Friday, July 19, 2013

Kerani

Buat kesekian kalinya aku rasa letih yang teramat. 
Ya letih.
Letih jadi pendidik. 
Lebih spesifiknya letih jadi pendidik zaman sekarang. 

Letih mengajar tak termasuk dalam keluhan. Itu hakikinya. 
Itu memang nyata dan jelas. Tak patut dan langsung tak patut jika terdetik sekelumit pun dalam hati. 

Letih menguruskan hal2 remehtemeh yg macamkan lebih besar dari hakiki pun tidaklah sangat. 
Masih boleh dikawal. 
Ada masa aku buat, takde masa aku buat jugak. Tapi buat bodoh.

Yang amat meletihkan ni adalah tugas mendidik anak2 adam.
Tugas memanusiakan anak2 manusia.
Kalau setakat menyampaikan ilmu yakni mengajar insyaAllah tidaklah terlalu meletihkan. 
Tapi bilamana tugas mendidik digalas sepenuhnya oleh pendidik di sekolah, Ya Allah sangat berat dan besar dugaannya.

Aku skg dah sampai tahap tak terkata apa2 lagi. Bukan tak mahu tapi tak mampu. 
Sikap anak2 murid yang terlalu menyedihkan. Teringat tu sebak bergenang air mata aku. Mcm skg. 

Aku dah takde cara lagi nak handle budak2 yg malas belajar. Malas buat latihan. Malas segala-gala. Sampai tahap ni, aku pikir nak biarkan saja. 
Apa boleh buat? 
Nak marah? Buang masa
Nak denda? Jangan cari pasal
Nak biar? Aku balik yg kena nanti.

Dah tu?
Last2 tekanan dalaman yang dapat.
Sakit kepala. Sakit dada. Tak terluah. 
Demi Allah aku sakit.

Ya. Ikutkan hati nak biar je. Ah lantaklah
tapi aku tak boleh.
Tak boleh.
Patutnya aku ignore je elemen2 pemusnah ni
Pemusnah kreadibiliti aku maksudnya
Tumpukan sepenuhnya pada yg berminat
Pada yang menggembirakan, menyejukkan.
Tapi tak boleh. 

Mereka masih anak2 kecil katanya
Masih perlu bimbingan katanya
Masih belum faham katanya

Ya benar. Aku setuju.
Mereka anak2 kecil. Perlu bimbingan.
Perlu pemerhatian. 
Tapi pemerhatian cikgu sajakah?
Bimbingan cikgu sajakah?

Senanglah hidup makbapak.
Segalanya cikgu yang uruskan.
Ko tukang beranak je.
"Mohon cikgu pantau pelajaran anak saya" 
Banyak cantik muka kau.

Tak bagi kerja, cikgu pemalas. Pentadbir bising. Siap adakan rekod pemberian kerja rumah.
Fine!
Dah bagi kerja, tak ada masa nak buat. Tak siap, cikgu tak boleh marah. Tak boleh denda. Tak boleh apa2. 
Fine!
Budak tak dpt jawab periksa, cikgu yang salah. Ajar tak betul. Prestasi sekolah tak naik2, cikgu puncanya.
Letih. Sangat meletihkan.

Patut ramai cikgu dapat penyakit.
Migrainlah yang paling rajin singgah.
Stress. Tekanan luar biasa.
Tuhan saja yang tahu.

Patutnya aku biarkan saja. Ya patutnya..
Yg lain2 nanti pikirkan.
Moga2 berkat duit gaji aku....

Aku lebih rela kerja kerani mengadap mesin taip eh komputer. Gaji sikit takpe. Asal bdan aku tak terdedah dengan byk penyakit. Aku boleh buat kek banyak2 nnti buat tambah2. 

Tapi terlambat nak mohon jawatan kerani....













2 comments:

IbuAunis said...

teruskan isma. smg niat murni ko mendapat keredhaanNya. Mmg budak zaman skang, sgt meletihkan!

MeYangLaju said...

Yer.. Kerani takut pulak kene carpal tunnel syndrome