Sunday, January 12, 2014

Hajat

Sebenarnya dalam hari2 aku dok membaking
Mengadap mixer oven segala bagai
Ada 2 hajat yang sampai sekarang masih blom tercapai.
Blom ada masa utk mencuba
Kalau ada masa pun, 
Seru pulak yang tak sampai.

Iaitu

Rainbow cookies (biskut lidah kucing)
Kek lapis

Rainbow cookies tu loyangnya dah lama beli.
Asal teringat nak buat time tulah keja banyak
Tempahan banyak
Asal aku rilek tak pulak teringin nk buat
Mmg masalah.

Kek lapis plak mmg dah lama teringin nak try
Walaupun aku bukan peminat kek lapis tp anak2 suka
Kalau beli yg sarawak tu kemain berulang bukak peti es
Cuma tulah.
Bila seru dtg godek2 resepi
Erkkkk mcm leceh je....macam renyah jew..
Terus kansel.

Td terbrowse resepi lapis cheese cadbury. 
Dah prtscreen siap2 resepinya.
Hopefully ada la masa terluang nnti aku nak menerai.
Aku ni bukan apa
Bnda2 leceh kena banyak2 step ni aku liat sikit
Malas nak bertunggu tangga depan oven lelama
Padahal kalau baking benda lain pun sama gak.
Hahahaa
So bulatkan tekad.
Demi anak2 aku akan try.

Tapi bila ek?
Minggu ni minggu depan order aku penuh.
Nak nyelit mcm xsmpat je.
Tapi mcm dh tak sabar nii...


Sumber: blog rahel. 
Tq!






Resepi: Creamy Butter Chicken

hari ni aku nak share satu menu popular restoran2 org berduhit.
senang je.
sedap pun sedap.


bahan perap (1jam):

dada ayam potong2 (boneless) *aku campur gak ngan yg bertulang. tak syok makan isi je
1sk garam
1/2 sk gula
1sk serbuk kari ayam
1sb tepung jagung
1bj telur
*bhn perap ni ikut kuantiti ayam korang la. hagak2 je.


bahan tumis:

2sb butter
2bj cili padi (nak pedas tambah. aku tak boh langsung. anak2 anti pedas)
2tangkai daun kari
1/4c heavy cream
1/4c air (aku tambah sikit2 bagi berkuah sikit)
1sk gula
secubit pati ayam (aku pakai secukup rasa)
garam
lada sulah
1keping cheddar cheese (ini aku tambah)
1/2 biji tomato (aku tambah)
*takde heavy cream boleh ganti ngan susu cair 230ml atau ikut kadar kepekatan yg korang nak. boleh ejas sendiri.


kekdah:

1. goreng ayam dh diperap 1j tadi.
2. cairkan butter. tumis cili padi + daun kari sampai naik bau.
3. masuk cream + air + bhn2 lain
4. masak sampai kepekatan yg kita nak.
5. tuang atas ayam atau gaul ayam atas kuali.
siapp!!



*atkiners pun boleh makan ni. cuma ejas tang gula ngan tepung. tu jelah kot. tp aku blasah je. dah masuk minggu ke2 ni tak clean diet mana pun. cuma nasi blom sentuh. lagi plak dh boleh start workout ngan treadmill khennnn. haruslah tak menahan tgk makanan. lagi2 roti. mmg coii. pemusnah misi aku.

Saturday, January 11, 2014

Cikgu Diana


Ya, aku bahagia.

Semalam ada budak india perempuan terkocoh kocoh menuju ke arah aku.
Aku penah ajar dia dulu. Masa Tahun 3. Sekarang dah Tahun 6 pun.
Sebagai murid kelas hujung, mmg selalu kena marah sbb kerja asik tak siap dan berangan je manjang.

Tp bila dah naik Tahun 456 walaupun aku tak lagi ajar, tetap menegur manis bila berjumpa. Siap dgn salam.

Dan mcm biasa, semalam bila ternampak aku, dia kejar utk bersalam. 
Dengan kata2

Cikgu makin hari makin cantik la.
Macam kakak-kakak. 
Rasa nak panggil kakak je.

