Wednesday, April 30, 2014

Tabita dan ephyra

Bulan ni kan
Tersemput semput haku
Mana taknya itu abis ini abis
Hishhhh
time ni la pulak korang semua kan.
Take turn boleh tak?
Ini tak. Tabita abis. Ephyra abis. Perfume pun nak jugakkkkk abisnya.
Aku ni dhla beli perfume pakai sampai abis.
Selain aku tak kaya nk beli byk2 sekaligus, aku juga pening dgn bau byk2.
Dah pernah buat dulu. Konon suka la tgk collection byk2.
Sekali mabuk sendiri.

Oh sapa2 yg penah tanya mana aku beli tabita,
Ni set ke2 aku sopin ngan sepet.
Before this aku beli ngan org lain. Tak kenal pun. Thru fb.
Bila sepet dh start jual aku mcm oh dia ni pun pakai?
Dan aku yakin ngan dia sebab apa tau. Sbb dia budak pharmacy. Haha. Ya tu je.
Sgt sng nk dpt keyakinan aku kan. 
Servis sgt ok. Aku suka budak ni.

Btw aku dh pakai tabita almost 21/2 year.
So far ok sgt.

Yg ephyra lak aku beli ngan diana ishak.
Kak D. Pun beli ngan dia sbb aku suka dia.
Blog dia best.



Td baru sampai.
Suka sbb harga set 3boxes ni lagi murah dari single.
Plus ada free gift mp3. 
Sapa tak suka free gift oii!


Rasanya buat masa skg ni jelah produk yg aku guna.
Hari tu hampir2 nk terjebak ngan kcolly.
Survey punya survey tak jadi.
Sbb rata2 iklan benda alah tu fokus pada nak putih.
Heh tak berkenan aku.
Aku ni bukan nak putih pun. Aku nak skin sihat+cantik je.
Nmpk si fathiya tu makan mcm ok. 
Tp bila dikaji2, hurmmm....setia pada ephyra jelah.

Ok tu je nk share hari ni.
Tata.






Monday, April 28, 2014

Big Bad Wolf Melaka


Akhirnya dapat gak pegi Big Bad Wolf.
Sian org melaka. Baru nak merasa kan. Hehe



Terus ke children section.
Memang tak sempat nak belek buku utk aku pun.
Pepaham jelah bila dh bawak panglima terbilang. 
Mata aku naik juling nak peratikan dia.



Kakak ngan abang dah mabuk tgk buku.
Tak keruan aku tgk dorang ni.
Sorang satu box. Ha kauu kemain isi..



Panglima dah dpt bagian dia.


Terus cari port.



Maka terpaksalah maknya melayan.
Supaya senang ayah layankan kakak+abang.


Sesi penapisan.
Kalau takde fasa ni, boleh pitammmmm okeh.


Ok dh setel.


Total RM122. Murah gile.
Suka..suka...suka...




Ni cerita tadi.
Kat melaka ni kalau nk western paling win pun kat windmill jelah.
Sian.
Tolongla kompleks yg banyak2 nak naik tu. tolong adakan chillis ke tgif ke. Aku dh sangap sgt ni.
Esp chillis. Uii meleleh2 ailio makenchek.
Windmill ni kemain ramai lagi umat kat sini. Nak2 dekat pulak ngan bebudak mmu.
Dorg tu selamba je pagi ptg malam windmill.
Hebat. Kalau aku dulu, dpt makan nasi lemak seringgit setengah pun dh syukur yg amat.


Nak dara ni baru je hilang satu gigi.
Kemain kecoh lagi. Memang mak nenek betul.
Aku ngan ayah dia selamba je kena syarah. Kalau dia tak berkenan, ko tadah jelah telinga dgr tazkirah dia. Mmg mcm ongbesar. Halusssss menikam jantung.



Tadi kat jusco, ada sorang makcik ngan anak perempuan dia tegur.
Dok sebelah masa tunggu ciklel layankan kakak beli kaler.
Ingatkan belum kawin. Ya. Tetiba.
Aku mcm..aa? Saya ke makcik? Bodoh gile soalan aku.
Yalah. Makcik igt adik blom kawen. Anak ke?

Dh, takyah tahu jawapan aku.
Boring.
Std.
Aku tahu korang loya.

