Friday, June 17, 2011

Seth Tan

Aku kan dah lama tak layan tv. cerita apa yang tengah hot kat tv pun aku tak tahu. lagi2 yang bersiri malam2 tu. last sekali aku layan nur kasih kot. tu pun masa kat uk, tgk online. tapi since semua org baik lelaki ke pompuan asiklah bercerita pasal nora helena, aku pun tetiba terpengaruh lah nak tengok. layan kat tonton 21 episode dalam masa 3 hari. oklah kan. kata cuti...hehe



my personal review, citer dia so-so je la. tp agak terbuai jugaklah dengan karekter seth tan. aku tak terpengaruh dengan siapa pun pelakonnya, asalkan bukan seketul dua lelaki yg aku cukup menyampah bila berlakon. sapa nama tak ingat. tapi aoron aziz tu oklah..boleh diterima akal.

patutlah semua org pun suka dengan seth tan. dari kaca mata setiap wanita seth tan punya ciri2 lelaki idaman. baik, romantik, sabar, kaya dan segala yg menariklah.
(paling tak tahan time takut2 nak say romantik2 dengan bini dia..alahmak comel sungguh!)

tapi dalam realiti wujud ke begitu? ok, dikatakan dia tidaklah sesempurna mana. masih merangkak dalam bab2 agama tapi tetap ke arah positif betul?

aku pikir mungkin ada tapi pakej dia tu mungkinlah limited edition. beruntung lah kalau benar2 wujud di alam nyata ni.. :)


tapi.....


hakikatnya bila aku tgk citer ni, baru aku sedar yang aku juga punya 'seth tan'. lelaki yang aku kenal selama 14 tahun dan hidup 8 tahun dengan ikatan yang sah.

kalau nak dibandingkan seth tan dengan apa yang aku ada, kaya tu tidaklah. romantik pun samar2, tapi yang lain2, ya, dia punya itu!

alhamdulillah syukur aku punya lelaki yang punya ciri2 menyenangkan. penyabar, cintakan keluarga, sangat membantu, sangat2 ringan tulang. walau aku dalam keadaan normal sekalipun, lebih2 lagi dalam keadaan aku mcm ni. 

kebanyakan masa dialah tukang masak, tukang dobi, tukang sapu, pengurus anak2, segala urusan rumahtangga dia yang setelkan. aku? mana yang terdaya dan sebagai peneman saja. .
balik keja, terus masuk dapur. balik pasar terus setelkan ikan ayam segala. walau penat sekalipun, karenah anak2 tetap dilayan.

Dialah penasihat dan pembimbing. Banyak perubahan yang berlaku atas diri aku atas pengaruh dia. Walau kadangkala cara dan kaedah yang dia buat agak menyakitkan hati, tapi bila dipikir2 balik memang sesuai dengan aku yang tak berapa nak mudah ni.

apa yang aku suarakan pasti akan sedaya upaya dipenuhi. anak2 apatah lagi. seboleh mungkin ingin diberikan yang terbaik untuk kami. sedikit pun tak penah nak hiraukan keperluan sendiri. kadang2 buat aku sebak bila pikirkan kehendak atau kegemaran yg dia ketepikan semata2 nak penuhi keinginan aku dan anak2. aku tahu dia sayangkan kami lebih dari segala-galanya...



sebelum ni jarang sangat aku nak bercerita pasal suami sendiri. Sangat jarang aku luahkan dan tunjukkan kasih sayang aku pada dia. Kalau dia tak pandai nak beromantik, aku seganda lebih tak pandai nak berkasih sayang....tapi hanya Tuhan yang tahu betapa bersyukurnya aku dikurniakan dia sebagai teman hidup. 




tapi aku sedar manalah ada manusia yg perfect. aku pun jauh dari kesempurnaan..namun kami saling melengkapi antara satu sama lain. semoga jodoh dan kebahagian kami hingga ke akhir hayat.



okay, kalau ada yang perasan nada aku kali ni agak janggal dari biasa. Aku sedang cuba untuk membuat sesuatu yg istimewa untuk ayah kepada anak2 aku...
(eh eh, anniversary 30hb ari tu, takde buat special n3 kan? kira aci yang ni jelah yer...hikss)











**Tuhan, jangan kau panggil dia dahulu daripada aku...

3 comments:

OmbakBaik said...

takde button like..so saya tilih je la ye..

LIKE :D

EmirAlisa said...

Thanks ila..
*malu* hahhaa

Lily said...

He..he..rindu nak sembang2 dgn akak..pasal ni..:)
Tengok seth tan tu buat hati berbunga-bunga..tp smua itu dalam cerita..je ...hargai la "seth tan" yang kita ada tu..yg sabar dan sayang kita ..sabar dgn kerenah kita yg mcm2..saya rasa kita bertuah dapat lelaki bulan 9 ni..family man..