Monday, December 31, 2012

Anak dara mek


Setakat ni mek ada sorg je anak dara. Dialah penghibur dialah juga pengganggu ketenteraman awam.

Tahun depan dah 5 tahun. Cepatnya lahai dah besar. Hari tu kemas2 lemari dia, kemain banyak baju yg perlu dinyahkan. Semua cecantik je lagi. Itu belum masuk satu kotak yg balik dr uk dulu yg memang dah asing siap2. Bila dibelek2 balik rugi sangat rasanya. Byk yg sempat pakai sekali dua je. Mana taknya. Anak dara ni cepat sangat membesar terutama bagian perut. Penin pala mek.

Sekarang memang susah sgt nak carikan dia baju. Saiz std umur dia mmg tak lepas punya. Dan mek paling takkan beli baju anak saiz besar2. Kalau boleh mmg nak yg ngam2. Ciklel selalu bising. Haha. Haih tak berkenan mek tgk kekanak pakai baju besar2 gelobos. Tak cantik. Rimas. Tapi tulah. Bila dah ada special case macam ni nak tak nak terpaksalah jugak...

Nasib baik ada cousin gegirl. Sayang jugak nak let go pada sapa2 kan. Kalau family sendiri kuranglah rasa bersalah sikit. Yalah time beli tak pikir berbaloi ke tidak. Terpesona di mata je terus meroyan. Tak sempat nak pikir anak mampu pakai berapa kali je nnti. Tulah salah satu kelemahan mek yg masih tak dapat nak lupuskan sampai sekarang. Boros dan berpikiran cetek. Huhuu
Skg ni si anak plak asal nak keluar je laju2 cari baju longsleeve tudung bagai. Adehhh lom sempat mak dia nak ambik dia dah pilih dulu. ~kakak nak tutup aurat. Kakak tahu budak kecik takpa tak tutup aurat tapi kalau nak tutup pun takpe. Lagi baguskan mmy??
Uwaaaaaaaaaaa.....menangis keinsafan mak disitu.

Dia dh checkmate di situ maka tak guna memaksa lagi.
Mek pun sebenarnya bukan nak ajar anak dedah2 sangat pun. Sementara kecik lagi ni oklah. Esok2 dh besar wajiblahkan.

Tapi nasib baik (nasib baik kau! Bertuah punya mak!) kdg2 makan pujuk jugak. Bahahaha...
Mek bukan apa. Rimaslah tgk budak kecik bertudung bagai ni. Nak2 stok yg makbapak tak kesah langsung rupa anak. Budak2 ni tau jelah. Bila pakai tudung bukan reti nak betul2 cecantik. Agak2 rimas main tarik2 je.  pasti keluar ramot selambak. Tudung senget benget. Haih pantang betul. Tu sbb bila anak dara mek pakai tudung mek lagi rimas dr dia. Sbb keja mek kejap2 betulkan tudung dia. Boleh hilang mood kalau tudung anak tak betul. Over okeh!! Haha

Tapi ciklel selalu bising bila mek bising tak bagi anak pakai tudung. Katanya biarlah budak tu nak pakai. Benda elok kan. Ok...ok!! -pastu dgn dia dia rimas tgk mek asik2 panggil anak nak betulkan tudung. Haha.

Last week bawak dia bertindik. 2-3 hari dok berzikir kt telinga bila nak tindik bila nak tindik. Kakak tak takut. Kakak tahan sakit.
Sekali amik kau! Berair gak mata kena telinga kedua tu. *tp katanya sebab kakak terkejut kena tembak. Hehe
Tapi kagumlah jugak ngan dia. Berani. Tahan sakit. Tak menangis pun..















*kenapa gamba upload pakai mobile blogger adalah seperti gegar2 lantas muka kelihatan pelik??

Saturday, December 8, 2012

Tokey Ninon Beutipuii


Nilah dia tokey product terbaru lagi terlaris mahupun diburui..auwww!

Kahkahkahkah.

Aku dh lama install camera360 ni. Hari ni baru teragak nak guna.
Hamboihhhh tak menahan mulusnya wajahku. Kaaahhhhhhhh.



*ciklel tanya perlu ke mulut cenggitu?

Friday, December 7, 2012

Collagen

Ada orang dh tnya aku bila nak reveal collagen apa yg aku consume skg. Hahaaa
Sorrylah. Kemain lama janji.

Aku bukan apa. Berlaku kejadian yg mem-frust-kan aku. Jadinya terus sentap. Padahal takde kena mengena ngan korang pun kan.

Oklah oklah. Mari buat pengakuan sekarang.

