Tuesday, February 25, 2014

Drama


Menangis + tido lambat = mata bengkak


Hah
Dh terkena penyakit drama melayu.
Malang betul bila tertengok satu episod ni.
Dah tu pulak
Macam best jerrr....mcm best jerrr....
Arghhhh haku tak suka!


So ini penyebab aku skolah hr ni ngan mata bengkak muka pucat segala!

 



cerita tahun lepas yang dah basi pun. Biasalah aku ni kan selalu tertinggal ketapi.
Lagi plak kalau kat tv mmg tak la aku boleh hadap. Tau2 je dh abis.

Sbnrnya mmg berangan nak tgk cerita ni. Tau kewujudan kat tv9 sbb dia punya billboard kemain besar kat mrr2. Skg pun rasa aku blom turun2 lagi. 
Sbb pelakon best. So aku agak cerita pun mesti best.
Nk tgk apanya, masa tayang pun langsung tak tahu. Tah bila tayang pun aku perasan.

Hari tu punya hal la. tidokan umar dpn tv (biasa dalam bilik so ipad je yg layan aku tak bg mengantuk sama. Sbb tu aku takde masa tgk tv. Sbb lps umar tido aku terus sambung keja2 kek aku)
So bila lepak dpn tv, sempatla aku tgk ulangan cerita ni kat tv3. Eh ini cerita la yg aku nak tgk hari tu. kata hatiku.
abis satu episod aku hadap. Kek kemana, aku kemana. Hahahaa

Lps habis je, laju2 aku cari online. Ha kauuu.
Mengadap la kat ipad pulak. Sambil mengekek.
Dua hari aku abis 20 episod. Champion.
Dah tak pasal2 terjebak lagi. Aku dah la kalau boleh nak elak drama2 mcm ni.
Tapi tak boleh blah. Sbb cerita dia best sgt. Cerita melayu ni kalau aku kata best mmg best. Hah poyo gile kan. 
Sbb aku jarang nak layan emosi ngan citer2 lagho ni. Tp bila pelakon semua best, takde yg kayu, jln cerita ok, kira okla boleh melekatkan aku sampai episod akhir kan.

So smlm punya cerita, ciklel pegi main badminton aku boleh layan marathon berapa episod dari pukul 9 sampai 12. Emosi gile wehhh! Layan sesorang atas katil dlm gelap pakai earfone, perghhh. 
Tapi apa jebat pun tak tahu la hati aku ni. Punyalah touching cerita tu tapi tak meleleh jugak airmata. Hati batu betul. Puas dah aku paksa. Bergenang je paling win pun. 
Aku tabik la org menangis beria layan drama ke filem ke.

So smlm sampai episod 20 aku dh takleh tahan. Terus klik episod last. Combine 2 episod la pulak. Dah sejam lebih jadinya. Maka tidolah aku jam satu setengah pagiiii....sekian.

Hari ni lps kelas td aku patah balik ke 21-22. Lagi 2 episod nak setel. Kiranya aku dh klimaks dulu la. maka bila tgk 4 episod lagi tu dh xde perasaan dah. Kalau tak sbb pelakon dia best takdenya aku nak layan dah. kejadah apa kan. dah tahu ending. Tapi eh best la. halil, lea, el, jd, pompuan gedik tu, mak2 dorang, bapak dia, semua best. Ada harapan yg kena ulang ni.

Eh. Aku ni dh kenapa? Mcm makcik2 dah ni. Obses. Hahahhahaa

Apa2 pun aku bagi pat setengah bintang utk drama ni. Ecehhhh!

**ariana rose ke, mr arrogant ke, tah apa tajuk lagi yg dorg dok kecoh2 kat fb, ku adalah tak layan dan takde teringin nak cr online. Sbb tak berkenan pelakon. Sorry. Aku pilih pelakon. 
Oh ya. Projek memikat suami ada la skali dua tgk. Tu pun sbb ciklel kemain layan. Nyampah aku. Ngekek2 ketawa. Boleh???
Pastu tetiba panggil aku una. Hurmmm...perli la tu.

Bukan aku tak cinta aku layan gak hari tu duatiga episod. tp sbb dah terlayan bangremy ni so stop jap. Lagipun dh baca novel dia. Dah tahu apa cerita. Suka watak bangjebat. Gangster romantik. i is jatuh cinta. Auwww!
Tak penah aku tgk cerita si shanaz amad tu. xsuka. tp tetiba cerita ni boleh layan lak. Tetiba macho gile kelihatannya. Puiii.

Ok tuje. 
Bai.








1 comment:

gokurinbulma said...

kelaka la akak ni..