Sunday, October 14, 2012

Resepi : Jom buat chocolate ganache

Seperti yg dijanjikan. Bukan janji dicapati. Janji nak cite buat ganache cara pemalas. Haha. Aku ni kalau blh semua nak senang.
Tak payah tunggu esok2 sbb aku terlebih rajin hari ni.
Sementara tunggu umar berjaya tidokan diri sendiri ni (dia tdo sendiri sbb aku cuma perlu ada kat sebelah je maka sambil tunggu dia lyn mood tdo mari kita update blog haha mak kejam tak popok2 anak.)
Meh sini aku cite ngan korang cemana nak buat choc ganache.
Resepi ikut suka korang lah nak pakai yg mana. Asal ada cooking choc+whipping cream(dairy eh bukan non dairy) pastu aku tambah sikit golden syrup utk efek kekilatan. Xde pun xpe. Ada org tambah butter sikit.
Biasa kita double boilkan dulu wc. Pastu dh panas baru masukkan cokelat segala. Tutup api kacau2 sampai licin.
Tapi sebagai yg sangat rajin, cara aku lebih ringkas.
Cokelat biasa org potong kecik2 aku humban je seketul2 dalam mangkuk. Pastu campur terus wc. Masuk golden syrup. Sumbat dlm microwave 2menet.
Keluar kacau2 sampai licin. Kalau tak licin gak, aku tapis. Siapp!! Dah sejuk sikit baru tuang atas kek. Yg lebih2 simpan. Esok2 nak pakai boleh masuk microwave balik. 
See, senang kan!
Sekian perkongsian kasih sayang untuk hari ini.
Selamat berexperiment!
**o yess!! Umar dah selamattt. Aku nak turun siapkan carrotcake le pulek.
Tata.

1 comment:

Alin Marlini said...

ringkas dan cepat ek..