Sebenarnya aku memang plan nak amik collagen pun. Sbb aku perlu something yg boleh work on more than 1 function. Specificnya for skin n energy. Kiranya 2 in 1 lah.

Yg paling tinggi kedudukannya dlm list aku adalah ephyra. Opkos sebab terpengaruh dengan few bloggers yg dah consume dgn feedback n review yg menarik.

Tapikan tapikan tah kenapa bila aku dh decide nk order ephyra tetiba je tangan menggatal klik sana klik sini maka terjumpalah testi beutskin yg kononnya ramai org dah makan pastu kulit jd seputih salju tu. Padahal aku bukan nak putih mana pun. Lagipun skin aku skg dh ok ngan tabita. Tapi sebab tamak konon nak penjagaan luar dan dalaman kan. Sekali amekawww!

Masa dok survey2 tu, tak semena mena tangan gatal aku ni pilih utk menjadi customer kepada seorang seller yg mcm harammm servisnya.

Aku pun tak tahu kenapa aku pilih beutskin instead of ephyra. Dah sah2 aku perlukan 2 elemen yg ada dlm ephyra tu tapi tetiba diluar kewarasan yg maximum aku pegi pilih benda lain dengan orang yang salah lak tu. Haih memang malang betul nasib aku time tu.

Ceritanya sblm order aku tnya status brg dulu. Ready stock ke tidak. Dan jawapannya ada. Akan dipos lusanya. So aku dengan pantasnya terus buat payment. Dengan harapan selepas lusa tu aku dah terima lah.

Sekali 2 minggu tak sampai2 jugak. Masuk minggu baru aku msg lagi tnya. Katanya stok minggu tu baru aku akan dapat. Item panas, cepat sangat abis. So mintak aku sabar. Kepala hotak kau lah. Memula aku tanya kata ada. Tetiba lepas 2 minggu kata tunggu stok tak sampai2. Kalau aku tak msg tanya? Ko diam jelah. Aku ni dah mcm hapa kejap3 tnya opis ada brg sampai ke tak.

Walaupun begitu aku tetap jaga bahasa aku time sms ngan dia. Aku tnya kenapa masa mula2 dulu cakap ada stok. Skg dh masuk 2 minggu xdpt2 lagi. Then dia boleh reply kata aku tak paham istilah pre order. Pre order hekk kau. Yg ckp barang ada lusa boleh pos tu apa? Suka hati ko je kan tetiba tukar order aku jd pre order. Kalau dari awal ko cakap brg blom ada, kena pre order byr dulu ke hapa aku pahamlah. Ini tak. Ckp stok ada tetiba mcm2 alasan kau bagi. Siap salahkan aku lagi. Mmg cari nahas la kau. 2x dia janji aku barang akan dapat dlm minggu tu. Siap dh up nama aku kat status fb dia yg aku dan beberapa org lagi akan dapat minggu tu. Sekali harammmmm!!!!

At last aku dh letih aku bgtau takpelah. Ko simpan jelah duit tu. Buat belanja sekolah. Aku doakan dia tamat belajar dgn jaya. (budak ni bakal cikgu. Posting sekolah aku esok siap kau!). Dan aku ada segala maklumat pasal dia. Nak buat apa2 senang je.

Mlmnya ada org HQ call aku. Rupanya budak tu dh mintak bantuan talian hayat. Si perempuan hq ni mati2 backing stok payah dapat la apa la. Mintak aku paham keadaan. Barang hot katanya.
Eh hello. Barang hot tu aku paham. Aku bukanlah bangang sangat. Yg aku tak paham adalah kenapa budak tu ckp stok ada tp tetiba lak tgh tunggu stok sampai. Kalau xde ckp la xde. Aku boleh tunggu walau 2 bulan sekalipun. Ini menipu namanya. Sebab ko nak kutip duit org dulukan. Sbb tu ko kata ada stok. Mcm cipan ko meniaga.

Dan rupanya perempuan hq ni pun 2x5 jugak. Janji poyo saya hantar hr ni jugak. Mintak alamat bagai sbb dia nak direct pos tanpa melalui budak sengal tu. Sekali sampai 2 minggu jugak dia punya 'hari ni saya hantar'. Tu pun lps aku dah call byk kali dgn kata2 akhir aku, kalau esok tak dapat saya buat report. Zasss esoknya aku dapat.

Dan itulah kali pertama dan terakhir aku order benda alah yg konon2 tgh hot tu. Puiii!!!
Gile menyesal.

Haa...tulah ceritanya. Moral of the story-jgn beli brg hot. ~dengan seller yg perasan hot!~

Dan sekarang aku tgh mengkaji sesuatu. Harap2 lps ni aku buat keputusan yang bijak.

