Saturday, August 4, 2012

Bokitta lagi.



Semalam aku potong getah inner printed bokitta tu. Idea menjahanam datang secara tiba2. Maka dah boleh pakai. Takdelah ketat yang amat.

Tah kenapa muka aku time amik gamba skg tak boleh blah. Dah kurang pandai nak fotogenik2 bagai. Eauwww bajet dulu2 fotogenik lettew. Pdahal baik sikit dr sakai. Hahaha

Eh bebudak skg pasal apa suka amik gamba muncung2 kembung2 pipi eh? Tak paham. Comey kah?? Oklah ada yg aku nampak comey. Sbb tu kekadang aku pun bajet comey amik gamba cenggitu. Tapi harammm tak comey langsung! Cis. Tapi yg tak berapa nak comey pun ramai gak. Sorry la dik. Akak terkutuk dlm ati bila terpandang gayamu sebegitu.

Lagi satu. Dah lama nak ngumpat pasal gadis2 dan wanita2 yg pakai skirt RnR dan sewaktu dengannya.

Tahun lps masa tgh pantangkan umar aku dah bercita2 nak order skirt tu. Pada mata aku sgt cantik. masa tu 1st time tahu pasal skirt RnR bila tgk customer adik aku buat outdoor ps pakai skirt tu. Sangat cantik. Maka aku pun beranganlah akan secantik dia bila pakai nanti.

Sudahnya setahun berlalu sampai sudah aku tak order2. Sbbnya dlm 10 customer yg diupload gambarnya hanya 3 kelihatan senonoh. Yang lain ermmmm....

Maap xcakap ya dik. Mata akak sukar nak terima kalau tak kena gaya. Pada aku skirt sebegitu sangat cantik pd org bertubuh langsing dengan tinggi yg sesuai dan figure yg cun.

Kalau yg chubby2, kedenking, body shape tak berapa nak balance tu agak tidak sedap mata memandang. (sorry bukan diskriminasi or what. Pendapat mata aku jeni). Sebab bila pakai skirt tu ramai yg pakai baju kedalam dan digayakan pula dengan tali pinggang besar. Gaya sebijik mcm model merangkap tuan kedai tu. Sayangnya jauh benar untuk capai target. Lgi2 kalau pemilihn top yg langsung tak kena. Sian ok.


Aku komen ni dr sudut pandangan mata aku. Yang tak berapa nak fashionable ni. Sorrylah ya kalau ada yg sudah terjebak.

Bolehje sebenarnya golongan yg aku sebut td kalau nak pakai. Cuma top tu usah la di tuck in. Buruks uolss. Carilah yg agak2 sesuai digayakan dengan skirt kembang2 gitu tapi dilepaskan keluar. Barulah sedap sikit mata memandang.

Wah dah rupa police fashion iolsss. Padahal diri sendiriiiiiii..........kahkahkah.

Sharing is caring.

Peace!

Posted via Blogaway

6 comments:

CikW4nKemb4ng said...

Weiii

Lawa

Mu beli online? Ko mano?
Nok gok heheheh

NinaDiana said...

Cari fb bokitta malaysia. Tokpon gi butik dia opposite zoo negara. Oklah utk instant shawl gitu..

Yaya Abu Bakar said...

nina diana.. i remember u.. u beli online.. :p... ok so i dh tahu ur face punye size. so in the future klo u ade order lagi i akan cari yg bigger dia punye inner tu k.. :p.. n now ad sampai printed baru taw.. grab la 1 sementara tgh ade ni... :p

CikW4nKemb4ng said...

Weihh

Aku nok let go hok aku baghu beli
Aku kelik ghumoh tra2 uduh la plop
Hahahhaa mu tlg promo bleh?

NinaDiana said...

Hi yaya. :)
Ok. InsyaAllah akan grab lagi. Heheh

Cwk-doh bakpe pulok?? Hahahah.
ok2, ce post design mana. Kot2 aku tergoda ko. Hahahah.

Ain @ Mama Ardini said...

yg part rnr skirt tu mak setuju. kalau tinggi lampai seperti pemilik kedai, adalah cun pakai. kalau idak silalah pakai top bersesuaian & pakai tali pinggang halus supaya x nmpk lg besar. ops. marilah pakai PB..*tetiba*