Thursday, July 26, 2012

Voila! Bokitta



Ehemmm

Bokitta uolsss

Burppp!

Tgk kat nona terus makenchek terpikat.

Memang penyakit la kan.

Sekarang theyolls ada 30% off. Oklah. Tambah postage 7hengget.

Viola! Plus ni ada lining. Utk effect macam kepala kau kembung2 sikit. Konon byk ramot la. Padahalllll....

Aku rembat je mana yg ada. Sbb byk dah sold out.nasib time order awal2 dulu yg aku nak dah outstock. Kalau tak rugi okeh. Masa tu normal price. 30% byk tuuu..

Aku ni kalau beli tudung belasah je. Takdela nak pikir2 match baju mana baju mana. Asal kena dgn mata, jalannn. Agak2 tetiba takde yg kena dgn baju maka berabuklah dalam lemari. Jahatnya napsu.

Blom rasmi. Best kalu, aku kasi hasut abis abisan.  ngahahaha

Posted via Blogaway

Tuesday, July 24, 2012

Mana nak beli kain ni???



Baru lps call akak tailor tersayang.

Yeayy!!! Masih mampu beliau terima kain saya yang telah ketinggalan ini.

Tapi masalahnya kain pun gue blom beli.

Cemana tu?

Dahlah janji nak hantar petang ni.

Malasnya nak pegi jejauh

Malasnya nak hangkut umar sekali

Malasnya malasnya malasnya.

Ada yg raya pakai batik ni karang.

Wahhh very derrr uolss.

Batik bling2.

Eh org kelantan raya manade pakai batik

Koman okeh. Komannn!!

Wah berlagak.

Padahal hari2 biasa pun tak jugak.

Hahahah

Dlm bonet keta tu ada 3psg lagi belen 11 psg yg aku angkut masa balik kb last week.

Cantik2 menggile.

Yang paling cantik kat mata aku tapinya dah kena rembat ngan akak kat sekolah. Suke taww amik kite punye!!

Tapi yg tinggal 3 tu pun cantik sgt jugak. Rasa nak curik tigatiga sekali. Huhuu...

Batik skg gile cantik kan! Tak menahan okeh. Dulu2 seratus lebih je. Dpt yg 150 dah sangat hebat kiranya.

Skg duaratus lebihlebih pun dpt yg biasa2 je. Nak yg vasss harga pun very the vasss la jugak. Tapi 300+ tu oklah lagi. Kalau dah jejak patratus dah kira masuk kategori membazir amalan syaitonnnn!

Eh tetiba citer batik pehal??

Oh bagi sesapa yg nak beli/order batik cantik+ori (pls jgn pakai batik tipu2)+exclusive+murah silalah kontek bonda hamba.

 http://batikbaldubiru.blogspot.com/?m=1

Tempah utk uniform pun boleh. Silalah kontek2 beliau ya. Jangan malu jangan segan. Sapa yg nak business pun dialu alukan.





*pasar baru bandung. Mata rambang+masa suntuk. Niceeee


Posted via Blogaway

Unik Jakarta



Satu benda yang bagi aku agak unik.

Kalau korang perasan di sepanjang jalan tu ada orang yang bersidai kat tepi2. Sebenarnya mereka sedang bekerja.

Di Jakarta, ada laluan khas utk kenderaan min 3 penumpang. Kalau kereta kau tak cukup 3 org maka jangan gatal melalui laluan tersebut. Sbb merasalah kau kena saman. Pak polisi mmg akan terpacak kat mana2 simpang nnti. So ko kena turunkan cermin keta dan pak polisinya akan jenguk tgk isi kereta.

Bila dah sampai destinasi si pemandu, penumpang tu akan turun dan diberi upah. Ehehe...Syok gak. Dah la dapat naik keta free. Dapat lak upah.

Begitulah kehidupan Jakarta. Apa saja utk hidup. Gov suruh share keta. Dorang lak dgn kreatifnya jadikan satu mata pencarian.

