Tuesday, June 12, 2012

Percutian Pendek : Lawatan ke Menara KL

ok sambungan cuti pendek hari tu.
setelah decide taknak extend lagi sehari, sebenarnya dalam taknak tu, sempat jugak call avillion..hahha. sebab kata ciklel avillion lagi bes dr grand lexis. nasib kurang baik, fully booked.
so, plan bertukar.
KL!

singgah lunch di nasi ayam kampung velodrome cheras.  dah lama tak mengena masakan enak di sana.


sekali. ha kauuuu! dah naik bertingkat2 dah. huhuu...lama benar rasanya tak menjenguk ke sini. salah satu fav kitaorang masa dok sana dulu. keelassss ko abe!




yang lama pun masih ada. sebelah je pun. maknanya makin besar dan majulah kan.
konsep ala2 nasi ulam cikgu. tapi kalau betul2 buat mcm nasi ulam cikgu tu, konpem tahun depan naik lagi 5 tingkat uolsss.




ciklel, walau sebudu macamane pun, kicap tak tinggal okeh!!


lepas perut dah mengetat, masing2 blur. nak pegi mana? mana?
hahha..begitulah konsep ad hock. tetiba takde arah tujuan. main redah je. tambahannya time tu takde napsu nak sopin sebab next week dah nak ke jakarta ngan bandung khann! apa barang sopin kat kl...huahuahua

idea aku nak naik genting tengahari tu tak diluluskan ciklel. katanya masa dah suntuk. tak bes.
so katanya esok pagi kita naik, petang turun, mlm boleh balik melaka.
aku ok je.

akhirnya decide nak cuti2 kl.
melawat KL Tower uolsss. very the pelancong gitu. Melawat KL Tower Pada Cuti Sekolah Yang Lalu. Tajuknya...







yo yo ooo je abg. sekali bila aku tgk, version pak arab rupanya. hahahha...




adik? ada aku kay?

















ek elehhh...kecik jerrr!









takde motip okeh teropong ni. dekat yang amat siap nampak urat2 bangunan depan mata kau.
sakit mata haku.


pakej yg kitaorang amik sekali ngan mini zoo ni.



masuk2 dalam je dihidangkan dengan ular yang super besarrrrr ni. 
omakkkkaihhh. bapakkkkkk besar. panjang berjela
aku tanya budak yg jaga tu. makanan dia cuma 3 ekor ayam seminggu. owh ayam je. ingat kambing ke lembu ke. 








eauwwwww....gelisss!!




kekura ni ada dua kepala. penah tengok? aku tak penah.





banyak lagi menatang yang ada. tapi aku tak koser nak snappo. tgklah umar tu cemana. ko mampu??



lepas tu kitaorang terus ke MV. nak ngabiskan masa. redah jem segala. nice lah sangat kann!
motipnya mummy nak skodeng saiz fitflop. :)

tak banyak design yang ada. eh bukan nak beli pun. nak try saiz je kan!. :p
Harga? pietra yang order dr suki just RM169, kat sana RM269.

tapi malangnya, br je dapat msg dr suki mlm td, dia tak dapat pun msg aku. masuk dalam others ke pebenda tah. so pietra dah sold out.  yg ada skg cuma electra. akak tak suka dik. selalu menggila la msg fb ni. benci tau! penat akak mengoder beria. haih!
tunggu lagilah nampaknya.

sebenarnya hampir2 nak merajuk ngan suki. tiga msg aku tak berbalas. smlm br dia noticed yg msg aku masuk dalam others. nasib baik dia reply mlm td, sorry segala. kalau tak selamat tinggal suki!
siap dah cr kedai lain utk berpaling tadah. ilovebags boleh tahan jugak. tapi still takleh calen harga suki. banyak bezanya. sbb tu aku tgk ramai yg sabar je bila dia lambat reply msg. memang becinta okeh nak tunggu respond minah tu. kadang aku senyum sesorang je baca komen2 org lain. semua dok meroyan suruh reply msg. hehhe..

aku sebelum ni ok je. paling lambat pun sehari. esoknya dah dapat reply. maybe kali ni blom nak ada rezeki. takpelah, aku sabar. tapi tang mbmj hiller tu aku dah tak menahan. tu yg msg sampai 3 kali. tapi xdibalas2nya. now bajet semua dah melayang kat rumah mode.
kena tunggu tabung itik aku memenuh lagi la gayanyaaaa....

eh dah merepek ke mana aku ni.

ok ok balik semula ke MV.
kebetulan masa tu ada mickey mouse 100years celebration. mcm2 karekter si tikus pemes ni dorang pamerkan. comel2 belaka. tapi aku xkoser nak amik gambar. ramai bebenor manusia.








sempat singgah KKD. original glaze tak dapat ditandingi. gile sedappp!!


otw balik melaka esoknya singgah rumah linda. visit baby baru. zamil zakwan.
oh ya. tak jadi naik genting. kata ciklel nanti kita plan betul2. tido sana. pegi camni rushing tak bes.
hurmmm...begitulah. dah agak.





tahniah linda dan nizam. akhirnya impian nak dapat 2nd child tercapai.
linda ni masa dok uk dulu 2 kali (ke 3?) miscarriages. takde rezeki nak dapat anak uk. bila balik sini je, alhamdulillah menjadi. happy sangat2 utk dorang. dapat lak boy. kehepian berganda. :))



okeh, selesai cerita percutian pendek.
sebenarnya selain dari anniv celeb, cuti2 ni jugak utk hilangkan rasa bersalah aku nak tinggal dorang nnti. huehuehue

mak ke jakarta bandung uolsss..membujang kejap. ciklel jd bapatinggal pat hari.
lps ni aku citer pasal jakarta bandung lak.

tunggu...
(bila masa la tu ye!)


~hari ni aku cuti lg. umar chicpox masih blom ok.

1 comment:

Unknown said...


Assalamualaikum Tuan/Puan.

Mohon maaf pada Tuan/Puan untuk boleh iklan sedikit disini, semoga kebaikan hati Tuan/Puan untuk memberi izin iklan ini, menjadi amal ibadah disisi Allah SWT hendaknya amiin….

Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
Tour operator & Travel Agency

Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.

Contact person : Amsyahril
Mobile : +6285263007445
E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.