Monday, October 8, 2012

Romantik? Harapppppppp

Suami aku tidaklah berada dalam kategori jejaka romantik. Tidak secara luarannya. But dalaman yes.
Dulu masa mula2 dimengurati (heh apa perkataan ini), aku tolak mentah2 sbb kelihatannya seperti seorang yg geli2 begitu. Tah kenapa sejak azali ditakdirkan aku paling tidak suka lelaki romantik. Mana yg dekat agak2 menggelikan Im sorry gudbye.
Habis, cemana yg aku suka?
Oh akak suka yg ganas2. Aummmmmm. Grrrrrrr....ha begitu.
Lagi2 bintang sokan kann. Hot gitu. Haaaha. Opss.


Bila aku rejek ciklel pestime dulu, aku siap bgtau org tengah kenapa dan kenapa. Bagi aku org romantik ni merimaskan. Kuat jeles n all. Esok2 mampus aku terkonkon dlm sangkar emas. Apa pun xboleyy.
Tapiiiiiiiii ciklel ni tak putus asa okeh. Slow2 dia tunjukkan siapa dia sebenar. Ganas rupanya. Ahli sukan rupanya. Hah begitu barulah iols jatuh cinta. Haha. Ko dah kenapa? Perempuan sewel ke apa? Tak suka lelaki yg sgt ambik berat. Tak suka jumpa sll. Tak suka ckp telefon lama2. Tak suka sayang2 baby2 darling2. Tak suka tak suka tak suka. Banyak yg biasanya perempuan suka aku tak suka. Dah tu tak sewel namanya?? Hahaaaha


Tapi kadang pelik dgn diri sendiri. Konon tak suka lelaki romantik tapi bila citer2 aoron aziz kemain gedik. Hahaa. Almaklumlah tak penah dapat segitu kannn. Sian.
Ciklel sekali je penah bg aku bunga. Itupun time konvo. Lain jgn harap. Nak panggil ayang baby laling? Ohhhhh jauhhhhhhhhhh sekali. Dulu2 penah la abang-nina. Skg xde dahhhh. Std makcik2. Mak kau. Pak kau. Baahahahha.
Walaupun begitu, sepanjang hidup bersama ni aku dpt rasa kasih sayang dia yg teramat sangat pada aku. Ecewahhh ayat tak menahan. Kahhhhhhhh


Tapi sebenarnya kan, nak bandingkan aku ngan ciklel, jauh lebih baik ciklel. Aku lagi haremmmmm. Tak reti wehh nk manja miaww2 bagai. Serius aku failed. Kadang ciklel komplen gak aku ni ssh nau nk manja2 ngan dia. Takde tetiba nak himpit gesel2 ke hapa. Hish tak reti akuuu...meauwww.
Tapi ciklel tahu cinta mendalam aku padanya..ayat tak menahan lagi sekali uolsss! Kuikuikui
Kitaorang berdua boleh dikatakan sangat sempoi. Alhamdulillah setakat ni kami bukan spesis jeles menjeles. Dari zaman bercinta sampailah sekarang. Kitaorang free utk cerita kesah2 zaman silam. Kesah2 ali setan. Kesah2 bujang romeo. Tak de halangan utk approve ex-ex dlm fb. Takde halangan utk bergurau senda perihal cinta lama. Dan selalunya benda2 tu akan jadi bahan lawak antara kami. Cool tak cool tak? Tak cool pi main jauh2!


Kalau nak ikutkan aku boleh je nak jeles kemain. Almaklumlah pensyarah muda (muda la sangat!) dikelilingi gadis2 remaja hot bukan boleh pecaya sangat kan. Tambahan gadis2 skg adalah jgn main2. Sangat daring dan ada aku kesah??
Tapi kata ciklel gadis2 fakulti engineering ni cara2 tak berapa nak hot. Kebanyakannya tak kesah eh baju aku ok tak? Listik aku merah tak? Tudung aku in tak? Takdeee. kata ciklel la. Kot dia nak cover line tak tahu la aku. Heheh
Maka aku bersyukur laki aku mengajar budak2 engineering. Bukan course ala2 howtt. So takdelah hebat sangat godaannya kan. Hahaha
Dan aku insyaAllah ciklel takyah risau. selagi adam mukhriz tak wujud di alam nyata, insyaAllah aku selamat. Bahahahahaa...


Ini jam (bahasa mertua aku) macam2 benda tak sangka boleh jadi. Dulu2 kot dlm majalah je citer2 pelik laki bini berselingkuh. Sekarang ni keliling2 pun berlambak. Nauzubillah. Jauhkanlah Ya Allah.
Yg paling tak menahan bila dengar cerita anak2 murid bila siibu buat hal. Kalau ayah biasa. Tapi bila ibu adalah paling sadis. anak2 tahu ibu kena tangkap basah. Sudahnya ibu kena cerai. Ikut laki lain. Anak2 stay dgn ayah. Makan minum tak menentu. Kawan2 ejek segala. Sedih okeh.
Ermmm...itu baru satu kes. Banyak lagi kalau nak dikutip. Macam2 hal. Sudahnya anak2 yg jadi mangsa.
Memang biasa kalau kelas hujung2 tu, ramainya dikalangan anak kelapa sawit dan anak2 masalah rumahtangga. Ce bayangkan betapa tuff nya cikgu2 nak handle.
Erkkk



Yang aku ni dh melilau tak kemana.
Yang sebenarnya nak story betapa aku very der terharu bila tgk tepon ciklel 2-3 hari lps.


Eh eh wall paper gamba iols ulossss. Hhhaahaha
Romantik jugak laki aku nih. Tahniah2!

6 comments:

Mamajenn said...

panjang pulak karangan cikgu hari ini..makan ubat apa hehehhe..suka baca is nye writing...moga bahagia sampai akhir hata ye..

Mamajenn said...

uhhh silap eja 'hayat'

imhana said...

uii..mmg rock arr korang..tersengih2 aku abca entry ni ciknina oi..

OmbakBaik said...

tahniah..tahniahh

NinaDiana said...

MJ-ameennn. Haruslah telan ubat kuat utk terlebey kuasa menggoreng khennn! Kehkehkeh

Hana-yeahhh. Rock sampai kadang2 ter-hardrock tanpa sedar. Haha

OB-tahniah utk ciklel ke tahniah utk biniciklel? Hahaa

jellynajal said...

ahahahaa. ok aku terhibur sangat baca entry ni walaupun panjang berjela tapi kesudahannya aku pon ketawa riang melihat gmbr henpon ciklel.