Sunday, October 28, 2012

Bokitta lagiiiii

Oleh kerana skg ni bokitta dh jd tudung rasmi aku utk acara berpeleseran maka rasanya dh sampai masa aku buat penambahan stok.
Setakat ni baru ada 3 lai je pun. Dah tu memula mcm tak berapa nk bes. Bila aku dh ubah sikit teknik pakai tetiba dah sangat bes pulak. Sebabnya sgt mudah bg aku. Pengganti tudung awning sbb aku paling menyampah pakai sbb menjadikan aku nmpak sangat dewasa. xnak mengaku tua lettew.

Aku suka shawl. Tapi agak2 acara ringan tu aku prefer bokitta je. Malas nak belek cermin lelama. Plus aku bukan byk sgt masa. Nak siapkan askar2 kombat sedia susu segala bagai dah byk makan masa aku. So bila ada bokitta jimat sikit kan.

Otw balik kg ritu sempat singgah butik dorang. Memang menggila tapi disebabkan aku kejar masa dan byk kaler dah abis untuk basic lines maka dapat seketul je. Sobs. Aku suka basic lines sbb plain. Senang nak match. Cuma material lain sikit dr yg aku beli dulu. Tapi ok je pun. RM39 ngan RM79 opkos ada beza kan.

Basic ni kalau ko beli min 30pcs harga RM25 je. Murah gile. Kalau 30 tu lain2 kaler mmg aku sapu je semua. Tapi sayangnya kaler adalah xbyk. 7 je kot.
Eh yg aku beria promot ni pehal??
Bahahaha...takpelah. Benda yg aku suka apa salahnya kasi up kan! Errr.....takde special price utk iols kerrr??

Sebenarnya 2 hr before aku dh order on9. Kaler navy, brown n grey. Time tu still ada stock. Tetiba masa nak bayar, baru terpikir aku nak balik kg lalu situ jugak. Why not singgah jap. Jimat duit pos 7hengget. Dasaarrrr. Tetiba nak berjimat kan.

Sekali hambek kau. Segala kaler dah abis. Tinggal brown seketul. Pastu putih n cream je. Pejadah aku nak pakai tudung putih kan. So redho jelah dpt selai. Sobs lagi sekali.

printed pun ada gak yg menawan. Tapi harga RM89 takde less adalah aku kemut utk selai tudung. So tunggu sale ujung tahun kalau ada.
Wahhh....tahniahlah untuk aku kerana berjaya menahan godaan nafsu. :))
*bangga dengan diri sendiri yg semakin bijak dan berhemah ini. Hahahahaa puiii....



5 comments:

Nur Hartini said...

Assalam. ..beli kat mana dpt harga murah tu...

Nur Hartini said...

Assalam. .beli kat mana?

NinaDiana said...

Wsalam Nur Hartini..
Dulu butik bokitta kat depan zoo negara.
Skg dah xde pindah area setiawangsa sana.
Tp main distributor utk bokitta skg mak nelopa kan. Warehouse kat ttdi. Rasanya dorg xambik plain basic ni kot. Sbb xde nmpak dah. Syg sbb basic ni best. Murah pun murah. Now banyak yg printed. Material pun chiffon. Dulu punya collection byk cotton. Pakai pun nampak more to casual.
Skg sy beli jugak. Tambah collection walaupun ssh nk dpt yg cotton. Bokitta memang best :)

my valorem said...

Salam,

Kami sedang membuat Year End Warehouse Sale. Sila layari www.myvalorem.com untuk melihat koleksi bokitta pada harga yang menarik. Beli lebih 2pcs, dapat extra discount..Jom ramai-ramai visit www.myvalorem.com

Terima Kasih
www.myvalorem.com

gha said...

Assalam..
cmner nak masuk myvalorem ni yer?sbb bla taip urlnye yang kuar ialah promo tuk buat laman web sendiri.....