Friday, December 16, 2011

Wishlist 2012

keterujaan menyambut 2012 tak lengkap kalau takde angan2 matjenin
banyak cerita tertangguh. tapi izinkan akak up yang ini dulu.
sebab berangan sememangnya hobi
bab2 nak list barang toksah risau
akak memang terer. terbaekk.



pertama :
dryer.





dah diluluskan oleh barisan kabinet. tunggu gaji naik katanya. yeayyy!!! 
tulah, dulu vodo sombong. masa kat uk dulu xmo beli wat balik kononnya takut letrik melambung. sekarang meraban penat nak menyidai. hiks


kedua:


yang ni rasanya list paling bawah dan akan sentiasa terkebawah. sebab ms.wood tu pun dah sgt bes takde cacatcelanya. tapi takpelah. akak bahagia asalkan dah masuk dalam senarai. ada rezeki lebih, nak adiahkan diri sendiri. :))


dah. tu je dulu.

Tuesday, December 6, 2011

Disember lagi.

Hey!!
It's Dec 4

me now turns 32.
ohOoooo.....
tiga-puluh-dua wehh!






terima kasih semua kesayangan.


tahun ni agak spesel. 
ada keluarga utm bersama. agak terharu walaupun perancangan sebenar lain benar sasarannya.
yang penting mereka sanggup dari jauh. membujang sekejap. 



berbelas tahun banyak bezanya, tapi yg penting masing2 masih kekal gile! hahhahaha




dan saya selepas 32 tahun....


semoga yang baik2 kekal bersama kami...insyaAllah

Friday, November 18, 2011

Puding Roti Berkeju paling sedap. cewahh!

puding roti paling sedap penah aku buat. har har har
siyes babe!
mungkin sebab aku ni puanpenggilacheese maka terjatuh cinta pada makanan ini.
kalau dulu jangan harap tekak nak terima puding2 segala ni. 

segala rasa pun ada.
lemak manis bercoklat. perghhh terbaekk!

cuma satu je masalahnya...
cemana nak mencapai berat idaman ni woii!!! 

resepi dari kongsiresepi. pastu jenjalan dapur kakita masam manis pun penah buat puding ni. tp versi beliau melibatkan double cream. aduhh pasti lebih enak...

kengkawan yang tak berapa nak rajin tapi teringin nak rajin, boleh lah try resepi ni. sangat enak dimakan panas dan juga dalam kedinginan..dan paling penting sene bedo'oh.


choc chip yang mencair di situ. pehal tah tang situ je.



potong kecik2, masuk dalam fridge, 
sila nikmati keesokan harinya...

Sumber : kongsiresepi

8 keping roti
1 tin susu cair
3 sudu besar gula pasir
2 sudu besar mentega
3 sudu besar cream cheese (boleh ganti ngan keju parut atau slice)
1 sudu besar tepung jagung
3 sudu besar choc chip

utk sos:

200 gm coklat masakan- potong kecil2
1/4 cawan susu cair
1 sudu mentega

cara:

koyak2 roti kecil2
masukkan dlm bekas
masukkan 3/4 tin susu dalam roti
biar mengembang 1/2 jam

campurkan mentega, cheese dan gula...
lenyek2kan dan adun rata
campurkan baki 1/4 tin susu
sebatikan
(dia jd ketul2 skit)
masukkan ke dalam adunan roti td
campur tepung jagung + coklat chip
gaul rata

alas loyang ngan kertas minyak
masukkan adunan
bakar selama 30-40 minit
30 mnt pertama api bwh
10 mnt lg api atas bwh

utk sos: - saya xbuat sos sebab dah cukup manisnya dan rasa coklatnya.

campur semua bahan
didihkan secara double boiled sampai coklat larut

*mungkin akan nampak mentega
dan cream cheese jd ketul2 kecil,
biarkan je, nti mentega akan larut masa bakar..
cream cheese lak x larut pun x pe, lebih yummy!

