Wednesday, June 29, 2011

Sabarlah menunggu...

Menghampiri minggu ke38. Masih menunggu alarm, siren dan sewaktu dengannya. menunggu dan menunggu dalam debaran.
sapa kata yang pertama kali jer berdebar? setiap kali pun itulah yang dirasakan. nak2 urusan ini antara hidup dan mati.
doa yang tak putus2 dipanjatkan agar selamat, sempurna dan sihat hendaknya.


baby, semuanya dah tersedia. nenek atuk pun dah ada kat sini. ayah mintak standby kot2 baby terasa nak keluar malam2 subuh hari. nnti takde siapa nak take care abang n kakak. nenektokpa minggu depan baru sampai. kalau timenya waktu sekolah, mungkin takde masalah. tapi kalau mlm? tengahmalam? pagi subuh?sekurang2nya ayah taklah kelam kabut menguruskan mmy dan anak2 nnti. semoga Allah memperkenankan doa mmy agar dipermudahkan urusan kita sayang!


check up last week berat mmy hanya naik 0.5kg. jadi sekarang 70.5kg. ermmm....memang menakjubkan! :)
kata doctor bby mungkin tak seberat kakak dan abang. mungkin juga. kalau nak ikutkan perut mmy takdelah sebesar mana. cuma majunya ke depan yg kelihatan amat menggerunkan..


minggu ni dah masuk minggu ke 3 mmy mc. apa kata kawan2 di sekolah. terpaksa masuk kelas mmy untuk ganti. kalau yg faham mungkin takde masalah. tapi yang kurang faham mungkin sedikit merungut.
tapi apakan daya, mmy betul2 tak boleh ke sekolah seperti biasa. hanya Dia yang tahu sakit yang mmy tanggung..


kalau nak diikutkan mmy kurang selesa bila atuk dan nenek ada kat sini. kurang selesa bila nenek buat segala kerja yg sepatutnya mmy setelkan dan telah diambil alih oleh ayah sekarg ni. masak, sidai kain dan lain2.
tapi mmy terpaksa redha. mmy tak mampu nak buat semua tu..dan nenek faham keadaan mmy. alhamdulillah mmy bersyukur dikurniakan mertua yang baik dan sangat menyayangi..


bby, kami semua tak sabar nak jumpa baby. kakak dan abang tak sabar nak pelukcium bby...cepat2 keluar ya sayang!

4 comments:

Mama Ardini said...

sedikit menakutkan la gambar perut ni. haha. baby boy ke?

EmirAlisa said...

hahaha. begitulah nmpknya...memang mengerikan...

OmbakBaik said...

kak..nape mc sampai 3 minggu..akak tak sehat ye??

saya doakan akak mudah bersalin dan segalanye selamat..trus kuat semangat k =)

EmirAlisa said...

Mc sbb dah xlarat.. :)
Tq ila..alhamdulillah dh selamat dah..