Wednesday, November 24, 2010

Donut lagi.

cerita donut lembut yg dah berkurun tertangguh.

dah berkali buat benda alah bulat2 ni, asik tak puas ati tahap kelembutanna bila dah menyejuk. tetiba tah camana akhirnya terjumpa recepi yang memenuhi citarasa..



memang lembut gebuss recepi dia ni..





tak larat nak abiskan berketul2, maka half cooked utk frozen...






memang terbukti dah 3-4 hari pun still lembut sesedap mulut...

memula tgk senarai bahan macam alamak..banyaknya. tapi check semuanya ada dlm stok, maka projek terus jalannn....


Ayuh check it out!

DONAT -- Resipi Asal Chef Li

Bahan-Bahan
1500 gm tepung gandum
32.5 gm yis segera
70 - 80 gm majerin
120 gm gula
1 1/2 biji telur (75 gm berat)
45 gm susu tepung
15 gm garam
15 gm voltex (bread softener)
140 gm shortening
7.5 gm baking poder
750 gm air
1 sudu makan ovalette

Cara membuat
Masukkan semua bahan kering dan ovalette dan gaul rata.
Masukkan telu dan air dan kacau sebati
Masukkan shortening dan majerin
Gaul (uli) hingga sebati
Keluarkan doh dan rehatkan 5 minit
Canaikan setebal 1- 1.5 cm dan potong ngan pemotong donat
Letak doh atas taburan tepung
Biarkan doh naik dua kali ganda
Gorengkan dan sejukkan kan
salutkan ngan gula kastor

Donat ni lebih lembut dan lebih gebu daripada donat biasa kerana telah ditambah dengan pelbagai bahan
Kelembutan tahan hingga keesokkannya.
Tempoh pemeraman mesti mengikut masa yang diberi untuk menjami mutu
Goreng ngan api sederhana supaya masak sempurna

Mendingin bekukan donat
Goreng sehingga masak putih kekuningan.
sebelum bungkus.. bekukan donat supaya bentuk asalnya kekal.



Saturday, November 13, 2010

Dah lama tak makan pizza.

seingat aku sejak balik tahun lps baru sekali pegi pizza hut.
nak pulak terkena time tu budak buat pizza tu demam, terus pizza yg aku dapat tu langsung out! terus membuat perbandingan rambang, sedapnya pizza halal di uk jauh panggil tak dengar dgn pizza malaysia. buat pizza mcm tokey cheese tu bapak mertua dia jer...

tetiba semalam ada orang termengidam nak makan pija. ah layankan ajer...orang mengidam ni bukan boleh di tahan-tahan... :))

kali ni oklah kualitasnya...tak keras mcm hari tu..


tapi aku rasa mcm dia main campak2 jer segala macam tak ikut std. dah tak balance. nasib baik pemakannya berdua jer, kalau idak mesti bergaduh berebut portion mana yang lebih mewah.


okbye!

Thursday, November 11, 2010

eh eh..betul ker??

fuhh bangga babe, tak penah terpikir nak belajar buat benda alah ni, sbb takde la suka benar makannya...

kerja2 membina puff ni berlaku masa balik cuti hari tu. sebenarnya kakak terkasih aku tu dah pegi belajar buat puff ni. maka bila aku balik tu, aku memaksa beliau menurunkan ilmunya. hasilnya beginilah...



oyehh kejayaan..kejayaan..!


chik kata aku beli cream puff ni kat wakaf che yeh. hah, nampak sgt dia nak memuji puff aku sebenarnya. tapi aku paham, sbg adik yg sentiasa berlagak sombong dgn aku, aku sentiasa ambik kejian dia sebagai pujian..bahahahaha


edisi kedua aku buat last week. tp fillingnya bukan lg custard tp aku bantai boh cream cheese. wahh suntikan mewah di situ! kahkahkah
*sedap jugak, at least bg aku la yg mmg obses dgn cheese.


hah ni dia rupanya!



sebenarnya cheese tu utk topping red velvet cake yg aku buat hari sblm balik kb tu. tp naiknya tak cantik. maka kek itu ku bawak balik kg dan topping cheesenya ku humban dlm peti dulu untuk percubaan kali ke dua nnti (sampai skg blom smpai seru nak bervelvet cake lagi..ohmalas!)


*red velvet cake yg tak jadi Oooo.....mana gambar kau??

oh ini dia...







overbeaten! heheh..


rasa sudah ada cuma rupa tak semenggah...emmm....bila ohrajin! nak kembali neh??

nnti hasilnya biarlah jadi sebegini..


yumm..yummm! cream cheese frosting..aduhh nyaman sungguh tekak..





ah laparnya tgk nasi belauk ni..antara kerinduan kg halaman.. :(



pemulangan ke kg halaman kali ini juga membuatkan ku berjaya mendapatkan ini! huh kecoh, dapat beli pengukus pun nak heboh..bahahha



lps ni bolehla mak bersteam dgn pelbagai masakan..cehkonon!


okbye!

pergilah sayang..

bukan saya tak kasihkan kamu, tapi realitinya kamu kurang sekufu dengan yang lain. walau kamu amat baik pembuatannya, amat tinggi nilainya, kamu kelihatan sangat kekok bersama mereka. telah cuba pertahankan kamu, tapi desakan demi desakan tak mampu saya tepis.

kerna itulah kamu harus saya lepaskan..


sekejap ada..


sekejap tadak!