Aku senyum.
Aku rasa aku bahagia jadi sorg cikgu.
Bukan sebab taksub pd pujian.
tak sama sekali
(sebenarnya aku takut pada pujian. sbb aku tak pandai respon. serius!) 
Tapi sebab aku belajar banyak bnda dari anak2 murid aku
salah satunya inilah
tak pernah ada dendam dalam diri mereka
ko marah menggila pun
kejap lagi nak keluar rehat dia cari ko jugak. salam sebelum keluar.
dan aku 
terus cair.

kalaulah aku yg dewasa ni semudah itu melupakan
alangkah baiknya





Keluarga

Dah 2014.
Hmmm.....
Kalau nak ikutkan memang dh patut on kan plan tambah ahli keluarga.
Maksud aku utk 2015 la.
Ada rezeki insyaAllah kitaorg plan nak cukupkan kuota 4 (ikutkan ciklel nak 6. Gulp!)
Sbb umar pun dah nak masuk 3 tahun.
By next year 4 thn elok benarla ada adik.

Tapiiiiii...tapiiiiiiiiiiii
Aku ni mcm blom ready je
Dulu masa kakak nak dptkan umar rasa macam tak berapa liat sgt
Tah kenapa tang umar ni aku macam serammmmm sgt.

Panglima ni sgt2 tgh melasak skg.
Aku kadang mmg tak tahan nak melayan.
Pass kat ciklel.
Sampai ciklel pun boleh surrender kalau dia tgh overdose.
Manja+lasak+cengeng.

Aku tak dpt bayangkan dengan perut memboyot
Melayan kerenah panglima terbilang tu
Adoiyaa boleh pitam okeh.
Tapi camanapun, insyaAllah plan harus on.
Cuma bila masanya masih blom decide lagi.
Harap2 tahun ni umar dah pandai control diri.

Semoga aku sihat utk pregnant lagi.
Almaklumla dah umur2 cenggini banyak la ceritanya kan.
Badan dah tak mcm muda2 dulu.
Dengan mcm2 komitmennya,
Dengan masalah slip disc lagi.
Harap2 semua tu tak jadi masalah utk kitaorg tambah ahli keluarga.
Doakan aku yeah!




















Review Percutian Pendek : KL Bird Park

Cerita lama.
Hujung bulan doblas hari tu
Bonda dtg melaka. Ikut adik aku outstation kat bangi.
So dia lepak rumah dalam 3 hari.
Pastu kitaorg semua turun KL lak.


Ni celeb bday Moksu. 23rd dec.
Advance sehari 22hb.
Sbb mama ngan chik dh nak balik kb pg tu.
Kitaorg overnite rumah abg kat bukit antarabangsa.
Kek tu aku bwk dr melaka.
So dptlah moksu tiup2 lilin lagi tahun ni. Last year kat rumah melaka.









Happy birthday moksu si ratu kpop!


Lps tu kitaorg menjalar ke times square. Dh lama tak ke sana. 
Wah best rupanya sini eh. Dulu2 kitaorg dtg baru bukak lagi
So tak berapa nak menarik sgt kecuali indoor theme park tu je.
Skg, kedai2 byk yg best.
Murah gile kot baju2 kat sini. Rambang kejap aku.
Tapi biasalah nak belek2 dgn segala bala tentera ni bukan senang.
Lenkali aku dh cop ngan ciklel.
Turun kl mesti dtg sini lagi
Byk aku nmpak long sleeve yg best2
Sini lubuk baju2 korea kot. Mcm yg dorg jual online tu. Tapi harga lagi murah.
Boleh belek2. Tgk material ok baru beli. Kalau online aku dh serik. 






Tak goyah posing aku walaupun anak merentap. BaHahahhaha


Ok, lps tu baru kitaorg ke bird park.
Layankan budak2 ni.
Nak sgt masuk bird park.

Nak masuk sini dgn harga RM25 pastikan korang bawak ic.
Siap mintak ic setiap org okeh. Kalau tak harga RM38 ke berapa.
Hek elehhh
Ko dgr kitaorg ckp tgk muka pun dh boleh tahu. 
Oh takkkkk. Nak jugak bukti.
Ciklel siap kena panggil aku pegi kaunter gak sbb nak ic.
Apa ke poyo sangat.


