Sunday, August 5, 2012

Apa kat Melaka tak boleh shopping ke??


16 Ramadhan .

Puasa berbaki lagi kurang 2 minggu je.

Baju raya korang dah siap ke? Aku adalah belom. Huhuhuu.

Harap2 siaplah minggu ni. Sebab nak kena cari tudung lak.

Aku bukan kisah sangat pasal tudung ni. Sbb rasanya nak beli shawl mcm biasa tu je. Berlambak pun. So takde nak panik ke apa. Takde kalu, aku korek la lemari ni. Blasa je apa kaler yg ada. Hahaha.

Baju anak2 dah setel. Minggu lepas pegi mv n garden mcm nak gile penat dia. Tapi berbaloi sbb puas ati. Bila aku kata penat gile tu memang tahap dia sikit lagi nk pitam. Dahla nk dapat parking sampai sejam pusing2 tak dapat. Kitaorang sampai 12.30. 1.30 br dpt parking. Sebelum tu ada la 5-6 tempat yg kitaorg yeayyy!!! tp semuanya stok hantar brg je blom nak keluar. Memang merasa kena sumpah la kau. Dah la takde kena mengena nak raya. Sebokk je. Time2 nilah ko sebok nak sopin beria kannn!! Tetiba emosi di bulan yang mulia.

Time nak berbuka pun emosi gak. Bajet nak ke Tony Roma's. Sekali sorry, full!

Cari2 tempat lain. Memang takkan ada la kan. Nak2 bila mereka pun sebokkkkkkk nak berbuka jugak. Yg aku sakit hati ko dh takde jam lain ke nak makan? Nak jugakkk time org berbuka. Takde nak respect sikit pun. Sian.

Last2 beli roti+air mkn bersepah kat tepi eskalator. Kau mampuuuu??? Dengan anak berderet. Kasihan okey. Hahahah. Dulu2 selalu je buat. Aku ngan ciklel kan koboi. Ah berbuka ngan roti dlu pedehal. Sopin time berbuka memang aman damai. Pas dah tenang skit barulah makan kat mana2. Tu ms blom ada anak. Oklah. Anak sorang pun oklagi. Ini anak dah 3 masihhhh lagi. Bagus anak2 aku direkrut ala koboi juga.

Kalaulah nenek2 atuk2 tahu apa yg kitaorang dah buat ngan cucu2 dorang, matilah kena bebel. Gagaga. Nak2 emir tu puasa. Eh tahan dia tau. Kitaorang bajet dia akan penat dan mintak berbuka. Tp tidak okeh! Gud2.

Mertua aku tanya. cari baju sampai kl, kat sini takde ke?

Errrr.....







Posted via Blogaway

2 comments:

Alin Marlini said...

KL banyak pilihan..tak gitew...hehhe

NinaDiana said...

Byk pilihan byk godaan. Huehue
Alin dah setel ke??