Dan pemandunya lak. Kalau kena penumpang baik oklah. Kalau penjenayah? Serammm okeh. Tah sesapa dalam keta. Huhuuu

Tapi sbb nak cepat sampai, supaya tak melalui lorong biasa yg sangat sesak, terpaksa lah upah penumpang tambahan. Kelakar pun ada.

Kalau aku, eauwww...rela jem kuredah!

Dengan adanya undang2 tersebut maka secara tak langsung membuka peluang pekerjaan sbg penumpang kepada sebilangan penduduk jakarta. Wah tetiba ayat exam gittew. Kahhhhhh

Tak cukup korum, berenti. Amik penumpang. Jalan. Dah sampai destinasi, penumpang turun, ko bayar. Kena yg demand?? Kahkahkah. Lawak okeh!

Pekerjaan mak/ayah: Passenger

Posted via Blogaway

Monday, July 23, 2012

Melekap.

kan aku kata baju raya belum ada kan. kan dah kata nanti2 grab je mana yang ada kan. kan kan kan???
ciklel el eeelllllll.......*kedip2 mata paling manja dalam sejarah

sebenarnya dalam hati ni terlampaulah teringat2. jahat tau mata iols ni! biasaaaa diaa!
melekap jugak dgn yang ini! tak sukeeeee


sapa kaya pegi beli sekarang!
http://www.buttonmybuttons.com


rega dia namratuslimapulusssss sepasang uolsss..kau mampuuuu???
bukan tarap mak nak oiiii...
mak pakai baju timbang kilo je. gatal badan mak pakai baju memahal ni. tak biasa.

tapi mak naakkkkkkkkk. uhuuuuu....(tangisan paling syahdu)
~akak tailor, please terima tempahan terakhir dari diriku yg kerdil ini..



*seingat aku, setahun ke dua tahun lepas aku penah citer pasal koleksi baju raya peliks dr sharida shariff ni. now dah tak pelik dah. rega je yang super pelikssss. (bagi aku la)
-tak sanggup nak perabis lima nam ratus utk selai baju je. rasa gile membazir. errr....benda lain tu ok lagi. kot! ngagagagaaa...

Sunday, July 22, 2012

7kg to let go. Anyone interested?



Dah masuk 2 Ramadhan. Alhamdulillah.

Selamat berpuasa kawan2. Korang jalan lah dulu ya. Akak nyusul kendian.

*raya awal2 ni, ujung2 karang konpem lagi sekali. Hukhuk

Kalau berjaya hapuskan 7kelo sebulan ni konpem lompat sampai ke bintang.

7kelo weh! Banyak tuuuu...uwaaaaa

Dah survey2 herbalife la Sd2 la superslim la. Adoiiiyaaa...taatkah aku??



Posted via Blogaway

Saturday, July 21, 2012

Riben



Padahnya bila tak sabar.

Plan asalnya nak reserve pesen ala2 reben gedik ni utk raya. Tapi oleh kerana ketidaksabaran melanda lantas terus membeli kain dan menempah. Mana tahan oi. Masa ni br bulan 5.

Ada lagi sepsg pesen yg sama. Eh kaler jugak sama. Pasal apa la mata aku asik tangkap itam je. Padahal warna aku sangat pelangi. Kain beli kat bandung ritu. last week tailor aku call ckp dah siap. Tak sabar nak collect.


Reben tu sepatutnya lebih lebar dan terletak. Tapi tak cukup kain. Kata tailorku saiz tu je yg sempat. Dah ghupa apron dr belakang. Ngahahahah

Eh sama ngan kosi pun ya.

Dia suh aku cari kain yg sama. Blh alter reben tu mcm yg aku nak. Tgklah kak, kalau rajin. Malas kalu, apron pun apron lahhh.

Eh ramai gak yg suka. Comellllnyeeeee kata mereka. Hahahahah


*baju raya? Tgklah mana yg ada. Rembat je lah nnti.




Posted via Blogaway

Saturday, July 14, 2012

Kasut



Pecaya tak aku hanya ada satu kasut kerja.

