyabar mereka. 
sebenarnya budak2 ni tak tahu destinasi kali ni. bersungguh sungguh kitaorang rahsiakan hingga ke saat akhir. yesss!!! mereka teruja!





nah amekk..berendam sehari semalam pun silakan.








petangnya keluar jejalan amik angin. 




dah kenapa tu bang??












malamnya kitaorang dinner kat hotel je. kata anibesari khannnn! hahah


ni jelah gambar terbaek yang ada. tu pun emir yang snap. dalam kekalutan umar yang menjerit dari mula masuk sampai dah nak keluar. adehh..memang super duper kalut lah!
kek pun taknampak. tetibaa lilin je yg terjojol. hahaha


terpaksa ikatkan dalam stroller. letak je dalam highchair terus panjat nak keluar. hurrmmm...bolehlah korang bayangkan cemana happeningnya anniversary dinner kitaorang. :p



last2 u snap i, i snap u..dah. setel!



breakfast time.













gambar bf nan adooo...cam biasalah. kalut mengatasi segala gala.


balik dr bf terus terjun tiruk.


emir yg last2 mengalah mintak baju sebab sejuk..
heh konon nak berswimming trunk je. sekali belum 2menet dah gigil. air dia sejuk wokk. sebab indoor takde matahari nak panaskan.





check out time 12noon.
sebelum balik sempat jenguk ke games room yang ada di main building.












sesi gelakkan diri sendiri. susah rupanya main benda alah ni. jolok angin je memanjang...kahkahkah



view dari main building. kalau ambik yg upper unit tu enak aja orang skodeng. tak privacy uolsss.
eh macamlah boleh buat apa2 pun. hurmmm.....












tata...


ok masa untuk review.

Bilik : Executive water chalet
Harga termasuk tax : RM710/nite

aku booking online. konon super hot deal la kan.
sekali masa nak check in tu, ciklel tanya utk extend to 3D2N. rupanya ada gov/corp rate. harga yg aku bayar tu adalah harga utk premium water chalet for gov rate. kalau exec water chalet dapat RM648. memang sangat membara okeh! dahla premium tu bilik lg besar, pool lg besar. kenapalah masa aku dok survey2 review takde sorang pun yg cerita pasal ni? saja je korang kan!

terus tak jadi extend. hahha.
nasib baik kensel stay 1N lagi. takde apa aktiviti sangat pun. takkan nak berendam je kejanya kan. nak pegi beach tak boleh sbb xde pun. kalau nak, kena pegi glory punya beach. jauh okeh nak menapak. koser!

dan utk grand lexis ni takde private beranda untuk ko amik2 angin laut. nak fishing pun kena keluar dr bilik.

so aku suggestkan kalau korang tak kesah sangat dengan private pool, baik amik lexis je. lebih murah dan lebih menarik. ada beranda untuk lepak2 menyedut angin laut ewah dan memancing terus dari bilik.
grand lexis takde. cuma kelebihannya pool dalam bilik. tu je. dan anak2 aku, tak puas. nak jugak mandi pool kat luar. hurrmmm...nice! kalau aku tahu, baik stay lexis je. jimat.

Breakfast : oklah. agak variety jugak.
Buffet Dinner : aku nasihatkan toksahlah. RM60/pax. tapi takde apa sangat. yang extra pun mungkin lambchopnya. dan aku adalah tak makan. memang sangat rugi.



minat kalu, pegi sini. lepas tu booking thru phone je. online booking takde gov/corp rate.

http://www.grandlexispd.com/


sekian.


1 comment:

The Strange Traveller said...

thanks untuk review ni...tengah plan dengan anak2 sebab mak dia teringin mandi pool...eh :)