Sunday, January 6, 2013

Percutian Keluarga: Terengganu Part 3

ok sambungan percutian keluarga ke teganu. kuang kuang kuang.
lama gila dah kot. hahaha

tak kesahlah. asalkan setel cerita ni. 

lps check out dr resort yg 'gila best' tu, kitaorang terus zass ke KT. otw tu sempat singgah warung aziz satar. rasanya semorang yg pernah ke sana familiar dengan tempat ni. kiranya antara yg terhot la kat kemaman tu. letaknya berdekatan dengan pantai teluk mok nik. kalau korang nak rasa satar, otak2 teganu yg pakai ikan sekor2, kepok lekor, segala goreng gorengan seafood, eloklah cari kedai ni. ikan udang sotong goreng tepung semuanya terbaekkk.

tapi disebabkan perut semua orang masih lagi ketat, maka kaum bapak je yg turun. tapau makan dlm keta.


*gamba ni aku curi kat gugel. terima kasih


satu lagi tempat yg wajib singgah kalau korang ke kemaman/bandar chukai adalah kedai kopi Hai Peng. ini khas utk penggila kopi la. bukan aku.



kemain ramai umat manusia. padahal masa tu dah pukul 2 lebih kot. maka tapau je lah yg termampu. kempunan roti bakar iols. sob sob. lagipun parking sikit punya susah. sebabnya kedai ni betul2 kat traffic light. so kalau korang nak ke sana kena parking kat parking lot seberang jalan. dan nak ke parking tu pun agak mencabar dikala waktu sibuk pandai2lah korang. haha




ha kau. canggih tak canggih la kan. kedai kopi ke cool blog neh. haha.
aku memang tak minum kopi. sedut sikit ciklel punya. makaihhh pahit giler! euawwww....no no no. me not like!
dorang semua borong kopi uncang segalalah. aku adalah tak heran.


sampai KT dalam pukul 4. pekena nasi ayam hainan kat food court Batu Buruk sebelum check in. pun kemain ramai manusia. tah mana dtg semua manusia ni pun aku heran. maka kitaorang di divert ke belah belakang yg mana berkolaborasi dengan kedai tersebut. kat situ lebih tenang sebab kitaorang je takde org lain.




cubaan berbaik2 ngan makngah.

kitaorang stay di Sumai Suite Apartment. sebelah Primula. area Batu Buruk. harga jauh lebih murah dr scary resort kat cherating tu. 3 bilik baru 4ratus lebih per nite.





bell boy.



indoor pool. 


esoknya pagi2 tempat pertama yg diterjah haruslah pasar payang. kalau korang berombongan banyak kereta pastikan parking kat atas. senang. seb baik ada parking bertingkat. kalau tak memang menangis cari parking musim2 cuti sekolah ni.




isi perut dulu. nasi air. all time fav.



ciklel beli kemeja batik cotton. aku pun tak paham mamat ni. balik kb takde plak nak beli batik ke hapa. pegi teganu kemain lagi. padahal kb boleh dapat lagi murah kot.



eh tu je gamba kat pasar payang. haha. bizi la kekdahnya. bizi mengejar hero kecik. ko tgk dia punya tak senang duduk. bila lepaskan memang boleh pitam nak mengejar. 

lepas rabak poket2 ahli rombongan (aku tak. sebab aku beli tudung bawal eskrim paddlepop selai RM13 je), kitaorang gerak ke Pantai Teluk Ketapang. pekena seafood goreng gorengan. yeahaaaa!!
inilah yg iols tunggu2.


selain benda2 goreng tepung ni, ada jugak masakan panas. yg mana adalah harammmmm tak sedap. cissss menyesal.



ikan. ok sedap.


sotong. ok sedap

udang. takde gamba. aku tak makan udang tapi nmpk macam ok la kot.

kopok lekor. takde gamba. ok sedap



kueytiaw. puii tak sedap! 


dan lain2 menu yg dorang order semua hampeh. dah la mahal. tapi memang harga makanan kat teganu ni bapak punya mahal sekarang. padahal sumber senang je kot. tah la. nak cepat kaya semorang.


lepas mentekedarah, acara lepak2 tepi pantai. layan budak2 main lelayang. angin kat sini kemain kuat. kalau nak banding ngan angin pantai melaka memang jauhhhhh la.

setakat nak naikkan lelayang ciput tu takdehal lah. kalau kat melaka jenuh berhempas pulas. tu pun tak naik2. haha

 















family maklang. semua hero.




kakak2 ipar iolls yg happening.





dah dah jom balik jom balik.


otw balik ke hotel, singgal masjid kristal. tapi tak masuk sebab dah malam. budak2 pun dah penat. kitaorang stay kat KT 2 mlm. sebelum balik sempat borong kopok lekor kat losong. rugi plak rasanya tak ke bukit tok beng. BTB 2209.


tak puas sebenarnya cuti kali ni. tak banyak aktiviti yg sempat buat. sebab rushing balik untuk kenduri kawen anak buah mak pulak. tapi oklah. dari takde pegi mana2 tu kan. 

dan sebelah aku pulak, family kb datang melaka. sebab ada kenduri akikah anak adik aku kat nilai. yg tu kita cerita kendian ya (bila tahun aku tak pasti. haha) 

ok, harap2 this year dapat plan tempat yg lagi best. aku nak pegi pulau sebenarnya tapi budak2 ramai tau2 jelah. susah nak handle nnti. esok snorkeling ke mana anak ke mana. huhu




No comments: