Sunday, October 14, 2012

Cara mudah meng-ganache-kan kek.

Happy weekend ibuk2 sekalian. Apa projek hari ni?
Aku hari ni bertapa kat rumah je. Smlm dh keluar bawak anak2 berpeleseran. Lagi pulak ada kek yg nk kena siapkan. Esok org nak ambik.

Hari ni aku nak share kekdah coating kek dgn ganache yang paling senang.
Ada kawan2 dok msg aku kat fb tnya cemana nak curah ganache cantik2 pastu tak sememeh meh?
Ok. Biasanya kek tu kita letak atas redai kan. Pas dah siram ganache dah keras stabil baru alihkan ke cake board. Dulu aku pun buat camtu. Hasil dia mmg elok cantik tak comot. Cuma agak susah sikit part nak alihkan kek dr redai ke board. Kena bijak dan pantas. Silap perhitungan kek ko terpatah dua nanti. Menangislah kauu disitu.

Skg ni aku dh jumpa kekdah yg lebih bijak. Aku tak pasti kot dah ada yg guna kekdah cara ni. Idea ni tetiba je muncul dalam kepala ms aku dok terkial2 nak alihkan kek dari redai ke board. Punyalah mencabar.

Caranya ko letak plastik sekeliling kek tu. Belek setiap sisi kek, selitkan plastik bwh dia. Tak kesah apa2 plastik pun. Aku pakai plastik bungkus lauk tu potong bawah bukak dan selit.
Kendian barulah ko sapu cream curah coklat segala. Jgn lupa alas ngan sokkabar bawah turntable tu. Kiranya ganache tu akan mengalir turun ke bawah kena plastik seterusnya ke sokkabar. Membazirlah jugak cara ni. Kalau pakai redai tu alas bwh ngan dulang kan. So ganache yg mengalir turun tu boleh pakai balik. Tapi kalau aku mmg takkan kaut balik lah. Koserrr.

Dah agak2 kering dan keras coklatnya barulah tarik keluar palstik tu. Pelan2 je. Lemah lembut gitu. Xyah nak mengganas sgt. Kang tak cantik kek ko salahkan aku plak.
Ok tu je perkongsian kasih sayang kali ni.



Esok2 rajin kalu aku cerita cemana aku buat choc ganache dgn cara pemalas.
Selamat bereksperiment!









 


 


 


 

2 comments:

NURUL HIDAYAH said...

akak...bagus tips ni :) tq kongsi...suka sgt!

NinaDiana said...

sama-sama...silalah mencuba ya :)