Kbai.














Sunday, April 27, 2014

Hi tea Holiday Inn Melaka

Takde nak cerita apa.
Nak tepek gambar hi-tea GPK skolah aku bersara semalam.
Foods okla. kecuali kek. Keras nak mamp.
Varieties. Tp sbb Jumaat cepat nau dorang kemas.
4.30 dah stop topup makanan.
Siap kemas bagai dah. Sbb dorg sibuk setup utk dinner pulak.
So kitaorang amik siap2 makanan letak atas meja.
Makan sampai tercekik. 
Air pun diorang xtinggal. Choii sgt!





Tgk gambar dua ni nmpk aku je objek sama tp tak serupanya. Yg lain pegun. Sama okeh. Ahahhaa



Mi kari paling win. 
Sedap.
Blkg tu kaunter bbq. Dia bakarkan.
Kita terima yg dh siap. Kambing, ayam, otak2, seafoods. 
Okla. not bad.




Kak jue ni dah kenapa tinggi bebenar. 
Eh high heels. Patutla.
Eceh tak mengaku diri tak cukup inci.
Aku ni 159cm. Lagi satu cm nak genap. 160 sedap la sikit nk sebut kan.
Dah takde harapan mek. Redha jelah tinggi ko takat tu.



Org lain xde gedik bergambar kat sini.
Sbb dorang semua sopan santun. Malusss
Kitaorang je.


#monopodbelumterbeli





Bnyk gambar lain. Kata aku photog sekolah kan.
Tapi takde makna nak letak gambar lain2 kat sini. Yg ada muka aku sudehhh.
Keji gile. Hahahaha

Ok tu je.
Bai.










Sunday, April 20, 2014

Perpustakaan Awam Negeri Melaka

Smlm 1st time jejak kaki ke Perpustakaan Awam Negeri.
Emir dh lama ajak, tp memandangkan every weekend makbapak ada hala tuju lain yg lebih menarik
Maka permintaan anak asik tertangguh je. Begitu tak guna makbapaknya.

Sebenarnya kakak ada program kat situ. Program sempena Jom Baca Bersama ke apa tu.
So alang2 dh hantar pepagi buta tu, apa kata kita masuk sekali.
Tapi lps dh selamat hantar ke tgn teacher, kitaorg pegi bfast dulu.
Rashid corner la. mana lagi.
Terbaekk!




Masa ni tak ramai lagi. Dah katanya kul 8. Sekali teachers pun blom sampai. Kemain awal kaksemah sampai kan. Hahahhaaa



2org ni lagi awal. Pastu mak dorg dh membebelbebel. Hehe
Last2 aku ckp, takpelah. Tinggal je lah. Meh sy tgkkan sampai teacher dorg sampai. 
So jd cikgu tadika jap la aku.




Perut dah kenyang jom kita kenyangkan minda pulak. Amboihh hahaha
Menarik jugak tempat ni. (Jakun betul. Nmpk nau tak penah minat nak masuk sblm ni)
Ni area kids. Ada tayangan movie 3D lagi. Bayar RM2 je.










Ececeaaa cikgu katanyeeeee.

Emir sibuk dgn buku2 sejarah dia tu. 
nk jd pengkaji neolitik ke hapa anak aku ni.




Ni area santai2. 
magazines, komik2, bahan bacaan ringan kat sini.
Sambil2 tgk anak main.


Mcm kat rumah kan.
Ciklel sempat tido kat sofa ni.






Jenguk kakak jap kat dewan.
puppet show.


Panglima penakut.
Kalau reramai mcm ni, jgn hrp boleh lps dia. Bergantung je.



Kumpulan KelipKelip dari DBP. 
Best gak show dorang ni.



Sesi kuiz.
Dapat adiah buku cerita.

Program kakak setel dlm 12.30.
Lps tu terus ke Mahkota Parade.
Jalan2 takde tujuan. Dapat penat semata.

Lps tu dh takde idea nak ke mana.
Tetiba teringat Kip Mart baru bukak blom penah check in situ lagi.
 Ah kip mart pun kip mart la.
Jom kita survey apa yg menarik.

Sampai je dgr suara si ray ngan hanip kemain havoc.
Ada budak2 era rupanya.



