Thursday, January 9, 2014

Resepi: Nugget Ayam Atkins.

Hari ke enam
Tak tahu dah nak sarapan apa.
Boring dah kot asik2 telur dadar ngan cheese je.
Dah tu je yg paling simple dan cepat nak buat pagi2.
Utk emir aku keluarkan mini pizza yang dah difrozenkan 
Bake kejap. Setel bekal anak aku.
Seminggu dah kot roti.
Nasib mmg hantu roti. Makanan ruji dia. 
Aku buatkan mihun goreng nasi goreng haram tak dimakannya.
Bnyak tu yg pergi byk tu jugakla yg balik.
Kantin pun tak membeli.
Habih apa saja la yg anak aku makan? Jangankan org lain aku sendiri pun moskil.
Bila bawak roti barulah tupperware tu dpt balik kosong. Abis. 
Lega sikit hati mak ko!

Oleh kerana aku xleh makan roti lagi walaupun terliur yg amat,
So tadi aku tak bawak apa2 pun.
Just beli ayam seketul kat kantin.
Ayam sebesar 2jari yang berharga dua ringgit.
Pasrah jelah.

Tengahari singgah mcd beli ayam 2 ketul. Ayam lagi.

Malam tadi aku buat nugget ayam. Ayam lagi. Hahaha


Dada ayam blend. Aku pakai food processor. Senang dan cepat.
Gaul dengan:
Bawang besar
Daun bawang atau daun sup/oregano/apa2 daun jelah asalkan boleh
Capsicum sebab aku takde lada merah tadi
Garam
Serbuk lada hitam
Sosej yg didadu.

Sesikit jelah semuanya buat rasa.

Pecahkan telur. 
Tadi aku pakai dada cikayam cup D (haha) ngan sebiji telur.
Kalau pakai dada cup A ke B ke, pakai telo separuh jelah. Nak buat melekat je.

Oh ya. 
Aku carik2 kan sekeping cheddar.
Kena pakai non stick. Kalau tak cheese tu akan buat melekat.
Kalau xde non stick pan takyah boh la cheese tu. Ok je. 
Dont worry worry ya!

Gaul semua sekali.
Goreng.
Siapp!!

Aku masak separuh je.
Separuh lagi simpan dlm freezer.
Esok pagi blh buat bekal. Yeahh!



Serious sedap wa cakap lu!
Au makan 7 ketul. Kakak makan 3 ketul ngan mi sup.
Nak sedap lagi kena cari pencecah yg halal atkins.
Nandos katanya. 
Wiken nnti cari. Sbb jusco je ada tajuk tu kot.

Puas hati dpt buat sendiri.
Yang penting sihat. 100% isi takde lemak2.
Lps ni xyah nak beli dah.
Tapi stok dada cikyam nk kena ada sentiasa la.






Monday, January 6, 2014

Setiaku bersamamu oh Tabita

Last week ada kakak kat skolah tegur aku.
Skin makin cantik katanya.
Apa rehsia?

Aku macam aaa???
Betul kak? *terus merah2 pipiku auww! Ngahahahha

Aku ni xde rehsia apa bagai.
Semua aku dh penah heboh.
Tak kat blog kat fb.

Untuk muka aku masih setia ngan tabita.
Almost 2y dah kot.
Penah stop kejap sbb gatai nak try royal expert tu kan.
Sekali mcm tak sebest tabita.
Tak seglowing masa bertabita, so aku stop.
Kembali rujuk ngan tabita.

So, masuk bulan 3 nanti genap 2 tahun aku ngan tabita.
Ramai org pertikaikan boleh ke pakai tabita
Bagi aku setakat ni xde masalah apa.
Alhamdulillah sbb aku memula pun dh jumpa yg ori kot.
So xde la masalah yg korang dok heboh2 siap perli2 kat fb lagi.
Ko jeles ke nyahhh???

