Friday, June 24, 2011

DIY

salam semua..

cuti2 ni memang beku tak tahu nak buat apa. bila budak2 sekolah tinggallah mak buyut ni sensorang kat rumah. boring wehh. nak berkebun mana daya...ikutkan hati aku macam2 nak dibuat kat taman astakona sekangkang monyet aku tu..tapi takpelah, sabar jelah dulu..

sudahnya, keja aku hari2 selain hadap laptop ni, baring2 baca buku baby. 3-4 bijik buku tu dah khatam patbelas kali pon, dok lah ulang2....dah tu apa lagi nak buat. takkan nak baring sesaja.

tapi dlm sehari dua ni ada la jgk aktiviti bergerak. pindahkan baju budak2 dari lemari aku ke lemari bilik dorang.

oh ya, bilik icha baru jer setel..sebelum ni asik lah tertangguh jer..bila nak dekat2 nak ada penghuni baru ni, baru la kalut segala. kalau sebelum ni abang tak berjaya ditidurkan dalam bilik sendiri walau letaklah maknenek apa pun dlm tu, maka kitaorg buat plan, tidurkan dia sesama ngan icha plak.
harap2 berjaya.

memula si abang komplen. takkan emir nak tido dalam bilik pink?? tak macho okay! (yg ni aku tambah). 
dah tuuuu.....namanya bilik adik, pink la kekdahnya!

aku bg option kat dia, kalau taknak tdo bilik pink, sila tdo bilik oren tapi sengsorang lah sbb katil dia tu single...heheh tamau dia..last2 pink pun layannn....





banyak lagi yg nak kena mekap sebenarnya. lepas ni nk kena cari kapet ke rug ke kasi semenggah skit bilik ni. frame2 yg berlambak tu blom lg naik ke dinding..kata ciklel yg tu semua takpe, esok2 boleh buat. ockayyyy.....kita tgk nnti. biasanya selagi mak tak berzikir kat telinga selagi tu benda2 alah tu dok terperap je lam kotak.


dalam cuti ni jugak mesin jait aku yg dah lama terperam tu kembali aktip. adalah 2-3 benda kecik2 yang aku godek2 kan...alhamdulillah, terisi la jugak masa. walau seksanya menahan sakit duduk lelama hadap.



langsir bilik budak2 ni aku jait dalam masa 3 jam jer..huahahaahha...takdelah terar mana pun. tapi puas ati la jugak bila dpt buat sendiri. konon nak cari ready made, susah la sangat nk jumpa yg semenggah...nyesal giler tak beli kain kat ikea hari tu...banyak yg mak berkenan.. :(

hari senin tu dengan terkangkang2 aku pi cari kain, blasah jelah mana yg ada. seba baik ada la jugak yg berkenan kat mata aku ni. balik terus gedek gedek gedekkk...
alah, jait koboi jer pun. mana nak ada mesin jait tepi pun, so semualah aku kasi lipat....setel!




cangkuk tepi blom ada. lupa lak nk rembat hari tu. ikat pun koboi jelah dulu yer..


pastu dalam dok kemas2 bilik bawah, terjumpa lak kain lebih curtain lama yang setahun dah terperap kat dalam lemari bilik bawah. dah memang peel, beli kain mesti nk lebih 3-4 meter. gila tamak wohhh. pastu sejukkk jer terperap. haihh membazir kata ciklel!




ok, sekarang tidak lagi. dah jadik cover 3 ketul bantal lepak2. bantal ni baling kat depan tv bawah jer, buat lapik air liur basi sapa2 yg tertido sambil tv tengok tuan.



matchkan plak ngan si dia ni..hehhe. sebelum ni aku pakai reben jer. senang. ni dah ada masa dan kerajinan luar biasa, kasi sedondonlah kak kiah oii..
(eh, br perasan apasal sepesen jer kain2 aku pilih ni. semuapun bulat2..curtain bilik bawah pun bulat2 gak...oh ya, lupa aku memang hantu polkadot. )



ni lak projek felt. ni pun satu hal gak. felt ni aku beli berkoyan2 tahun lepas, lepas dah stop projek jait nama kat baju tu (tak larat weh, byk sangat benda nak kejar), jadiklah dia pekasam. tengok, mana tak penuh lemari aku?? 

tapi takpe, aku suka jer simpan barang, sebab bila hangin rajin aku datang, bahan dah ada. senang! maka, mari treruskan amalan beli dan simpan dahulu! huahahah..



hair clip ni aku buat masa balik cuti hari tu. pun berdozen2 aku beli clip yg plain. sempat buat 5 ketul jer. ni pun dah jenuh icha melaram. masalahnya bila dah banyak cepat la plak hilangnya...dua pesen lagi tah mana lenyapnya....nnti2 rajin sudah mari aku buat selori kasi pakai penuh satu kepala...



ni kekononnya utk baby. tapi tak tahu nak tampal kat mana lagi...blom ada idea. nk kena tambah menatang2 lagi ni kasi meriah skit zoo kita kan baby!..kalau sempat laaaaa....



dannn...ni pun dah setel! yeayy lega. kain ni aku beli kat ikea lama dah..ingat nak tunggu mama datang buatkan cover tilam ni. kata banyak masa kan....so, aku godeklah sendiri, jadik jugak. hah...vangga..vanggaaa!
bantal aku beli dimple pillow jer. senang, tak tergolek kepala dak kecit tu nnti.


ok, sekian DIY saya! *tetiba*
(takde idea penutup)


jap,

puas hati wehh dapat buat sendiri...cubalah! :D

2 comments:

OmbakBaik said...

cun je semuanye...sgt rajen mommy ni =)

EmirAlisa said...

rajin bermusim..hehe!