Opsss....satu lagi, skg ni aku sedang amalkan penyapuan fellina ichloss. Baru seminggu lebih kot. Takleh nk testi lagi sbb aku takde tali ukur dah hilang budak2 ni kerjakan. Nnti2 kalau berjaya buktikan dgn cara lain aku share okeh!

*hailah perempuan ni macam2 kan...

Not-so-a-birthday-present

Yeayy akhirnya my NSBP dah selamat tiba. Sekarang mari menunggu yes-it-is! dengan sabar. ;)


apalagi K-Drama yang best? sila bagitau aku.

dulu kecik2 aku hantu drama cina. bagilah cerita apapun aku boleh layan. sampaikan bahasa kantonis tu dah jadi makanan aku eceh. betul tak tipu. aku biasa je cakap sorang2 cong ceng cong ceng. mcm real. betul tak betul belakang kira. yang penting bunyi ada...haha


paling aku tak boleh lupa adalah The Breaking Point. Masa tu darjah 6 kot. cerita ni memang betul2 menusuk jiwa. hero tentu2 pujaan hati. Gambar bersepah sana sini. siap berangan kawen2 leon lai okeh! baru 12 tahun kot..haha




jenuh aku cari mana nak tgk balik citer ni. tak jumpa. cd pun takde jual dah...sedih. 

lepas demam kantonis, aku beralih cinta plak ke jepun. Dan yang paling aku ingat pastilah With Love.


ok, aku baru jumpa link. 

kendian kita klik awak ya.


bila Winter Sonata datang, owhhhhhh....gila korea la pulekkk. takyah nak cakap banyak. cite ni sememangnya maut. dalam list aku jugak nak tgk utk kali ke 8. sambung plak ngan Autumn in My Heart yg heroinnya sangat2222 cantekkkk....

tapi bila dah kawen aktiviti mengadap tv dah jadi slow...sampailah sekarang. demam k-pop melanda pun akak rilekkk je. yalah, iols kan super busy, sorry...(mcmkan ko sorang je kawen ada anak kan...haha)


lately tah kenapa cinta korea kembali membuak2. bukan sebab demam k-pop ke apa. tah la ianya amat sukar utk diungkap dengan kata-kata. hoih over. kahkahkah. 
citer korea ni, berhantu tau. like tetiba ko tertengok tu dah episod 8, but still boleh jatuh cinta melekat.

come back aku kepada k-drama adalah cite ni. gile comellsss...




padahal time tu dah ulangan kot. ntv7. masa tu confinement umar. sambil2 pam susu bukak tv tertengok citer ni. dah episod tengah2 dah la. lepas tu, ha kau...laju2 cr online. yet still tgk lagi kat tv hari2...hahha.

hari tu masa balik kb, aku suruh adik aku si ratu k-pop tu download dalam tab. buat bekal. jalan jauh katanya. konon je la. padahal sepanjang jalan busy berperang ngan kanak2 kebosanan.

aku cakap apa2 cerita asalkan pelakon bukan mamat2 jambu..hoh tak berkenan okeh.
sekali tgk, dia bagi aku citer ni...




The Gentlemen's Dignity. best sangat citer ni. (ada ke yang tak best??). dah lama aku tak senyum ketawa dan sedih2 sengsorang...ciklel tgk pun pelik. haha

oklah, hero2 memang xjambu pun, sesuai la ngan umur aku sekarang. heh ni nak layan drama ke nak layan hero? kuang3x

semalam aku baru setel Love Rain. Citer ni baru lagi. May hari tu kot.
sapa yang belum tgk citer ni, aku suggest pegi tgk sekarang. gile best..sangat menganggu emosi. dari 1st episode sampai abis, takde part yg ko akan menyesal. eceh kemain over review hamba.

walaupun umur2 aku skrg ni dah tak berapa nak berkenan hero2 jambu ni (maaplah, aku tak tahu nama sebab seriously aku layan cerita bukan pelakon) tapi layankan je. lagipun byk ke cerita yang pelakonnya tak jambu?...jarang kot. tapi memang tak dinafikan, mamat2 k-pop ni memang comel2 belaka...




cerita ni sweet sangat2...




citer ni merentasi dua zaman. tahun 70an dan 2012. 4 episod pertama dalam zaman 70an. dan sememangnya aku lebih suka time ni. oh membuktikan lagi diriku ini klasik orangnya.....hahaaa





ok sekarang aku tgh cari next drama. banyak dalam list...rasa semua nak layan sekaligus...dasar tamak. haha