kalau guna slice, koyak2an kecil2




**eh tgk balik resepi ni baru perasan tepung jagung lupa nak letak.....tapi sedap je jugak..hahahah


Monday, November 14, 2011

Carrot Cake

sedap jugak kek carrot ni rupanya.
dulu sombong tak layan. 
eh tetiba cam jatuh cinta lak.
cari resepi, godek esbox
semua ada, jalan!

terimas pada tuan punya resepi dari iluvislam. 

menjadi dan enak. 

resepi utk rujukan masa hadapan:


Bahan Kek 

1 1/4 cwn minyak jagung (minyak masak pun boleh)
4 biji telur
120 gm gula castor
120 gm gula perang
100 gm walnut cincang (any nuts pun boleh) - saya guna badam
1 cawan kismis kuning (boleh ganti dengan nenas kiub, prune, any sour lah) - saya letak plum
1 1/2 cawan carrot yang disagat
250 gm tepung** (highly recommended - high protein flour) - saya pakai high protein
1 sudu kecil baking soda**
1/4 sudu kecil serbuk kulit kayu manis** - saya tak letak
1/4 sudu kecil garam

Bahan Topping250 gm cream cheese
100 gm butter
100 gm gula icing
sedikit perahan lemon - ikut suka

Penyediaan Kek
  1. pukul telur sehingga kembang. masukkan minyak, gula castor dan perang, sebatikan - tak perlu sampai gula hancur.
  2. masukkan walnuts, kismis, carrot, sebatikan.
  3. masukkan bhn bertanda ** (yang telah diayak), garam, ke dalam adunan no 2. Guna spatula(sudu) plastik atau kayu untuk kaup-balikkan adunan. hati-hati, jangan kotorkan tempat! hehe.
  4. masukkan dalam loyang berukuran 9 inch yang telah disapukan mentega/dialas kertas minyak.
  5. bakar selama 45 minit pada suhu 180C. check kek guna garfu untuk tahu sudah masak atau belum. Bila dh masak, sejukkan di luar oven.

Penyediaan Topping
  • masukkan semua bhn dlm blender/mixer.
  • bila kek dah sejuk, sapukan atas kek. Sejukkan dalam fridge baru potong untuk dihidangkan.

Sumber: syazwaniadnan @ www.iLuvislam.com

sebelum terlupa baik aku tepek link versi lain yg harus dicoba..
http://dapur-digital.blogspot.com/search/label/Cake
http://www.koleksi1001resepi.com/2010/05/best-ever-carrot-cake.html

macih ya ibuk2..

**dah beli walnut untuk edisi ke 2..tunggu ayahbonda sampai hujung minggu nnti. tak sabar!

Monday, November 7, 2011

Surat terbuka untuk suami...

kehadapan kekandaku,

bolehkah kanda membawa adinda ke sini?
rupanya begitu menusuk jiwa
oh pleaseeeeeee..............



lomantiknyeeeee.......



oh ohh ohhh...





*gulp*





baiklah mari kita merancang percutian..






baiklah, mari kita kensel! 
huehuehue




gila hapa!
tak tido kakbedah nnti
mata buntang je menahan
rugi oh.
membazir amalan syaithonnnn!! (ayat penyedap)

ermmm....
 tunggulah kakbedah jual roti 3juta bijik dulu
baru mmpu gaknya.


roti..roti...roti....
dua singgit dua singgit!!

Sunday, November 6, 2011

mood bersedih

umar melalak lain macam tadi
aku saspek dia tak cukup susu
sebab bila lama2 dia nyot je aku rasa mcm perit
macam kering jer
tapi bila test ada keluar
means that susu aku ada lagi
cuma maybe tak banyak dan tak mampu mengenyangkan

sian anak mmy
maka terpaksala 
walau hati berat
dah minum anmum lacta tapi macam kurang membantu
sorry sayang
mmy dah cuba sedaya upaya :'(


budak bulat ni hanya dapat exclusive 3 bulan je...punah harapan mak dia. sedih :'(



eh gamba ni tipu. aqeela patut lebih kecik dr umar. 
~berdua ni buahati terbaru kuarga tuk yahaya. 


dan sekali lagi ini adalah pilihan terpengaruh. 

okay, bertambah sedih! 
terima kasih anmum atas quote tersebut. 

moga esok2 umar pandai ambik sudu pakai keta ada magnet...


Hakikatnya raya aji kat kelantan jauh lebih meriahnya

ehemmm...eheemmm...
amacam??
hahhahahaha





SALAM EIDULADHA BUAT SEMUA..

Tahun ni raya aji kat melakau sajork. melepas nk tonton lembu kena kerat leher :(

Friday, October 28, 2011

Impian pencen

pencen 60?? haih terima kasih jelah...acik umur2 emas cenggitu nak dok dendiam kat rumah, takpun boring2 keliling dunia bersama insan2 tercinta. (hahah poyo). takde maknanya nak panjat tangga pat lima tingkat lagi...tercabut lutut nak??




ramai yang tanya mana aku dapat kederat, kerajinan dan kegigihan utk mengekek. anak berderet, kerja bukan surirumah. perghh rasa macam rare je kan. padahal ramai je org lain pun...hahhahaa...poyo lagi sangat!

kombinasi chocolate cake dengan cream cheese adalah sangat ke langit! 
(utk pencinta cokelat dan cheese lah opkos!)


kalau nak ikutkan hati dan mata memang lebih baik tdo je. tapi sejak dah beranak pinak ni, takde maknanya nak tido2 siang. malam pun belum tentu...
biasanya balik sekolah, mengantuk macamana pun aku takkan tidur atau sebenarnya memang tak boleh tido.



chocolate indulgence yg penuh cabaran. rasanya lepas ni dah tahu camana nak jimatkan masa siapkan kek sedap ni. dan harus praktis dgn gigih camana nak smoothkan choc ganache tu.


hobi berbaik2 dengan oven ni datangnya sejak berpeluang merantau di negara orang. aku sll terpikir kalaulah aku tak terjelepuk kat uk dulu, tah2 sampai sekarang harammm apa pun tak tahu dan tak sudi pun nak ambik tahu....






pantang menjengah kedai brg2 bakery, ada saja menda yg menarik perhatian. sikit sikit lelama segala kelengkapan utk membaking lengkap. kiranya nak buat apa2 terlintas, boleh terus jalan lah.





hasrat melanjutkan pelajaran ke sekolah kek sgt menebal (aummmm.....). tapi masih belum ada peluang. masa dan tempat. skg ni sementara menunggu peluang menimba ilmu secara formal tulah aku dok menggodek mana2 yg menarik perhatian. alhamdulillah, daripada pemerhatian, tips2, youtube, tunjukcara step by step dari blogger2 masakan yang baik hati, kiranya banyak jugak benda yang aku belajar. ada yang jadik, ada gak yang hancur..heheh, kata buah cempedak di lur pagar pagar ambil galah tolong jolokkan....


hangus. kurang lembut sebab cepat sangat keluarkan dari bm. cikbedah tak sabar. hiks


now dah tahu cemana nak setting oven sendiri. kekdah cubajaya katanya...


bila aku pos gamba2 hasil cinta aku kat fb, harapnya takde yg salah tafsir. takde niat sekelumit pun nak menunjuk riak segala. sumpah! semata mata nak share hobi dan aku pun tak sangka sikit sebanyak mempengaruhi kengkawan utk sama2 rajin bereksperiment kat dapur. 


hasil terbaru daridapurnina.
blossom sausage bun, (wah nama taknak kalah. omputesss saja)
alhamdulillah juri2 tetap memberikan markah tinggi utk percubaan kali ni.


resepi dari dapur matgebu. hasilnya roti sangat lembut, gebu dan puashati lah! cuma kena tambah tepung sikit sbb doh agak lembik.




