Sunday, September 21, 2014

Percutian Pendek : Redang Day 1

Plan nak ke redang ni sebenarnya dh lama. Asiklah tertangguh sbb budak2 kecik lagi.
Dulu masa program dgn maktab aku dh janji dgn diri sendiri. Redang, ko tunggu aku dtg! 

Oleh kerana trip ke hongkong bulan 5 hr tu terpaksa dikenselkan, so ciklel dh janji nak replace dgn percutian ke pulau. Anak2 aku mmg hantu air. Gila snorkeling. Ni emir dah sound nak belajar diving plak. Amboi anak.

Mcm biasa urusan survey menyervey ni ditugaskan untuk aku lah. Memandangkan ciklel bukan jenis orang travel2 ni maka aku kenalah galas tugas yg mencabar ni. Kenapa mencabar? 
Sbb semua keputusan still kena cop mohor boss besar dulu. Sbb ciklel ni byk nau concern dia. Lagi2 nak pegi pulau bagai.

Sbnrnya dh lama set dlm kepala otak aku, kalau nak ke redang mesti stay laguna. Dulu time pegi ngan rombongan maktab, island tracking sampai je laguna terus terkagum2 melopong mulut semorang. Cantik gile okeh.

Survey punya survey sampai pening kepala haku. Dah la nak dpt date punya susah. Pastu nak decide package satu hal. 
Masa tu ada tanya beberapa travel agent jugak. Resultnya harga package sama je sbb apa2 pun dorang kena comply ngan resort. So xde beza. Xde la lagi murah ke lagi mahal. Cuma dgn agent diaorang akan tambah service charge around RM150.
Bagi aku baik direct terus ngan resort. Jimat seratus setengah kan.

Semorang yg dh penah pegi redang mesti tahu laguna ni the best la. maksud aku the best dlm rate yg masih lagi mampu. Nak yg lagi best mestilah The Taaras. Private beach. Private location. Semualah private. Tp harga tak tercapai akal lagi kot. Kalau berlima dh kira boleh pegi Korea dah pun. Kalau takat aku ngan ciklel nak hanimun sweet2, insyaAllah boleh lagi. (Ada hati kah kah)

Tapi kan survey punya survey at the end tak jadi stay laguna. Kitaorg decide dok Redang Beach Resort. Sebelah je pun. 
kenapa last minute decide nak tukar?
Sbb harga beza bnyk kot. laguna around RM2700 utk 2adult 2kids. Umar xkira. Redang Beach baru RM1700. Seribu pah oi!!

Kali ni urusan membooking aku serah kat ciklel. Dia call, dia buat payment etc. tugas aku cuma survey utk deal yg paling ok.

Selasa hr Malaysia tu pagi2 gerak dr Melaka.



Sampai dalam 3.30, terus ke Pantai Batu Rakit. Pekena gorengan tepung dulu.
Tapi choyyyy terkena kedai yg tak sedap. Malang sungguh. 
Nasib la. Sebenarnya nak ke kedai depannya. Tp orang ramainya ya ampunnn.
Malas nak beratur, masuk je kedai satu ni. Hurmmm...patutla tak ramai.



Tp sekejapan lps tu kedai ni pun penuh gak. Maybe sbb limpahan dr kedai ramai tadi.
Ikan fresh je. Tp liat sbb dia panaskan balik. Alasan, tak dan nak masak sekaligus.
Sotong pun dh siap2 potong. Sepinggan sepuluh hinggit adalah dlm 7-8 hiris kot.
Ooo....Takpelah makcik. Lain kali tak dah. Achik xjaga kualiti. Harapkan harga je mahal. 
Mmg pakej la tu.



First time singgah beli roti paung ni. Fuhhh memang terbaik lah.
Panas lembut je. Mcm kunyah kapas. 
Emir boleh habiskan sepaung ni sorang. Dia punya yg plain je. 
Aku ngan ciklel share inti kaya. Ishh memang sedaplah.
Teringat2 lagi ni. Kenapala melaka takde jual mcm ni. Kalau ada confirm hari2 muka aku tercongok dpn kedai. Nak membuatnya boleh je, cuma tetiap hari nak meroti kim salam la. Mokcik bukannya rajin nau.

Mlm tu transit di YT Hotel. Sbb dekat sangat ngan jeti dan area situ senang cari makan.


Pic google.


booking thru booking.com dpt harga RM109 skali bfast.
Bilik dia oklah. Selesa utk 5beranak. Siap fridge lagi. 

Esoknya pepagi dah tercongok di Jeti Syahbandar. Parking sebelah jeti tu je.
Senang. Parking space besar. So tak risau. Dan insyaAllah selamat...





Sementara tunggu ciklel claim tiket feri.
Oleh kerana kita ambik pakej, dah termasuk dgn tiket feri segala, so bila sampai jeti terus je ke kaunter resort utk ambik tiket dan boarding pass. 



Jadual feri mmg stated 9.00. Tp bila dh fully loaded dia terus jalan. Feri aku ritu 8.15 dah boleh masuk, 8.45 jalan. 
So make sure korang dtg awal. 