Dah dua tahun kot. Kentanggg

Skg dah licin2 dah. Satu hari aku rasa tergolek dop dpn budak jugaklah nih.

Skg ni aku pemalas gila nak beli kasut keja. Fedup. Sbb susah nak jumpa yg best. Yes ngengada sangat. So bila dah ada satu yg selesa, terus yeahhh mari pakai selama lamanya.

Mcm dah kena beli la. Aku tunggu nak pegi charles n keith je ni. Bila la nak ada masa turun kl ni. Asal wiken je membizi. Last 2 weeks pegi tapi harammmmm. Tak smpt langsung nk mencelah. Bencilah.


*ballerina tu aku beli kat brands outlet 2psg RM80. Tetiba jumaat lepas terjd kasut keja. Hahahah gile selekeh.

Posted via Blogaway

Wednesday, July 11, 2012

I ♥ Red Velvet Whoopie Pie



Pada suatu hari di petang puasa ganti (tahun lps 28 hari oiiiiii-pitam!!), tgh dok membizi bodi kat fb, ternampak sis rima postkan gamba red velvet whoopie pie. Aduhhh terus kecur berjejeran.

Kebetulan tekak masa tu dah 2-3 hari mintak redvelvet. Tapi malas nak buat sbb penat dgn order yg tak putus2 -alhamdulillah.

Lantas terus intai resepi kat joyofbaking. Penat sebenarnya. Baru igt nak lepak2 rilek2 sepulangnya dr sekolah sbb esoknya takde order. Tapiiiiii nafsu mengatasi. Tetiba tenaga luar biasa menyerap. Lantas bergerak cergas ke dapur demi red velvet whoopie pie idaman. Yippppiii!!

Alhamdulillah senang je. Cuma saiz tak berapa nak cantik. Ada besar ada kecik. Sebab aku main cedok je. Tak ikut size std. Ah tekak sendiri sapa nak kesah.

Budak2 pun suka. Aku ni kalau emir yg suka kiranya dah berjaya gilang gemilanglah. Sebab manusia tersebut sangatlahhhh susah nak try benda2 baru. So yg ni dia berulang makan, maka mak adalah sangat happy.

*aku makan dua ketul je. Takleh banyak. Dlm misi nak hapuskan 7kilo wehh!


Resepi nnti aku boh kendian. Skg pakai blogaway uolsss. Koser nak copy paste. Payah.



Posted via Blogaway

Monday, July 9, 2012

Rasa lebih bertenaga



Bukan sebab ubat kuat ke apa.

Bukan.

Sebabnya

Hari ni aku pakai shawl baru.

Eceehh

Kan dah bilang. Tudung2 aku kalau tak sepuluh hengget, dua puluh hengget.

Paling mahal seumur hidup aku beli tudung 99hengget. Tudung bawal. Kat semua house. Bodoh je rasa. Aku org kelantan. Beli tudung bawal kat kl. Tupun utk raya tahun 2008 kat uk. Memori.

Ok penahla memula dulu beli tudung segera RM70-80. Pastu aku beli shawl ngan sugarscarf. Tak lebih RM50 pun selai.

Now tudung2 aku semua line2 RM10 je. Tak berduit aku nak beli tudung memahal. Aku bukan macam korang. Pakai tudung ratus2. Kaya korang eh? Belanja aku barang selai dua :p

Dan aku kira sgt bernasib baik. Sbb mata aku memang rejek dgn sesetengah pesen tudung. Nak2 yg bertengkat2 tu. Pitamm!

Last week aku beli 2 lai essential scarf dr shawlbyvsnow. Tokey dia amirah adiknya ika sugarscarf. Dia memang sangat cantik okeh. Demi terpikat akan kecantikannya lantas membeli 2 helai tudung daripadanya. Hahah.

Material sangat bes. Senang pakai. Tak panas. Sangat selesa.

Harga RM28 je. Aku suka.

Pikir nak borong semua kaler.

Jap nak intai tabung ayam. Eh ke itik? Ke gajah?

dah lupa.

*maapla. Krisis katagantidiri. Kejap saya kejap aku.

Ikut mood lah ya.