BAHAN-BAHANNYA :-)
250 gram tepung roti (high protein flour)
50 gram gula halus @ gula kastor
1/2 camca teh garam halus
10 g susu tepung 
1/4 camca teh bread improver
1/4 camca teh bread softerner
30 g telur (pecahkan 1 biji, kacau sedikit dan timbang)
6 gram instant yeast
20 g mentega
125 ml air suam (kalau guna Breadmaker guna air biasa)
10 batang sosej "Ayamas", celur sekejap, tos dan sejukkan
Mayonnaise secukupnya
Sos cili/sos tomato, secukupnya
Mix vege secukupnya

ini utk emir. takde sos cuma paipkan mayo dan taburkan cheddar cheese. 
~roti mummy ni sedap sangat! 
~ alahai...terima kasih nak :)


CARA MEMBUATNYA :-)

  1. UNTUK DOH :- Larutkan yis dalam air suam, biar berbuih. Satukan semua bahan lain kecuali mentega, masukkan bancuhan yis dan gaul rata hingga menjadi doh. Tambah mentega dan terus menguli hingga mendapat doh yang kenyal dan anjal (kurang lebih 20 minit). Bulat2kan doh, letak dalam bekas dan balut dengan plastik bersih, biarkan 45 minit hingga naik. KAEDAH LAIN :- Satukan semua bahan2 untuk doh dalam breadmaker, pilih setting untuk "DOH" dan tekan "ON", tunggu hingga siap (selalunya BM mengambil masa 30 minit menguli dan 1 jam memerap, ikut jenis BM masing2).
  2. Keluarkan doh, tumbuk untuk membuang udara, bahagi doh kepada 10 bahagian sama besar (kurang lebih 50 g setiap satu). Ambil satu bahagian, canai memanjang, letak 1 batang sosej ayam dan bungkus, kemudian kerat kepada 8 bahagian (seperti dalam gambar).
  3. Kemudian, bentukkan seperti dalam gambar dengan menolak setiap bahagian keluar hingga keratan terakhir ditolak ketengah2 bahagian membentuk sebagai tampuk bunga. Tekan sedikit biar kelihatan kemas. Alih alam dulang pembakar yang telah disapu sedikit mentega. Jarakkan antara satu sama lain. Buat hingga siap. Perap 45 minit.
  4. Sapu dengan baki telur tadi (30 gram) rata2. Tabur mix vege, kemudian paipkan sos cili/sos tomato dan juga mayonnaise. Bakar dalam oven pada suhu 190C selama 20 - 25 minit. Sejukkan atas jaringan sebelum dihidangkan....

nak tgk kekdah memblossom, pegi sini..
http://www.tiffinbiru.com/2010/08/sosej-blossom-bun.html

thanks cikmatgebu!


doh lelebih, gentel bulat2 letak cheese ngan gula. pun sedap.. :)


alhamdulillah benda yang memulanya buat utk suka2 layan hobi akhirnya boleh jadi side income. kalau dulu boleh jer layan order weekdays tapi sejak umar ada ni, weekend jelah mampu. tapiiiiiiii.................


sebijik utk tempahan sebijik utk diri sendiri.
boleh??



untuk tekak sendiri. strawberry layered chcocolate cake. setiap layer ditabur chopped strawberry lebih order punya tapi hiasan tipu pakai cherry. haha
strawberry buttercream itu sangat yummy

InsyaAllah lepas raya aji nnti, acik akan jd cekgu kek la plak. hahahha....ada permintaan utk kelas ball cakes. doakan segalanya berjalan lancar ye!

impian pencen?? DariDapurNina. ok tak?? hahahha verangannn!


**terima kasih ciklel sbb faham dan layan kecintaan isteri....terima kasih jugak sbb sll volunteer masakkan makan malam. ;)


Monday, October 24, 2011

Cinta gila.

Heh
Kepala sakit
Lama nian tak ada cinta baru
Pengakhiran bulan tujuh yang lalu.

Termimpi2 mulberry mustard.
Ingin dipetik tapi modalnya tiada..

Haih!

Wednesday, October 19, 2011

Puding Karamel lah pulakk!

dulu2 akak paling tak gemar puding2 segala ni
benda2 lembik ni haihh tak reti nak masuk tekak
kembang semacam je

tapi sejak beberapa menjak ni
boleh la..
nak kata suka tidaklah
tapi okay lah lalu anak tekak seterusnya tidak meloyakan.

petang tadi niat dihati nak buat bun
potato ke chocolate marble ke
tapi riki2 bahan kat dapur
alahmakkk
tepung roti abis la plak
terus kensel lalu berpaling kepada projek memuding plak

dah duatiga kali la jugak terai buat puding karamel ni
tapi tak penah nya sempurna kejadian.

kali ni terjumpa lak tips
sangat berguna dan membantu
lagi plak, resepi ni guna tepung kastad ngan tepung jagung
rasa dia ok jugak
menarik





disebabkan akak guna steamer letrik, so kenalah guna bekas yg tak berapa nak besar. kukus pakai oval casserole. maka dapatlah 2 biji sebesar diatas. 



PUDING KARAMEL
6 biji telur
80 gm gula kaster
25 gm tepung kastard
15 gm tepung jagung
410 ml susu cair
410 ml air
1 camca teh vanila
80 gm gula pasir
100 ml air

Cara membuatnya
1. Pukul telur dengan gula kaster hingga gula larut.
2. Masukkan tepung kastard dan tepung jagung, kacau sebati.
3. Tuangkan susu, air dan vanila; kacau rata-rata.
4. Jerang gula dan air hingga menjadi gula hangus.
5. Tuangkan ke dalam acuan yang sudah dilengser dengan marjerin.
6. Tapiskan campuran telur ke atas gula hangus.
7. Kukus selama 35-40 minit atau hingga masak.


nak baca tips boleh tgk sini..mls acik nak copy paste.


cau cin cau!

Sunday, October 9, 2011

Petani Moden

Tengah gatal nak bercucuk tanam.
sangat2 gatal.
paling gatal nak menternak ni..








eh eh
shalah shalah
bukan ini
tapi ini







mulberry boleh idup kat malaya woii.




Tp raspberry kelihatannya lebih comel!



namun pastinya yang ini lebih menggiurkan...*gulp*





Thursday, September 15, 2011

Sambutan Hari Jadi Yang Paling Kalut


H.A.P.P.Y 
32nd 
B.I.R.T.H.D.A.Y,

chenta!



nah, ambik hadiah u tahun ni...
(selamat haku! hahahhahaa...keji!)



*memang kalut tahap kelapan. mak tak dapat nak menikmati uolls!!

Wednesday, September 14, 2011

Tuesday, September 13, 2011

Umar jumpa kawan yang sebaya tp lebih baby.

masa pergi open house wiken lps, terserempak dengan member ciklel. baby dia sebaya umar. sama tarikh lahir. sama hospital. beza cuma 4jam. umar lahir subuh. baby mamat tu lahir pukul 10 pagi. bila dia nmpk jer umar, dengan terkejut terus tnya, ni yg terbaru eh? wah, kenapa dah besar?? 

time tu dia tgh susukan bby dia. dengan berblanket, sarung tangan, sarung kaki.
dlm hati aku...
ermmm...patutlah umar nmpk lebih tua 3 bln...





**kemajuan : ketawa bunyik dan mengiring

Oreo HomeMade IceCream oh Nyamannyaaaaa......


Hari ni jom kita berujikaji dengan esbox lak. mana main dah oven2 ni...huehuehue...

bahan2:
satu tin susu cair/ 400ml fresh milk
4 sudu besar gula / 1/2 tin susu pekat (atau boleh kurangkan utk kurangkan risiko potong kaki)
2 sudu makan ovelette (ratakan sudu, jgn lebih)
sebiji telur (tak boh pun takpe)
1 sk esen vanilla (ni utk perisa basic)

agak2 korang apa barang ni?? ce teka ce teka...
padahal tajuk kemain terpampang! hahahhaaa


taraaaa.....




satukan semua bahan dalam bowl. mix sampai kembang dan berkilat.


oreo:
campurkan biskut oreo yg dah dihancurkan. boleh blend halus, ramas2 pun boleh, dengan krim2nya sekali.
aku ramas jer..biar dia kasar2 skit, lagi terasa.

kalau nak corak pelangi mcm paddlepop pun boleh..

pelangi :
bahagikan kepada beberapa bahagian, masukkan paste suka hati, pastu lapiskan satu demi satu.


pastu, bekukan. kalau masuk dlm bekas kecik2, cepatlah bekunya. kalau bekas besar ambik masa skit.
pastu nak makan, hiaslah suka hati.. :)







nak lagi mewah, taburlah kekacang ka, choc chip ka, sukahati ko lah..janji masuk tekak. nyamannnn wohh!