Tgk panglima kecik dh mula nak panjat orang.


Ha kau. Makin banyak makin tak tentu arah dia. Hahahaha




Gambar ni betul2 nmpk kan kegemukan aku. Huhu
Umar ni aku tak paham betul. Semua benda dia nak takut.
Tp sebenarnya aku tahu kenapa.
Sbb kitaorg selalu usik dia.
Cockroach, lizard, dog
Asal dia notti sampai payah nak handle, 
Binatang2 nilah jd mangsa seruan nama
So dia akan takut dan dok senyap kejap.
Tapi kalau dh cat, bird pun ko takut ni dah melampau.
Ah jangankan binatang, ramot dlm bilik air pun dia takut.
Kalau nmpk siap nak nak panjat2 aku. Tak pepasal abis basah mak dia pulak.
Geram betul aku.
Dh la penggeli yg amat. Busuk sikit pun xboleh. Padahal busuk berak sendiri. Siap muntah2 bagai.
Ko mampu??



Yg bestnya kat sini dorang ni bebas berkeliaran.
Maknanya, umar pun melekat jelah dlm stroller. 
Gud. Takde penat nak mengejar dia. Siap pakai seatbelt lagi.
Cuma penat telinga dengar takutttt...takutt...takutttttt lapan belas ribu kali.


Nyaman. Teduh. Kalau tak berpeluh gak ketiak jln  bukit2 camni.




Amboi kauuu
Kemahin berlagak eh. Kembang2 ekor.




Serious aku rasa peacock ni mmg spesis burung yg berlagak gile. Siap pusing2 ala2 model. Berbulu je aku tgk.
Psiko aku tak abis2. Ngan menatang pun nk berbulu. Hahahahah


tgk!
Tongkeng ko kasi aku.



Ini mcm dh tua. Dh serabai sangat dah ni. Tak larat nk trim.



Tgk panglima tu.
Tak duk stroller, naik dukung org.
Punyalah penakut. Padahal menatang tu dlm air kat bawah nunn.
Hailah.





Focus pd atuk kain pelikat tu. Cayalah tuk! Bukan org mesia la tapinya..





Popcorns utk ikan2


Kuaci 2hengget utk dijamu pada sekumpulan parrots.


Si hijo ni mkn byk. Asik2 dia je. Tak kasi can org lain.


I is gelissss.


Yg ni dok dlm. 


Mmg best tmpt ni. Sapa yg suka nature sgt digalakkan. 






Whoaaa cantik gile kan.


Gambar hindustan wajib ada.





Yo yo ooo je mat2 saleh ni sume.




Apa yg datang dulu?
Telur ke ayam?
Penat aku cari takde lak dia nak cerita.
Maka persoalan tersebut masih menjadi misteri. 


Rangka ostrich. Tinggi depa ni.




Burung oren. Scarlet Ibis.
Yg ni ada peminat dia.


Tadaaa...



Burung oren baik kan mummy?
Tetiba.
Kalau dah obses ngan oren, benda yg takut pun bila keluar kaler oren jadi ok tetiba.



Ini cerita esoknya. Jgn pelik tetiba baju lain kan. 



Lu pehalll???


Umar tgh projek. Port baeekkk punya nak meneran. 
Anak sapa ni??


End up makan wang solo kat area rumah moksu. Seksyen berapa situ? 
Yg jalan plumbum ada jakel, butik online segala bagai tu.
Org ramai. Ciklel kasi 1 bintang. Per 5. Tak sedap kata dia.
Tah. Aku harapkan cumi goreng tu je. Sedappp
Tetiba teringat cumi di bandung n jakarta. Sedap nak mati wehh.

Ok, tu jelah cerita percutian terakhir 2013.
Utk 2014 byk perancangannya. Cuma kena belek2 bajet semula.
Almaklumla semua benda pun dh naik hage. Takkan nak memboros sesaja kan.
Sama2la kita doakan semoga mampu harungi fasa kehidupan yg makin mencabar ni.


#katanya minyak nak naik lagi eh? Bagusss...bagusss. Aku mmg suka naik2 ni. Sila sila. Sila naik semua benda.