Tuesday, February 25, 2014

Drama


Menangis + tido lambat = mata bengkak


Hah
Dh terkena penyakit drama melayu.
Malang betul bila tertengok satu episod ni.
Dah tu pulak
Macam best jerrr....mcm best jerrr....
Arghhhh haku tak suka!


So ini penyebab aku skolah hr ni ngan mata bengkak muka pucat segala!

 



cerita tahun lepas yang dah basi pun. Biasalah aku ni kan selalu tertinggal ketapi.
Lagi plak kalau kat tv mmg tak la aku boleh hadap. Tau2 je dh abis.

Sbnrnya mmg berangan nak tgk cerita ni. Tau kewujudan kat tv9 sbb dia punya billboard kemain besar kat mrr2. Skg pun rasa aku blom turun2 lagi. 
Sbb pelakon best. So aku agak cerita pun mesti best.
Nk tgk apanya, masa tayang pun langsung tak tahu. Tah bila tayang pun aku perasan.

Hari tu punya hal la. tidokan umar dpn tv (biasa dalam bilik so ipad je yg layan aku tak bg mengantuk sama. Sbb tu aku takde masa tgk tv. Sbb lps umar tido aku terus sambung keja2 kek aku)
So bila lepak dpn tv, sempatla aku tgk ulangan cerita ni kat tv3. Eh ini cerita la yg aku nak tgk hari tu. kata hatiku.
abis satu episod aku hadap. Kek kemana, aku kemana. Hahahaa

Lps habis je, laju2 aku cari online. Ha kauuu.
Mengadap la kat ipad pulak. Sambil mengekek.
Dua hari aku abis 20 episod. Champion.
Dah tak pasal2 terjebak lagi. Aku dah la kalau boleh nak elak drama2 mcm ni.
Tapi tak boleh blah. Sbb cerita dia best sgt. Cerita melayu ni kalau aku kata best mmg best. Hah poyo gile kan. 
Sbb aku jarang nak layan emosi ngan citer2 lagho ni. Tp bila pelakon semua best, takde yg kayu, jln cerita ok, kira okla boleh melekatkan aku sampai episod akhir kan.

So smlm punya cerita, ciklel pegi main badminton aku boleh layan marathon berapa episod dari pukul 9 sampai 12. Emosi gile wehhh! Layan sesorang atas katil dlm gelap pakai earfone, perghhh. 
Tapi apa jebat pun tak tahu la hati aku ni. Punyalah touching cerita tu tapi tak meleleh jugak airmata. Hati batu betul. Puas dah aku paksa. Bergenang je paling win pun. 
Aku tabik la org menangis beria layan drama ke filem ke.

So smlm sampai episod 20 aku dh takleh tahan. Terus klik episod last. Combine 2 episod la pulak. Dah sejam lebih jadinya. Maka tidolah aku jam satu setengah pagiiii....sekian.

Hari ni lps kelas td aku patah balik ke 21-22. Lagi 2 episod nak setel. Kiranya aku dh klimaks dulu la. maka bila tgk 4 episod lagi tu dh xde perasaan dah. Kalau tak sbb pelakon dia best takdenya aku nak layan dah. kejadah apa kan. dah tahu ending. Tapi eh best la. halil, lea, el, jd, pompuan gedik tu, mak2 dorang, bapak dia, semua best. Ada harapan yg kena ulang ni.

Eh. Aku ni dh kenapa? Mcm makcik2 dah ni. Obses. Hahahhahaa

Apa2 pun aku bagi pat setengah bintang utk drama ni. Ecehhhh!

**ariana rose ke, mr arrogant ke, tah apa tajuk lagi yg dorg dok kecoh2 kat fb, ku adalah tak layan dan takde teringin nak cr online. Sbb tak berkenan pelakon. Sorry. Aku pilih pelakon. 
Oh ya. Projek memikat suami ada la skali dua tgk. Tu pun sbb ciklel kemain layan. Nyampah aku. Ngekek2 ketawa. Boleh???
Pastu tetiba panggil aku una. Hurmmm...perli la tu.

