Tuesday, February 28, 2012

Super Moist Chocolate Cake

sebelum lupa, aku nak tepek resepi kek yang kejadiannya adalah semalam.

choc moist la apa lagi. kali ni lain sikit dr yang biasa buat.
rasa, ok sedap. tapi tak tahu nak kata tersedap ke kedua sedap ke. tekak aku kalau kek cekelat mmg sedap saja. cuma tokleh nak telan banyak2. makan sikit brenti, jap tu nak lagi.

resepi dari potret kasih. topping pun lain dr biasa guna susu pekat instead of whipping cream. sbb stok dah takde. aterr lama benar oven aku tu cuti. banyak benda dah abis. maka pakai jelah apa ada kat dlm gobok tu. nak tunggu bahan semua ada, alamatnya telan lio jelah. rasa aku dah patlima bulan jugak tak mengekek. sejak2 umar dah pandai macam2 ni. tah cane tetiba petang semalam tersempat lak. dlm dok membizi ngan umar yg makin lasak tu, jadik gak kek aku. kehkeh
resepi topping dari myresepi


aku kopipes jelah ya. terima kasih potretkasih.


kek coklat lembab tak pakai telo.


Bahan-bahannya
2 cawan tepung gandum
2 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 cawan serbuk koko ( kalau guna serbuk koko yg berkualiti, 3/4 cawan je dah cukup)
4 sudu besar susu tepung
1 1/2 cawan air sejuk (dari peti ais)
1 cawan air kopi ( rendam 1 uncang coffee dlm 1 cawan air panas dan sejukkan) ~ aku pakai cappuccino paste 
2 cawan gula perang
2 sudu kecil esen vanilla
secubit garam
1 cawan minyak jagung
Cara penyediaannya
1. Panaskan oven pada suhu 160C. Griskan dengan mentega pada acuan kek yang telah dialas dengan kertas minyak.
2. Ayakkan tepung bersama baking powder, soda bikarbonat dan serbuk koko di dalam sebuah bekas. Masukkan susu tepung dan garam. Kemudian dikacau rata.
3. Masukkan gula perang, air coffee, minyak jagung, esen vanila dan air sejuk. Kacau perlahan-lahan dengan whisk hingga gula hancur.
4. Tuangkan bahan yang telah dikacau tadi ke dalam adunan tepung tadi dan kacau dengan whisk perlahan-lahan hingga sebati. Pastikan adunan tidak berketul2.
5. Tuangkan adunan ke dalam loyang dan bakar selama 40-45 minit atau hingga masak.
6. Sejukkan kek setelah kek masak. Kemudia boleh lah dihiaskan dengan topping yang disukai.
** Kek akan lebih lembab setelah dibiarkan semalaman di dalam bekas yang bertutup.





topping tak tebal utk tekak seniri. ok tak manis dan tak muak.  

sapa nak angkat tangan!


5 comments:

Mamajenn said...

nampak tak tgn akak ni..ooo aku pendek:(

Alin Marlini said...

selalu buat CMC guna air panas menggelegak..yg ni resepi guna air sejuk..nak trylah..

anyway..salam perkenalan..suka tgk awak..comel :)

MakcikAnak3 said...

mamajenn, nampak2. tp nampak jari jelah. hahahaa

alin-salam perkenalan :). a ah biasa pakai air panas. cubalah yg ni plk. pun sedap.

Ain @ Mama Ardini said...

Saya nak!! Hih kompem da abes. Makcik buatkan utk saya boleh?

MakcikAnak3 said...

boleh je. Jom2!