Tgk anak bujang sapa kemain depan lagi tu.
Mak kau tak penah gini nak.
Nmpak retis aku yg lari dulu. Kemain sombong.
Bajet retis kejar aku. Hahahhaaa



Lps setel dorang buat game segala, ramai la yg nak amik gambar.
Beratur. Emir nak jugak. Eh sorry. Takyah nak beria sgt yeah.
So jalan2 pusing kip mart.
Dua kali pusing, nk balik tgk dorg ada lagi.
Dah nak blah dh pun.
Aku panggil, ray! nah budak ni nak ambik gambar ngan korang.
Eh meh meh. Terus posing beria.
Bagus dorang ni. Tak sombong. Gile punya kepala.
Dah, puas hati anak bujang haku.


Murah gile kot.
50sen je.
Tp aku tak beli pun. Beli pisang je. Pun murah.
Ayam, ikan, sayur, buah, frozen foods, mcm2 lah. 
Boleh la shopping barang2 sini lak. Sementara murah2 lg ni..
























Saturday, April 19, 2014

Sian aku tak mampu nak beli tudung mahal.


Tepat jangkaan aku.
Bila aku up entry psl tudung pujaan ramai jelitawan tu
Confirm makan sumpah la aku lps tu.
Kenyang. Haha
Terima kasih. Esok2 pepandaila korang cari aku kat pdg luas tu.

Semalam aku saja bukak komen utk anon
Ala mcm org pasang lukah la
Esok tgk ada ikan masuk ke tak.




Tu diaaaa
Ni baru yg tersurat. Yg tersirat berbakul2 dlm hati tak terkira agaknya.

Alaaa rilek la kakak jelitawan.
Aku bukan kutuk korang pun.
Aku cuma kutuk pesen tudung tu. sbb mata aku tak berkenan.
Hak aku kot. Suka aku cerita. Tak suka aku cerita la jugak.
Korang pun nk kutuk pesen tudung murah aku, silakanlah.
Aku takde hal. Memang nyata aku pakai tudung murah pun. 

Tapi takpelah.
Oleh kerana aku tak pandai nak bergaduh berbalas2 makian
Maka aku mengalah jelah.
Aku tarik balikla entri psl tudung tu.
Sbb aku taknak jemput lagi ramai haters.
Aku kan bajet suci. Takmo takmo
Aku tak retila nk bergaduh-gaduh ni. Buang masa aku kot.
Korang toksah la maki2 aku. aku tak reti nak balas ni.
Mak aku kata dosa maki org.

Tp nak gak aku respon pd komen anon2 yg jelita tersebut,

1. Gile kau tak perasan muda??? Semalam baru ada makcik tnya aku baru lps spm ke? Hahahhaa. Aku sedar aku dah tua. 35 dah oii. Tp org lain yg nmpk aku muda, apakan dayaku lagi..*nanges

2. Ya, aku tak mampu nak pakai tudung mahal mcm ko. Tudung sepuluh hengget tu pun syukur yang amat dah aku mampu beli. 

Ok, aku mintak maaf pd kakak2 jelitawan sekalian. 
Aku salahkan mata aku ni. sbb dia nmpk korang mcm tua. eh tak. Mcm mak datin.
Sebenarnya aku jeles aku tak mampu bergaya mcm mak datin. Lalu aku kutuk. :p

Sekian.
Peace.




Friday, April 18, 2014

Review: Sarapan di Kota Bharu

Member2 selalu tanya mana makan best kat kota bharu.
Jawapannya: tah la. Aku pun tak tahu.
Hahahha
Sian korang dpt member kelate mcm aku. Aptb.

Kalau korang tanya aku psl jln lagi fail. Psl kat mana satu2 tempat tu. haram aku tatau.
Ciklel lagi terar dari aku kot.
Yang aku tahu tempat2 biasa aku pegi je.
Lain2 sorry. Sila bukak waze.

Tapi boleh la kalau nak citer sikit mana nak cari makan kalau korang sampai kb.
Ni yg biasa aku pegi la ek.

Sarapan:
Banyakkkkkkkkkk
Kb ni pagi2 ko takyah risau.
Banyak kedai2, gerai2 yg jual sarapan. Menu, juling mata ko nak memilih.
Kalau pegi pasar, area makanan pagi tu, lagi gile. Semua ko rasa nak. Pilih je.
Tp aku jarang pegi pasar. Lagi pulak aku ni tak berapa suka makan kuih.
Tp kalau cekmekmolek, aku pantang nampak. Sini takde wehh.