Bukan aku tak cinta aku layan gak hari tu duatiga episod. tp sbb dah terlayan bangremy ni so stop jap. Lagipun dh baca novel dia. Dah tahu apa cerita. Suka watak bangjebat. Gangster romantik. i is jatuh cinta. Auwww!
Tak penah aku tgk cerita si shanaz amad tu. xsuka. tp tetiba cerita ni boleh layan lak. Tetiba macho gile kelihatannya. Puiii.

Ok tuje. 
Bai.








Wednesday, February 19, 2014

Projek mengikat suami

Korang.
Meh sini aku share satu benda best.
Tapi 18SX punya
Adik2 kecik gi main jauh2 jap eh.
Ni org tua2 punya hal. 

Korang kalau nak cari night wear ada satu port baekkk punya
Takyah nak beli yg ratus2 tulah. Membazir kot.
Kejap je pun...lalala

Sebenarnya kan.
Aku ni tak penah pun beli nighty. Hahahhaa
Eh jap. penah. 2x kot.
Hurmmm...tak berpakai tu yg xigt.

Tapi dh tua2 ni mcm nk kena noty2 skit la pulok.
Ikutkan aku senang je.
Takyah nak beria sgt. Anak2 pun dh besar.
Celah mana pun aku nak pakai.
Biasa2 dh la. 
iyaaaa sound so typical.
Tapi benda senang toksah la nak susah2 kan.

Tapi kan kalau dh ada permintaan tu
Apa nak buat
Layankan aje..
Nasib aku jumpa yg murah2 ni
Murah gile kot.
RM25 full set.
Hahahhaa terbeliak mata aku
Terus beli 2.
Try la dulu kan. Takyah nak gelojoh sgt ngoder sampai 10.

Dh sampai pun.
Dh try pun. Ok not bad.
Fungsi nya sama je. bahahahaa
Yg penting murohhhhhhh.
Gittewww

Projek mengikat suami katenyeeeeee 





Tuesday, February 18, 2014

Takde tajuk aku nak letak. Ah blasahlah!

Senin lps raya cina hari tu aku cuti lagi.
Tp budak2 skolah.
Ciklel pun dah siap2 apply cuti.
Kan kekononnya nak pegi lumut.
Sekali stranded kat kl je sbb call hotel kat lumut semuanya full house.
Tula. Sapa suh last minute.
Ciklel la. aku dh nak book pangkor island awal bulan hari tu. 
Plannya nak gerak dr melaka khamis sbb khamis aku dah cuti. Jumaat dh raya cina kan.
Bebudak skolah takpe. Pontengkan aje. Bahahaa

Tp last2 ciklel tak boleh cuti lak khamis sbb meeting kejadah apa tah sampai cuti beku segala. Haih potong betul. Sebbaik aku blom book hari tu.
So last minute plan overnite kl dulu then sabtu gerak lumut. Tak sampai pangkor pun takpelah. 
Emmmm dah last minute camtu, mendapat la kan.
So tukar plan. Jejalan kl jelah.


Pegi sunway pyramid. Mcm biasa bila dah sampai sini benda alah ni lah yg bebudak ni tuju dulu.
Kali ni kasi chann ciklel naik lak. Biasa dia ngelat je. Takkan ni pun gayat bangggg!







Ehe...ulang tayang kat sini lak.
Sempena 16 thn bercinta katanyeee...hihihi


Esoknya gigih cari The Strand Damansara. 




Buruk gile muka aku. Ko dah kenapa?? Ahhahahaa
Ni wirda. ig wirdawina. Beli pencil skirt nga dia la. Hr tu dh beli online.
Dah jumpa sana beli lagi. Best oiii skirt ni. Ala2 menantu pilihan bila pakai ni. Jalan sopan santun je.

Ada lagi dua tiga seller yg snap gambar sesama tp bukan ngan camera aku. So takdak kat sini. 
Skirt meletoppp si annaseaskey tu tak beli pun. Mcm nak tapi mcm taknak. Last2 decide takyahla.
Nmpk si opi comel ngan mama dia atita. Kurus gile kot. Tp comel la. 

Aku suka street market camni. Teringat carboot kat uk. Best giler. tetiap weekend dpt pegi carboot rasa kenyang je sepanjang minggu tu. hahahaha
Pakkal dok melaka. 
Kalau tak mmg tetiap minggu la muka aku tercongok sama. Dorang ni gerak byk tempat. 
Baguslah. Inisiatif geng2 instaseller. Aku tgk dorg ni muda2 lagi. Ada yg dtg dr JB utk join. 