**pasni nak buat eskrim milo kecintaan anak2 :)


Monday, September 12, 2011

Red Velvet Si Baldu Merah

Kali ke3 kek cinta hati ni di cuba.
kek ni kena ada sebab untuk dibuat. kalau tak, sesia jer. penat lelah tidak dibayar sebab takde pemakan.


1st time cuba dulu sebab sesaja gatal. alhamdulillah jadik.
2nd time buat utk hantaran ayhngah bebudak. alhamdulillah jadik. siap topping fondant. (mana gambar oii??)


kali ni utk bday nenek bebudak kat jasin. alhamdulillah jadik jugak.

yang dua sebelum ni tah resepi dari mana akak cedok tak ingat. kali ni godek2 cari resepi lain, terjumpa kat planetmirra. step yang sangat senang nak follow. 

mengekek ni bukan apa. rajin memang rajin. rajin lah sangat nak menerai. lagi2 bila semua bahan alat senjata dah ada. cuma bila mikirkan sang pemakan yang tak berapa nak ada tu yg selalu buat akak putus angin. yang masalahnya, angin mengekek ni bukan boleh ditahan2. nak tunggu besday sesapa baru nak buat? lama sangat. mana boleh tahan!
banyak kali lah jugak beria tertonggek tonggek kat dapur tu, akhirnya byk yg jadik rejeki ciktong...bebudak ngan bapak budak ni bukan suka nau mkn kek2 ni..
lagi2 time cuti ni...kalau kerja blh gak bwk2 ke sekolah, cari2 pahala bg kengkawan ke budak2 makan..





ni 1st time buat. satu adunan dapat dua ketul besar ni. bake pakai bowl pyrex. hasilnya dah mcm igloo la plak. hahaha

red velvet keduaku takde gamba. mintak gamba dr ngah tak dapat2 lagi..sebagai kakak yg bz pada hari kejadian, haruslah tak sempat nak snappo. so tunggu jelah itu budak email gamba setahun yg lalu itu..huehuehue..



yang ni buat wiken lps. utk besday ibumertuaku yg ke 62. 

resepi kopipes dari planetmirra.



Resepi Red Velvet Cake


Bahan-bahan dan cara membuatnya:

Panaskan oven dahulu, 175 darjah celcius.

Langkah pertama ; sediakan,
250 gm tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh garam halus
2 sudu makan cocoa powder
-ayak sekali dalam satu bekas. Ketepikan.


Langkah kedua,
240ml susu segar dicampurkan dengan 2 sudu teh cuka. *campuran ini dipanggil buttermilk*
- perap selama 10 minit dan campurkan 2 sudu teh pewarna merah. Ketepikan.



Langkah ketiga, 
Pukul sampai kembang,
150 gm butter
100 gm gula castor
200 gm gula perang
1 sudu teh esen vanila.
-bila dah kembang, masukkan 2 biji telur satu demi satu. Pukul lagi sampai kembang. Kemudian, masukkan tepung yang dah ayak tadi (langkah pertama) berselang seli dengan bancuhan buttermilk (langkah kedua). Ketepikan.


Langkah keempat,
Campurkan dua sudu teh cuka dengan 1 sudu teh soda bikarbonat. Campuran ni akan berbuih-buih. Cepat-cepat masukkan dalam adunan kek yang diketepikan tadi. (langkah ketiga).

Langkah kelima,
Masukkan ke dalam loyang yang dan bakar selama 25-30 minit. Bila dah masak, sejukkan. Hias mengikut kreativiti anda. Untuk resepi cream cheese frosting anda boleh tgk kat blog Intan Berlian. Ada 3 jenis. Pilih lah mengikut citarasa anda.

Aku ikut yang ni;
250gm cream cheese

30gm butter

1 sudu besar esen vanilla
1 sudu besar susu segar
100gm gula ising
-satukan semua bahan dalam mangkuk, pukul hingga kembang.



sesapa yang rajin macam akak ko ni (ecehh), trylah! insyaAllah jadik.