Kbai.




Posted via Blogaway

Sorry!


Alamak rasa jelikk pulak dgn post sebelum ni.

Jelikk pada diri sendiri.

Hahahaha

Biarlah kan!

Apa ko igt ko retis??? Org nak follow bagai.

Puiiii diri sendiri.

Kahkahkah


Posted via Blogaway

Sapa kata I FOLLOW??


Saya ada teman.

Teman tapi tak mesra mana pun.

Selama ni saya tak perasan.

Sejak kebelakangan ni rasa macam sesuatu.

Apa saya suka dia pun suka.

Oklah. Punya taste yg sama. Takde masalah pun.

Walaupun saya tahu dahulu dia dan sekarang dia amat jauh bezanya. Tak kesahlah. Manusia memang berubah.

Sejak dua menjak ni saya macam perasan.

Saya ada dia pun ada.

Saya begini dia pun begini

Saya begitu dia juga begitu

Saya buat dia pun aku bolehhhhhhhh apaaaaaaa

Fine!

Sikit saya tak heran.

Masing2 lah.

Yang tak tahannya

Kalau saya suka kedai A, dia akan suka kedai B.

Saya suka C, dia akan suka D.

Konon tak sama. Konon aku tak follow okeh. Konon apehal aku nak ikut kau.

Padahalllllll....

Memula saya ingat saya yang PERASAN!

Ek eleh.

tapi bila ada yg tegur.

Eh a ah la.

Baru perasan.


Ermmm takpelah dik.

Akak paham.

Sukehatilah.

Asal ko bahagia.




* manusia ni macam2.








Posted via Blogaway

Friday, July 6, 2012

Cepatnya masa berlalu



Happy Birthday to you, lil umar khalif.

Walaupun dh seminggu lewat, baru nak wish kat blog, akan tetapi percayalah di alam realiti dah beribu kali mmy nyanyikan lagu happy birthday utk umar. :))

(dgn harapan bila umar dah pandai baca, umar tak bersangka mmy lupa harijadi anak sendiri.)

Hanya sambutan kecil2 lan. Umarkan kecik lagi. Tak paham konsep arijadi pun. Ada kek sepotong buat amik gamba jadilah kan. Tu pun umar dah jakun tgk lilin rasa nak pegang apinya. Haha. Sian umar.

Oh ya. mmy ada buatkan kek utk umar bawak ke skul. Tahun ni umar potong kek ngan kengkawan jelah ya. Bukan mmy tak sudi. Tapi keadaan tak mengizin. Lutut ayah tak sehat.

Umar jgn marah ya. Tahun depan kita bukak khemah 5 bijik.

Eh tetiba jadi surat terbuka utk umar. Kahkahkah.


*aku sebenarnya jakun ngan picsart ni. Besss weh!

Posted via Blogaway

Wednesday, July 4, 2012

Bujang



Saya ke Jakarta bulan lepas membujang.

Memang seronok.

Bukan seronok bujang.

Tapi seronok dpt jejak kaki ke Jakarta.

Dapat tgk dgn mata sendiri sisi baik dan buruknya Jakarta.

Saya berniat utk share di sini.

Tapi byk gambar dalam kamera maklong budak2 iaitu saya punya biras.

Saya agak bijak sbb tak bawak kamera sendiri. Tak kuasa nak memberat.

Sbb kamera note sudah cukup ok bg saya.

Sudahnya sampai skg tak copy2 lagi gamba2 byk tu.

Haih!

*sebenarnya saya baru install picsart ni. Tgh menjakun. Hahahaa



Eh mcm br perasan ber-saya-saya. Ni kesan baca blog sopan2 la nih. Kahkahkah



Posted via Blogaway

Remaja



Saya agak confused saya sekarang berada di abad ke berapa. Yang pasti saya bukan lagi remaja belasan tahun. Sobs

Rasanya zaman terbaru ni mana ada sign2 peace yaw aauww yaw auww lagi kot. Harharhar


*Rasa macam comel je buat sign v tu. Kahkahkah

Posted via Blogaway