Monday, December 3, 2012

Percutian Keluarga : Terengganu Part 2

sebenarnya tujuan aku buat berpart bagai sebab skg most of da time aku on9 pakai phone je. takde masa aku nak bukak dan hadap laptop segala. so bila update pakai phone pepaham jelah. nak boh gamba banyak2 kim salam jelah.

tetiba mlm ni (update: fakta 2 minggu lps. haha) aku ada peluang on kan laptop seterusnya transfr gamba2 yang berjumlah 2244 dalam talipon tapi masih taknak delete yg dlm tepon sbb aku ada penyakit yg sukar dibendung. esok2 aku nak tatap balik gamba2 tu semua dah satu keja nak kena bukak laptop. haihhh tak mungkin. maka biarlah mereka di situ. agak2 dah penuh barulah rajinkan diri delete mana yg patut. ha gituuu...

ok sambung cerita percutian keluarga PakYa Jasin.
1st night kitaorg stay kat cherating. plan asalnya nak ke awana kijal. tapi apartment under awana resort tu rupanya bukan untuk daily basis. katanya utk long term punya rental. nak sewa bilik macam rugi la pulak. paling2 5 bilik. hoih rugi rugi.
cari punya cari dapatlah apartment 3 bilik kat Sanctuary Beach Resort. masa booking tu ciklel tak terpikir nak tgk review ke hapa. sbb byk tempat lain dah fully book. so bila dah jumpa yg available, terus zasss booking.
sekali bila sampai, 1st impression. omakkkaihh. macam balai polis pun ada. bangunan dia kaler biru uolsss.




tolong jangan terpedaya. nmpak mcm sempurna je kan. aku tak tahu ni gamba bila tahun. yang pasti aku bagi 1 out of 10!
satu tu hanya utk easy excess ke pantai dan dekat sangat dgn jeti nelayan. itu sahaja! yang lain2 adalah horror!
korang nak tahu apa yg horror sila baca review. malas aku nak citer pepanjang. sakit hati. harga mahal servis cam haramm!



oleh kerana tak ramai pun yang dok sini (mesti org lain bc review dulu before book. hukhuk), maka pool ni diperintah oleh mereka anak beranak. 



tapi  kekanak ini tidak dibenarkan sama sekali terjebak dalam aktiviti air. kata baru keluar sepital kan. masa ni batuk still ada. sebeban ubat sebagai bekalan. siannnn dia. mmpu tgk jelah semua orang bergembira.


malamnya after gugel cari tempat makan best, end up dgn kedai ni. oklah selesa utk family yg ramai. cepat pun boleh tahan walaupun orang ramai. kadar keenakkan 6/10. 






hoh, anak sapa ni????



besoknya pagi2 lagi umar dah ajak keluar. so kitaorang berdua jelah keluar amik bau laut pagi. pantai sangat dekat. dan itulah yg aku bagi markah 1 utk resort ni. 



nelayan baru nak keluar. tetiba aku jadi sebak. tak pepasal ockeyy! haha

aku memang suka tgk life org2 laut. rasa respek giler ngan nelayan2. bes tgk dorang. gigih berani sabar. 
tgk nelayan jahit jala betulkan enjin bot pun boleh buat aku terharu. 





byk bot kat sana. 



puting tetaaaapppppp....
abang kakak dulu setahun dah putingless. senang je. umar ni agak sukar. padahal aku dah tetapkan syarat utk tido sahaja. (baby pahamkah syarat2 segala??)






dah kata berdua je. haruslah datingggg kannnnnn....
*tudung muka bulat tajuknya. huhu




now kakak join. 








si penjejak kucing. pantang jumpa memang tak bergeraklah dia kat situ.




sempoi mak mertua iols. eh kakak ipar iols pun sama. hahahhaaa
ni geng pencari sarapan. warung tepi jeti. apadehal keluar ngan kain batik kan...dah rasa mcm kampung halaman sendiri. kahkahkah.




sotong segar. bessar wohhh! kata pakcik tu ni kecik je, ada yg lagi besar...aku macam haaa??? terpegun akak.



sesi menginterview pakcik ikan.



bot yg penuh dengan ketam. nasib aku bukan pemakan ketam...kalau tak mesti meroyan di situ.



ciklel tak tahan. RM13 sekilo. kau gilee???
bila pakcik tu kata, boleh hantar kat warung mintak dorang masakkan, laju2 ciklel amik. 





moh kita hantar kedai...



tadaaaaaa......

uwaaaaaaaa........nak lagii!!!!!



upah masak RM8 je. 



tengok gambar ni buat perut iolss berkeroncong! sedappppnyeeeee



ok, bersambung...