Pastu dah dah consume ephyra.
Baru 2 kotak. Ni dh abis modal nk beli kotak ke3. 
Sbb aku gatal beli hadiah bday utk diri sendiri hari tu.
Tetiba last week brg dh sampai dh kena setelkan balancenya.
Ah takpelah. Tak makan ephyra 2-3 minggu pedehal. Asal dpt baby baru khenn! La la la

Pastu baru2 ni je aku makan ubat kuat dari Thailand bertajuk " Forget me not" ambik kau nama tak hagak2. *tp asik skip je. Makcik lopaaa.
Makanan dalaman la katanya. Semua sekali bagus. Ok la. Ada perubahan kata ciklel. Eh.
Mesti korang buat muka bila aku kata ubat dari siam kan.
Hey, apa korang ingat kerajaan siam tu sesaja nak luluskan ubat2 tak menentu ni? Nak org2 dia sesenang dpt penyakit?
Jgn skeptikal sgt okeh.

Lain2 setakat ni xde.
Beli vit c haram tak bersentuh.

So nilah wajah terbaru tuan punya blog bersama somi tersinta


Sepetang di kebun atuk jasin.
Dah ghope makcikpakcik pekebun sangat dah ni. Hahahahhaa










Atkins Diet dan Menu

Salam semua.

Hari ni dah masuk hari ke 3 beratkins diet.
Wahhhh...tepuk tepuk utk diri sendiri.

Alhamdulillah setakat ni aku berjaya untuk tak ambik carbs.
Maknanya dah 3 hari aku tak ambik nasi roti sugar etc. (Baru 3 hari derrr. Haha)
Just protein dan protein dan protein.

Dahla wiken hari tu 2 hari berturut2 buat roti utk bekal skul emir.
Ya Allah dia punya siksaan jiwa raga sangatlah hebat.
Hanya jiwa kental jd pendinding utk tidak tewas ditangan sweet cheezy bun kegemaran hamba..huhu

So far, okla. Makan mcm biasa cuma avoid benda2 yg mmg tak boleh makan.
Makan apa yg halal atkins je.
2 weeks masa induction ni kenala follow betul2. Nak result bagus kenalah disiplin ya dak?
Walauuupunnnn ada jugak aku cheat sesikit
Yalah mana tahan nampak korang je kunyah fries kan.
Haha
Wiken ko tahu jelah. Aktiviti perjimbaran tak sah tanpa makanan2 lagha ni.
Anak2 makan aku cuit la sikit. 2 je. Tak banyak pun. Buat hilang telio jadilaaa

Meh aku share diet menu aku ya.

Day 1
Bf: telur dadar 2 biji
Lunch: ayam bakar (perap sikit dgn serbuk lada hitam+garam) bakar atas tefal je.
Dinner: sate 5 cucuk (kedai punya. For sure ada gula pakai utk perap ayam tu kan. Ahhh blasah!)

Day 2
Bf: chicken wrap (wrap pakai telur dadar) + chedar cheese sekeping
Lunch : ayam goreng seketul + sayur goreng
Dinner: ayam goreng 2 ketul 

(Ciklel kata, abislah. Jadi malek noor la aku lps ni..haha)

Day 3
Bf: telur dadar + chedar cheese sekeping
Lunch : ayam bakar + scramble egg + sup sawi
Dinner: ikan bakar sekoq + sup sawi


Ni habuan lunch tadi.




Esok tak tahu lagi apa aku nak makan.
Memandangkan aku bawak bekal ke skolah, so kena pikir yg paling cepat nak buat. 
Setakat ni aku ok lagi ngan telur. Maybe telur dadar lagi la kot. Atau buat je chic wrap mcm ritu.
Tak pun, nak cuba intai kat kantin apa menu yg boleh aku makan.
Lauk mmg byk tp dorang masak pakai gula perasa segala. So kena pilih2.