Lps dh perabih duit kat situ, bawakla budak2 ni naik komuter.
Park kat stesen rawang. Tetiba kan. Hahahhaa
Pegi KL sentral je.
Jadilah. Merasa la korang naik komuter lak kan.





Kemahin gebu drumstik. Errr....sebenarnya tak mcm tu pun. Salah angle ni. Bahahahaa taknak mengaku okeh.
Emir dh mula nak melawa. Siap request sepek mcm mmy. Nah, ambik yg doblas hengget sudehhh. 
Aku ni bukan berkenan sgt budak2 melawa mcm org besar. Berbulu je aku tgk. Tp anak dh besar. Byk lak dia punya demand. Apa nak buat. Redho jelah. Asal jgn lelebih sudah. Aku sekeh kang.

Sabtu mlm tetiba tukar plan. Balik kg. so mlm tu jugak zassss balik melaka. Tapi direct terus ke jasin.
Haha suka2 ati je kan. Nak pegi nak balik. Nasib la anak2 aku tak byk cekadak. Jalan pagi ke malam ke. plan ke, tak plan ke, okey je. Bagus2..hasil didikan sempurna namanya tu. hahhahaa

So Isnin tu aku masih ada cuti sehari lagi. (Baru masuk cerita asal awal2 td. Kahkahkah)
Budak2 sekolah, maka marilah kita dating!



Terkembang kembang idung ciklel berduckface. Hahhahaa



Terkepit2 aku jalan. Sopan sangat bini sapa neh?



Ciklel menyampah gamba ni. Gedik katanya. Ada aku kesah?? Hahahhahaaa



Dating la sangat. Padahal nak menyopin dgn aman damai. Dasarrrrr





Opss.....oh tidakkkkk!!!




Sbg atkiner, aku mengusai pemilihan tmpat utk lunch.
Sesekali keluar berdua mmg best.
Bukan nak kata best sebab anak2 takde. Tapi kekadang kenalah spend masa berdua jugak kan.
Barulah feeling pengantin baru gittew..

Dah tuje ceritanya.

Bai.

































Monday, February 17, 2014

Alamak!

Sekarang tgh pening.
Aku kan nak pegi HK bulan 5 ni.
Tak lama. 2mlm je pun.
Mmg aim utk bwk budak2 masuk disneyland je.
Nak berjalan jelajah HK mmg tak la. (walaupun tu impian aku sbg ratu cerita cina suatu ketika dahulu)
Koser ah ngan segala bala tentera ni. 
Tunggu besar sikit baru ok.

Skg dh start plan itinerary
Cari info sana sini
Tup2 smlm ciklel bgtau kemungkinan dia ada interview date kitaorg kt sana
In case dia lps stage utk penilaian awal.
Ah sudahh
Hotel dh booking utk 1st nite.
Dengan booking.com nasib xde payment untill kita ke sana.
So tu xde masalah.
Yg masalahnya nk booking hotel disneyland ni.
Kena direct ngan website atau booking by phone.
Tak silap aku kena buat payment terus.
Buatnya ciklel betul2 dapat interview tu, tak ke gila nak burn mcm tu je.
Dah la interview naik pangkat. 
Aaaaaaaaaa
acane ni??
Tak booking skg kang, dekat2 nnti confirm penuh.

Dah la budak2 dh kemain excited.
Smlm icha tnya lagi kenapa mmy ambik bulan 5. Kenapa tak February ke March ke.
Tak sabar la tu.
Anak2 aku mmg spesis tak menyabar. 
Serupa makbapak dia gak. 

Bayangkan kalau trip kali ni tak jadi gak.
Boleh meroyan anak2 aku.
Dah la trip jakarta/bandung last year cancel gak. Sbb tokpa baru je meninggal.
Kali ni nmpak gaya 50-50 gak.
Kesian okeh.

So kalau rezeki ciklel dpt interview tu, pepandailah ya ko plan nk replace ke hapa.




Saturday, February 1, 2014

Ini yang aku tak gemar ni.

Tetiba angaukan sang hitam ni plak.











Ah sudah!