Salah satu tempat bfast yg pemes Kopitiam Kita.




Kat sini berkumpulnya nasi2 belauk dan segala nasi yg pemes seantero negeri.
Kiranya pusat sehenti la. semua ada. 
Tokeynya chinese. Pekerja semua melayu.
Pembekal nasi2 semua melayu.
Pelanggan pelbagai bangsa.

Kat dinding dia tu gambar org2 pemes yg penah singgah.
Kalau retis mmg berlambak.
Gambar siti ngan laki dia kemain besar.


Gambar aku takde lak. 
Eh ko retis ke??





Memang sentiasa full house. Cuti sekolah lagiiiiii laaa


Tp bagi aku nasi dia xdelah sedap mana pun. 
Glamer je lah. Nasi biasa je.
Mcm nasi belauk air dingin, tak sedap pun.


Sedap lagi nasi belauk kak mah.
Area kg sireh.
Kalau korang nak try nasi2 sedap, baik pegi kedai kak mah. Kg sireh tu area tesco, dekat ngan kediaman rasmi menteri besar. 
Maybe sbb nasi2 kat kopitiam kita dh siap bungkus. So lama2 sejuk. Kuah plak dh siap campur.
I is not like. Aku suka nasi panas, kuah basah2. Sambal pedas. Uiiiii sedapnya....





Signature menu kat sini roti titak.
Sedap nak arewahhh.
Aku yg xmakan telur tak masak ni terboleh suka roti ni.
Terbaeklah!



Ha kau. Kerakusan teserlah. Hahahhahaa





Wednesday, April 16, 2014

Mi rebus kg morten

Dah lama aku dgr psl mee rebus kg morten ni.
Tp tiap kali pegi mesti tutup.
Mana taknya aku pegi siang buta.
Kedai tu bukak malam. Apadaaa.

selasa lps melaka cuti.
Sempena pengisytiharan bandaraya bersejarah katenye

Pagi2 buta bangun siapkan kek order
Kata cutikan. Mana boleh mengangkang kat rumah je.
Maka marilah kita keluar ambik angin cuti.
Walaupunnnn hujung2 bulan ni.

Sekali pegi jusco ada plak sale.
Ya ampunnnn takkan nak tgk je kan. Tetiba tersopin la pulak. 
Mostly kedai2 dlm tu pun ada buat special sale. Mcm crocs ada la less 15%. 
Hari tu je. Tak tahu pun sbnrnya. 
Mmg plan nak belikan budak2 ni sandal. So berjaya jimat beberapa puluh hengget. 
Ciklel paling kesian. Dia baru je beli sandal last week. Full price.
Sekali minggu ni ada less la pulak. 15% bnyk okeh. Dlm 30hengget lebih beza. 
Hahahaa mari kita gelakkan dia.

Mlm tu berjaya dinner kat kg morten.
Nak gak rasa apa sgt specialnya



Roti bakar siam.
Stail cicah2. Kaya+santan 
Okla. bg aku biasa je.
Yg lain skit sbb cicah santan tu.


Roti bakar morten.
Tengah tu teloq halfcooked.
I is tak suka telo tak masak. Maka aku tak suka keseluruhan makanan ni.
Ciklel abiskan.




Mi rebus special ada ayam goreng.
Yg biasa xde ayam.
Harga ok la. 
ada ayam 6.50 kot. Takde ayam 4.00
Eh ye ke. Kalau tak silap aku la. tetiba lupa ingatan.
Rasa biasa je. Pedas. Tang mana specialnya aku tak nmpak.
Maybe kat ayam goreng tu kot.
Yg lain biasa2 je. Not bad org putih kata.


Ni kedai dia.
Seberang jalan tu sungai. Boleh nmpak river cruise. Nasib mlm. 
Kalau tak meroyan panglima kenit. Tak sng semorang nak makan.



Ni dh lps makan takpe. 
Tu pun xnak balik. Nk tunggu booottt...umar nak tgk booottttt. Kemain. Org panggil bot dia panggil but. Hahaha

Dh tu je nak cite.
Bai.