So utk yg nak tahu pasal atkins diet ni, korang gugel je la. Byk dh org share psl kejayaan dorang. Tips2 dan menu2 pun banyak. Kalau nak lagi best, join group kat fb. Group Atkins diet (Malaysia) tak silap aku. Kat situ pun ramai yg share macam2. Nanti konpem teruja ruja korang nak kurus jugak.. :)
Yalah, nk follow apa2 kita kena ada ilmu. Bila dh paham baru senang nak buat.
 Aku bila dh baca baru paham kenapa selama ni kemain beria kontrol makan tapi tak jugak turun2. 
Penat je tahan napsu.

Ok,
Result aku untuk 3 hari ni, amboi baru 3 hari dh nak kecoh kan. Haha. Eh sukati lah khennn...kahkah

Start - 56kg
Day 2 - 55.2kg
Day 3 - 54.2kg

Kenapa aku timbang hari2? 
Utk bagi lebih semangat. Agak2 nak terkantoi tu aku tgk la whiteboard yg aku catat berat aku tu.
Terus semangat dtg balik. Tahan...tahan...Gitteww.

Tapi kalau nak ikutkan rules dia, timbang seminggu sekali je paling kerap.
So ikut suka masing2 la kan. Asal bahagia.

Ok aku makin semangat ni. Cukup 2 minggu lagi aku update.
Setakat ni aku bersenam naik turun tangga kat sekolah je.
Sementara tunggu treadmill sampai (ya, dh beli semalam. La la la) kita buat mcm biasa jelah.
Harap2 dh ada treadmill nnti aku boleh maintain berat sambil makan mcm biasa dgn pengambilan carbs yg berpada pada. Wahhh! Hahahha






Friday, January 3, 2014

Diet mode ON!

Korang.
Aku tgh semangat gile ni. Dari petang tadi dok study pasal atkins diet.
Rasanya aku boleh buat.
Semangat tgh menggunung ni.
Dah siap print info dan menu2 utk atkiners.

Tadi timbang cakap berat aku 56kg.
*lap air mata
betul2 buat aku stress ni.
Mana penah berat aku segitu banyak.
Skg dari target nak turunkan 3 kilo dah jadi 6 kilo plak.

Aku nak 50 je. Paling2 pun 48. Takdelah nak kurus mana pun. Tapi kenapa susah bebenar ni??
Aku syak sbb rotila.
Sejak aku rajin meroti nilah berat naik tak agak2 ni.
Tapi anak2 aku suka roti. Tu sbb aku rajin buat. Acane tu? Tak kan nak buat dan pandang je kan.

Takde..takde.
Mulai esok no more carbo.
Walau apa pun godaan mendatang aku nekad.
Cabaran 2 minggu bermula esok 4 Januari 2014!

Sbnrnya mlm td pun dh mula.
Ciklel masakkan budak2 mi sup.
Aku cuma ambik sup+sayur+ayam dlm tu.
Kenyang!
Semoga aku kuat dlm fasa induction ni.
*tepuk bahu sendiri



Saturday, December 28, 2013

Resepi : Ayam Goreng super yummy.

Adik kakak sekalian
Hari ni kakak nak share cara masak ayam goreng.
Eh bukan goreng biasa stok lumur kunyit garam sesaja tu okeh.
Ni special punya.

Meh kasi up gambo dulu.




Kakak masak ni kat rumah mertua tadi.
Berpinaupinau kesedapan dorang makan.
Nasib baik berpinau sedap
Kalau tak jatuh saham kakak khen.


Okeh mari tgk
Bahan2 nya ialah:
(mcm biasa kakak masak xde sukatan. Sukati campak2 je)

Tumbuk
Bawang putih
Kunyit hidup
Halia

Garam
Sos tiram
Serbuk kari
Tepung jagung*
Tepung beras*
*agak2 tersalut tepung

Putih telur
Secukup rasa kalau ada
Serbuk lada putih pun kalau ada

Gaul semua dengan ayam.
Perap at least 30min
Lagi lama lagi sedap la

Goreng dgn minyak panas yg byk
Api sederhana
Hasil dia
Rangup diluar juicy di dalam
Perghhh!

Mcm ayam nasi kukus wa cakap loe!


Sumber resepi : http://mas-dapurmas.blogspot.com/2013/08/ayam-goreng-super-yummyy.html

Tq sistah!


Thursday, December 26, 2013

Azam

Selalunya bila dh ujung2 tahun nak ke tahun baru sana sini post pasal azam.
Dan aku plak tak penahnya nak tepek azam kat sini.
Eh tahtah azam pun aku tak penah tanam. 
Follow the flow katenye...hihihi
So aku tak sure if azam aku setiap tahun tu tercapai ke tidak.

*azam utk jadi hambaNya, isteri, anak, mak, adik, kakak, sedara yang lebih baik dari tahun2 sebelumnya tu opkos ada la kan..dah kalau itupun takde mmg zero la nilai hidup aku.


Oleh kerana cuti sekolah tahun ni mengundang satu malapetaka kecil bagi aku,
Maka 
untuk pertama kalinya dalam hidup aku ada azam untuk diwar2kan. 

KURANGKAN BERAT BADAN!!


Satu tahun ni usaha aku nak buang 3kg nampknya tak berjaya.
Turun kejap pastu naik balik. Stress okeh!
Lagi2 dlm cuti ni gaya makan aku dah macam menakutkan.
Otak cuba nak control
Tapi tangan lajuuu je menyuap.
Sudahnya jangankan nak kurang yg 3kelo tu, bertambah 2kelo ada! 
Arghhhh...tidak.....tidak....tidak....ini tidak boleh dibiarkan!

Exercise jauh sekali
Nama nak pegi park jogging jauh sekali.
Sebulan dapat sekali dah cukup baik.
Membizi je.
Harapkan kat sekolah jelah naik turun tangga.


Maka
Bila dipropose pd ciklel
Hajat bini nak exercise kat rumah
Terus dia setuju
Atas reason 
nak seisi rumah sihat
atau sbb bini dh membulat aku tak tahu lak
Yang pasti dia setuju sbb dia pun boleh join sama 
Sejak2 dah tak boleh aktif sbb lutut asik2 tangguh nak buat ACL
Dia pun aku tgk apa kurangnya.
Melantak tak hingat.
Exercise nan hado.
Kalau dulu lutut sihat aktif bukan main.
Skg nak swimming pun kena pakai knee support.
Sian.

So cadangan aku ni kiranya tepat pada masanya la kan.
Cuma skg kena survey2 lagi.
Sbb benda alah ni byk jenisnya.
Takut terbeli yg ada function sesaja tak perlu.
Sesia je kang kena keluarkan extra budget.

Aku perlu yg basic je. 
Takyah la nak advance sangat.
Bukan nak beria sgt pun kan.

So setakat ni yg ada dlm list




Blom sempat pegi belek kt kedai lagi.
Harap2 by Jan dah boleh mula projek aku ni.

Mana tahan hoi. 
Baju keja semua dah sendat,
*menangis*


Wednesday, December 25, 2013

Review Percutian Pendek: Bukit Merah Part 3


Sambungan dari percutian ke Bukit Merah hari tu.
Ho ho ho kemain lama kan.
Yang sebenarnya aku nak simpan gambar2 ni semua.
Lps ni dh boleh delete dlm album.


lps dah check out, layankan permintaan si emir nak naik chair lift.
Harga RM7 sorg. 





Ok la. Boleh la nak buat test gayat kan.
Walaupun xdelah tinggi mana pun compared to cable car langkawi.
dan....
mcm biasa ciklel pilih option tak naik.
Dia tu penggayat yg hamat.





Ini dh sampai ke seberang sana.
Kena turun dulu walaupun nak patah balik.
So kitaorg turun jap posing barang sekeping dua.















The ladies.


Singgah kejap di rumah family angkat chik
Dorang ni penternak ikan arowana
Fuyohh terkagum kejap tgk.








Sebelum balik haruslah bergambar kenangan beramai-ramai..



Ok itu saja siri percutian tahun ni.
Kitaorang berpisah di rnr bukit gantang.
Dorang balik terus ke KB.
Kitaorg balik Melaka...


Next year plan ke Krabi dan Phuket by land.
Yeayy!!
So utk anak2 Ismail, family fund akan bertambah starting Jan 2014 okeh.
Sekian.




Perbandingan 2 mangkuk laksa.
Yg atas tu Batu Feringgi, bawah rnr bukit gantang.
Jauhhhhh beza okeh!


Otw balik, chik whasapp gamba ni.
Whoahhh bestnyer.






Thursday, December 19, 2013

Bila suami paham kehendak isteri hiks

Semalam ciklel melunaskan hadiah birthday bini.
Walaupun dah lewat beberapa minggu tapi pedehal.
Bini ok je.

Ciklel ni satu hal dia memang tak pandai nak buat suprise.
Payah katanya sebab aku cerewet sangat.
Tambah lagi dia mmg tak reti nak sorok apa2 dari aku.
Mesti lambat laun sengih2 pastu bagitau jugak.
Eh yang sebenarnya aku pun dua kali lima jugak. Hikhik.

So elemen2 suprise mmg tak wujud dalam hidup kitaorg.
Dari zaman bercinta dulu.
Mesti nak bawak tuan punya badan dan pilih sendiri.

Sebenarnya bagus jugak.
Sbb aku tak berapa nak yakin pilihan dia. 
Hahahaaa
Kekwat betul.


So smlm kitaorg ke empire subang.
Kekononnya nak merasa makanan serai.
Masa sampai perut kenyang lagi. Sbb baru lps bfast.
Sekali bila dh lunch hour, ramainya ya ampunn!
Koser nk menunggu table, blah je lah.
Next time sajo.

Nmpak Pandora terus ciklel ajak masuk.
Mmg dia dh cop nak adiahkan Pandora tahun ni.
Cuma terlewat sbb masa bday ritu kitaorang kat Perak.
Alaaa janganlaa...jangan laaa....susah susahhhh jeeee kata bibirku
Padahal bersinar2 mataku tatkala itu
Hahahhaha



Tgkla panglima kecik aku tu. Nasib baik ada moksu tukang melayan. Kalau tak..



Kemahin serius makenchik memilih.
Hihi
Padahal dh tahu pun design yg mana kan. 



Sebenarnya ada cerita.
Dah siap pakai melaram pegi makan hantar moksu balik uitm segala.
Baru perasan ada defect.
Patah balik ke empire.
Takde dah saiz aku. Sedih.
Dorg suruh pegi mv, ampang or setia city mall utk tukar.
Kat situ je ada saiz yg aku nak.
So kitaorg pegi setia city mall
Fuhh punyalah mencabar.
Konon nak keluar kl before 4 
Sekali terpaksa redah jem gak. Kul 7 baru boleh keluar.
Tak pepasal terpaksa ukur luas setia city mall plak. Hihi


So inilah hadiah suami sempena bday tahun ni.
Walaupun bendanya takdelah berharga mana pun
Tapi sangat tinggi nilainya pada aku
Eh adiah somi katenyeeee







Weeheee!!
Tq chenta!

Ko dah kenapa over sangat ni????

Menyampah pulak aku tgk si pauziah gaus dlm romantika ni.
Taulah laki ko. Over kott!!

Aku tgk pun sbb dorang naik Star Cruise which is salah satu my wishlist. Kalau tak jgn harapp okeh. Ni pun jeling2 ekor mata je pun. Tak menahan tgk. Dah la baru lps makan. Tak pepasal muntah terbelahak aku.

Hai bilala impian nak jadi kenyataan ni...tunggu anak2 dh besar kot eh.

Sabar....sabar...

Wednesday, December 11, 2013

Mahal

ini yang aku maksudkan dlm post sebelum ni...curi dari fb ngah.
oiii fake ko kate aku ye!


kalau rujuk gambar ori tu sblm pose confirm sama punyalah. cuma pelakon je berbeza.
tapi mana lak nak cari watak mamat rokers tu?? huhu