Wednesday, October 6, 2010

Pantang!

aku ni pantang betul bila anak comot. walau duk kat rumah pun, anak2 akan aku pastikan kemas, cantik, maknanya lalu nak tengok lah. dan aku akan cepat naik angin bila tgk anak2 tak semenggah. lagi plak bila time ambik anak dr tempat yang aku bayar utk jaga anak2 aku, bagi makan anak2 aku, mandikan anak2 aku, jaga pakai anak2 aku.

tadi masa fetch budak2, tengok icha mak aihh bebedak dah mcm ank tokey kilang johnson n johnson. okay, lepas mandi kena bedak, tapi tolonglah jgn bedakkan anak aku mcm tu rupa.

dah byk kali sebenarnya. dan aku tak berkenan langsng. nak tegur, mcm poyo la plak. nak2 aku baru jer lps tegur dorg suh ikatkan rambut icha yg serabut amat tu. itupun dh byk kali aku pesan, siap bekalkan getah ramot berdozen dlm bag. tp tiap kali amik pun, serabai sungguh anak aku. haihh! last2, aku buh surat beracun dlm bag, TOLONG IKAT RAMBUT ALISA. TERIMA KASIH! bahahah puas hati aku!

dulu mcm ok jer nursery icha ni. masa mula2 hantar dulu berkenan sbb ramai carer dan ramah tamah belaka. tp skg dah mcm xbes. tukang jaga tinggal brapa ketul jer, budak2 ramai..

kadang2 ambik pukul 3-4 pun lom mandi lagi..mmg buat aku hangen!

skg ni tgh survey tmpt baru utk icha. abang pun dah skolah next yer, pajadah aku nak hantar situ lg, kalau skg satu jalan dgn abg masih ok la..walau hati dah tak berapa nak redha.

last week try call genius aulad. baru nak bukak kat melaka ni. tapi schooling based la plak. 3 yrs blom layak. adehh..punah harapan.



ada ke patut panggil anak aku gajah?? len kali aku citer..


*takutnya skg banyak nursery hantu!

1 comment:

My life said...

memang x berkenan dengan nursery tu... susah nak cari yang betul ..berkenan...nursery haziq pun mcm tu jugak la..