Dalam feri tak dpt tido pun. Melayankan panglima ni yg membuas ya ampunnn.
Ayah mmg dh surrender awal2. Dah la mabuk, nak layankan dia ni lagi mmg tak aa..
Beribu soalan dia tak berenti. Dgn aku2 skali boleh mabuk. Dia rilek je.  



Hari tu ombak kuat. Patutla ciklel mabuk. Hahaa
Sian bang sado aye.




Dah sampai. Time ni excited sgt sbb tgk laut subhanallah cantiknya...


Jgn risau bwk luggage berat sbb each resort ada sediakan shuttle. 


Sementara tunggu ayah check in, marilah anak2, kita buat apa yg patut

 

Nak dara mak yg snap. Bagus. dh boleh harap dah..haha










Orang mabuk...







Anak sapa la ni suka nau celpi ngan monopod kosong.



Dah puas celpi, jadi tongkat lak.

Ni masa briefing.
English version ada 5 family je. Melayu 2 family termasuk kitaorg. 
Yg lain semua kaum dia. Kat sebelah edisi bahasa cino totok dr Tanah China. Kemain ramai. Sampai confused ni tanah Malaya ke Tanah China?




Dah setel masuk barang dlm bilik, kita isi perut dulu. Lupa nak snap bilik.
Tapi bilik dia takdelah besar mana. Muat satu katil double, satu super single ngan satu extra matress. Aku rasa lagi besar bilik kat YT Hotel. Hurmmm....mcm tak berbaloi ngan harga. Katanya second best after Laguna tp tak memenuhi expectation aku. Tapi takpelah. Bukan nak dok memerap dlm bilik pun kan. So pasghah jelah pasal bilik.



Makan pun so-so je. Byk dan varieties. Tp xde lauk yg pedas. Semua menu jenis2 masakan dorang. 
Yalah, kaum dia je pun yg ramai kan. Tp ada disediakan sambal belacan. Okla dr takde.
2nd day punya lunch ok skit sbb ada kari ikan. Rasalah pedas2 sikit. Kalau tak, hurmmm...


Pool ada. Tp kecik sgt. Lagipun takde org layan pool pun kat sini. 



Jalan2 melawat kawasan.
Depan Laguna. 
Redang Beach ni betul2 sebelah Laguna. 



Amboi poyo sngat ni mokcik semah oi.




Hujung sana tu Redang Reef. 



Auwww!



Tak dpt stay sini, singgah posing jadilah khennn.



Ah tgk jelah gamba2 ni..














Jom ngintai redang reef lak. Kena naik jambatan kayu ni. So kalau korang stay sini, agak seksa jugakla nak mengangkut luggage. Kecuali lite travel. 



Kat redang reef ada jual roti kering utk ikan. Laguna n redang beach tadek.
So kalau korang xbawak bekalan roti utk adegan bermesra ngan ikan, kena beli kat sini. Sebungkus duahengget je. Boleh tahan byk. Kitaorg beli lima ke nam pack. Puas ati.



Petang tu dh boleh ambik segala equipment utk snorkeling.
Life jacket+goggle RM30. Sewa utk sepanjang ko kat sana. 
Umar ngan icha ambik life jacket je. Snorkeling gear xde saiz budak. Icha pun terpaksa beli.
Nasib laguna punya kedai ada jual kids punya. 

Balik bilik setelkan solat dulu then marilah kita mulakan aktiviti.
Petang tu sbnrnya ada snorkeling trip open sea. Tapi kitaorg xikut sbb ciklel taknak. Tak berani nak bwk budak.
Maka bercanda di area pantai jelah.






Oleh sebab pantai depan resort agak berombak ptg tu, terpaksa ke redang reef sbb area situ lebih tenang. Kata beachboy, hari kitaorg sampai tu adlh hari kedua laut berombak kuat. Makanya dah dua hari bendera merah naik. Patutnya xde aktiviti air langsung dibenarkan. Tp mana boleh tahan. Ko dah sampai jejauh takkan nak tgk je kan. Nasib baik depan redang reef ok. Ikan pun boleh tahan banyak. Tabur roti je berduyun datang. 












Yg blur2 tak semenggah ni semua dr tepon ciklel. Ahhahaa. Sbbnya snap pic dr waterproof case. Lupa nak keluarkan. 







Malam lps dinner, jejalan amik angin jap. 
Masa tu dh penat giler. Badan pun dah rasa hoyong hayang. Mana taknya, dr datang siang td feri pun boleh tahan goyangnya, pastu sambung ngan snorkeling berjam2, maunya tak mabuk.
Balik bilik, zasss pengsan!

Tinggal dia ni je yang tak penat2..





Ok, bersambung nnti utk day 2 yeah.

Tata!


































2 comments:

Makcik Anak 3 said...

ya allah...seronok nyer.....seronok sgt weyy...huhuuuu...nak g jugak...huhuuuu..... anak anak dah besar...senang kan nak berselpie selpie hahhaaa..

NinaDiana said...

Pegila awakkk...tp kena tunggu anak dh besar skit baru best :)