Tuesday, November 27, 2012

Hantu kau bag.

Dulu aku penah dengar orang kata bag ni berhantu. Aku macam apa?? Bag ada hantu??
janganlah kamu bermula ssesungguhnya sekali terjebak selamanya akan menghantui dirimu. Like jangan bermain dengan api nnti membakar diri. Haaaa begituuu.

Dulu aku macam tak berapa nak percaya. Sbb aku rasa aku masih boleh control diri sendiri. Kiranya aku percaya masih ada sedikit pendinding dlm diri dari amalan pembaziran yang melampau.
Bagi penggila bag ni aku 100% yakin yg dorang ni bukanlah tetiba je terus terjebak yg hebak2 punya. Mula2 nak kenal dunia bag sekian rega dah kira paling teror la. Kembang kempis idung almaklumlah bag aku xyz. Kau ada?? Contoh...nya.

Pastu bila dh berlaku pelbagai peralihan dlm fasa kehidupan ewah ayat aku, peningkatan bajet pun berlaku sedikit demi sedikit. Dan opkos bila masa kau terjebak dgn harga lebih dari sekian tadi tentu sekali kau takkan pandang lagi line2 sekian tadi harga punya. Eh paham ke tak paham ayat aku ni?
Dan itulah bahaya besarnya. Macam gaung besar di hadapan-stay away!
Kau akan sentiasa look forward pada yg lebih lagi dr apa yg kau ada sekarang.
So now baru aku faham kenapa bag mempunyai hantu.

Aku sendiri amat terseksa jiwa raga bilamana terserempak dengan bag2 idaman hati. Lagi2 time aku berikrar utk puasa sebulan dua time tulah banyak sungguh godaan mendatang. Kadang aku pasrah. Kadang aku tewas. Dan bnyk masanya aku adalah tewas!

Serius kalau diberi pilihan, aku lebih rela menjadi pemuja fridge magnet daripada pemuja bag. :(

*geliati dgn cerita diana green apple pasal bag peram. Punyalah takut nak bgtau laki pasal bag baru dia tu.
Chanel uols! *pitam.  Dah beli 3 minggu sanggup peram kat opis dulu sbb takut laki dia marah. Haha.

Dan aku adlh paham dan sgt menjiwai cerita dia. Sebab ku pun begitu juaaaaaa...kehkehkeh
Tapi yg besnya gelabah je lebih. Bila dh ada depan mata si laki rilek je. Paling2-berapa? Bila beli?
Hoih buat penat je nebes2 nak keluarkan bag baru.

Tp sebenarnya ciklel ok je. Cuma dia suka nasihat jgn lebih2. Membazir katanya. Bag je pun. Igt.....ada orang yg nk makan pun susah. Olololooo..suweett sungguh laki iolss. Kalau note 2 takpelah jugak sambung beliau. Eh. Ooo yg tu xmembazir eh?

Ok ok aku ingat. Cuma kadang2 aku lupa ingatan jap. Bilamana roh jahat menguasai. Time tu ko kata apa pun aku tak dengar dah. Huehue maafkan aku. Bukan ku pinta jadi begini...

*ada member aku sorg ni. Penggila bag jugak. Memula kemain takut nak beli bag on9. Macam2 soalannya. Macam2 kebimbangannya. Setelah diyakinkan akan keberbaloiannya, sekali mula sekarang hambek kau. Patlima bijik dlm masa dua bulan. Hebat2!

aku? oh tidaklah begitu. biasa je. macam korang jugak.

No comments: