Friday, December 7, 2012

apalagi K-Drama yang best? sila bagitau aku.

dulu kecik2 aku hantu drama cina. bagilah cerita apapun aku boleh layan. sampaikan bahasa kantonis tu dah jadi makanan aku eceh. betul tak tipu. aku biasa je cakap sorang2 cong ceng cong ceng. mcm real. betul tak betul belakang kira. yang penting bunyi ada...haha


paling aku tak boleh lupa adalah The Breaking Point. Masa tu darjah 6 kot. cerita ni memang betul2 menusuk jiwa. hero tentu2 pujaan hati. Gambar bersepah sana sini. siap berangan kawen2 leon lai okeh! baru 12 tahun kot..haha




jenuh aku cari mana nak tgk balik citer ni. tak jumpa. cd pun takde jual dah...sedih. 

lepas demam kantonis, aku beralih cinta plak ke jepun. Dan yang paling aku ingat pastilah With Love.


ok, aku baru jumpa link. 

kendian kita klik awak ya.


bila Winter Sonata datang, owhhhhhh....gila korea la pulekkk. takyah nak cakap banyak. cite ni sememangnya maut. dalam list aku jugak nak tgk utk kali ke 8. sambung plak ngan Autumn in My Heart yg heroinnya sangat2222 cantekkkk....

tapi bila dah kawen aktiviti mengadap tv dah jadi slow...sampailah sekarang. demam k-pop melanda pun akak rilekkk je. yalah, iols kan super busy, sorry...(mcmkan ko sorang je kawen ada anak kan...haha)


lately tah kenapa cinta korea kembali membuak2. bukan sebab demam k-pop ke apa. tah la ianya amat sukar utk diungkap dengan kata-kata. hoih over. kahkahkah. 
citer korea ni, berhantu tau. like tetiba ko tertengok tu dah episod 8, but still boleh jatuh cinta melekat.

come back aku kepada k-drama adalah cite ni. gile comellsss...




padahal time tu dah ulangan kot. ntv7. masa tu confinement umar. sambil2 pam susu bukak tv tertengok citer ni. dah episod tengah2 dah la. lepas tu, ha kau...laju2 cr online. yet still tgk lagi kat tv hari2...hahha.

hari tu masa balik kb, aku suruh adik aku si ratu k-pop tu download dalam tab. buat bekal. jalan jauh katanya. konon je la. padahal sepanjang jalan busy berperang ngan kanak2 kebosanan.

aku cakap apa2 cerita asalkan pelakon bukan mamat2 jambu..hoh tak berkenan okeh.
sekali tgk, dia bagi aku citer ni...




The Gentlemen's Dignity. best sangat citer ni. (ada ke yang tak best??). dah lama aku tak senyum ketawa dan sedih2 sengsorang...ciklel tgk pun pelik. haha

oklah, hero2 memang xjambu pun, sesuai la ngan umur aku sekarang. heh ni nak layan drama ke nak layan hero? kuang3x

semalam aku baru setel Love Rain. Citer ni baru lagi. May hari tu kot.
sapa yang belum tgk citer ni, aku suggest pegi tgk sekarang. gile best..sangat menganggu emosi. dari 1st episode sampai abis, takde part yg ko akan menyesal. eceh kemain over review hamba.

walaupun umur2 aku skrg ni dah tak berapa nak berkenan hero2 jambu ni (maaplah, aku tak tahu nama sebab seriously aku layan cerita bukan pelakon) tapi layankan je. lagipun byk ke cerita yang pelakonnya tak jambu?...jarang kot. tapi memang tak dinafikan, mamat2 k-pop ni memang comel2 belaka...




cerita ni sweet sangat2...




citer ni merentasi dua zaman. tahun 70an dan 2012. 4 episod pertama dalam zaman 70an. dan sememangnya aku lebih suka time ni. oh membuktikan lagi diriku ini klasik orangnya.....hahaaa





ok sekarang aku tgh cari next drama. banyak dalam list...rasa semua nak layan sekaligus...dasar tamak. haha



3 comments:

Norsakinah zainol said...

kak , flower boy ramyun shop , the moon that embraces the sun !

tu best sangattt

NinaDiana said...

ok tq darling..masuk list masuk list..
*skg layan Boys Over Flowers. Sian kan. Super duper ketinggalan. Haha

a.m.n.i.n.a said...

tak ramai yg igt drama with love and drama cine tu. saya punpeminat dua drama ni. :)