Selamat tinggal meja makan obesi...


wahh sungguh bergaya kamu di tempat baru..kelihatan kacak bersama teman2 seangkatan.
berbahgialah meja makan obesi di rumah baru kamu..







oh ini bukan adegan menunjuk meja makan baru (ngeeee....). ini aksi kanak2 ceria bersama masakan ayahnya pada satu malam.


err..dah terlanjur enterprem kan, terima kasih pada penghadiah coaster Laura Ashley yg cun itu. Uda dan Mak Uda emiralisa bagi, adiah balik bercuti. sbbkan table runner blom ada, maka coaster pun aci jadi table runner..ahaha


**mana nak cr table runner yang panjang lagi menawan?

Saturday, November 6, 2010

Kebanggaan ini.

Anak abis belaja tadika macam abis phd..heheh

dulu aku tak merasa pun pakai jubah kecik pastu pegang sijil 'TAHNIAH' sambil ditonton oleh kesayangan2 sekalian. bukan nk salahkn mak ayah tak hntr pegi Tadika Sepohon Kayu Daunnya Rimbun (tak igt nama tadika tu tp igt lagu yg smpat aku belajar kat situ), tapi salahkan diri sendiri sbb berlagak pandai, taknak pegi tadika lg lps dua hari belajar lagu tersebut di atas...


tak boleh nak ulas panjang tragedi taknak pegi tadika sbb aku tak ingat banyak pun. nak buat pengakuan ikhlas, memori masa kecik2 tinggal 20% jer dlm kotak simpanan otak aku skg ni. kalau org lain boleh igt segala mak nenek kejadian, aku takde. ada tp nipis sangat..


nak cerita pasal anak teruna aku yg tetiba jer dah grad sekolah tadika. owhh...cepat sungguh masa berlalu...tetiba aku ada anak yg tahun depan dh kena pegi skolah kerjaan sambil mengendong beg yg berat...


ni kejadian jumaat minggu2 lps..

ada ke patut setat pukul 7? korang tak semayang tp pikir la psl org2 yg semayang ni wehh..
katanya graduation akan setat pukul 7.15. emir dah dihantar awal2 lg utk buat preparation segala...igtnya emakayah bolehlah bersenang lenang lambat sikit, rupanya lepas hantar anak, ayah call suh siap segera sbb majlis graduation dah nak setat. takut nanti emir tak nampak emakayah, sedih plak perasaannya.

nasib baik time tu maghrib sangat awal. dan sangat terkocoh kacah jugakla menyiapkan diri. tapi sangat cess jugak bila sampai sana dlm 7.30 majlis blom pun mula lg..haihh! aku patut dah agak ~ biasalah tuuuuu...........


panggung pun blom penuh lagi..


adik yang dr mula masuk dewan sampai lah abis, asiknya ~ mana abang...nak abang....mana abang..nak abang....adehh!


last2 ayah terpaksa bawak backstage, jumpa abang mulut merah pakai lipstik...heheh


steady sungguh anak mumy...ramai jugak yg nmpknya tersasar dr point yg dh ditanda, ada yg terawal, ada yg terlambat, tp emir betul2 pada point tu, tunduk hormat..cayalah!





nyanyian lagu sekolah.



yeayy!!! dah abis belajar..boleh cari keja gaji banyak2 pastu kawen....
**wahh berangan! baru abis tadika dikk!!


tiba tang show...masing2 tak sabar nak tgk anak..mak ayah atuk nenek pakcik makcik semua angkut..

Modern Dance.

tetiba baju leh terkeluar la plak...haihh...mmm.. si sangat kurus yg berbaju besar, sekejapan je lompat sana lompat sini, belt pun tak dpt nk membantu..huhuu...
*nasib baik tak ilang focus..heheh



ni plak dikir barat ~ mari adik mari abang...mari sama kasih sayang..

nak upload video mcm berjanggut nk tunggu. putus asa!

**mcm tak pecaya anak aku yg pemalu tu boleh buat semua2 tu..(mode terharu..)



ini show budak2 3 tahun. sgt comel dan kiutmiut!

sebenarnya mlm tu shownya banyak, mcm2 semuanya comel2 geram...tp xdak mood nak amik gamba ngan kamera kokak ni...(ok..ok..tak kokak..sayang kamooo...)



biasalah, dah abis drama, semua pelakon pun keluar...


sesi bergambar ngan props..hehe

pun gamba menyakitkan ati..mmm mak redho!


ok masanya untuk makannn! lapar wehh, tak sempat makan berkejaran menonton konsert..hahah



congrats sayang! emakayah betul2 bangga dengan kamu..

alhamdulillah dengan apa yang emir tunjukkan setakat ni...insyaAllah emakayah akan teruskan yg terbaik utk abang dan adik-adik..(opsss..adik2?? bahahha..)

okbye!