Sunday, April 6, 2014

Review Percutian Pendek: Pangkor Island part 2

Esok pagi bfast di hornbill restaurant.
Pakej utk 2org je. 
Tapi nmpknya dorang xstrict sgt.
Tak berkira dgn budak2. Mcm tau je anak2 aku apa sgt la yg dorg makan.

Foods ok.
Main course ada nasi lemak, rendang, kueytiew, mi tomyam etc
Ada counter roti canai jugak.
Pastu side dishes mcm biasa. Byk pilihan jugak.




Bahagia hidup kalau hari2 dpt camni kan.








Dah namanya hornbill restaurant
Makhluk ni kemain byk lagi.
Bertenggek sana sini


Ada 5ekor kat situ
So pepaham jelah. Cemana kalutnya aku makan.
Sbb panglima terbilang tu kan penakutnya tahap dewa.
Menatang alah ni pulak tak takut org.
Standby nak curi makanan org je.




Agak2 mana semua makhluk meja ni?
Jgn kata adik, abang kakak semua bertempiaran.
Nasib ayah xde time ni. Kalau tak dgn ayah2 sekali. Ahhahahaa
Tu belum lagi monyet kat atas bumbung.


Peacock pun ada.
Nmpak dlm gambar tu?
Dia tgh ambik angin pagi.

Pendek kata kat sini segala binatang ada.
Berkeliaran je. 



Nilah sebenarnya tujuan percutian kali ni.
Celebrate Kakak's 6th bday 
Kononnya konsep tahun ni la.
Percutian hari lahir. Merangkap hadiah sekali.
Last year ada majlis utk setiap org.
This year kita buat camni pulak. Kita2 je. Tapi ada something to remember.
Alhamdulillah...anak2 happy.


Lps perut dah kenyang turun jejalan ke pantai jap.
Tgk crab.
Banyak gile okeh.
Anak2 ketam. Banyak sampai semorang excited.



Belah hujung sana villa. Paling mahal. Atas air.
Tp bg aku membazir je kot. Pagi air surut dah kontang jadinya.
Lagi pulak bukan ko nak memerap dlm bilik je kan.
Lain la pengantin baru.
Yang dh beranak pinak ni, toksahla.
Ambik bilik yg biasa2 dah.
Asal sea facing. Ok sgt dh tu..

Ok, cerita pasal bilik meh aku bgtau sikit sebanyak psl urusan booking membooking.

Pada aku, lebih murah kalau kita book thru booking.com/agoda.
Sbb kalau thru direct website resort,  room price tak termasuk bfast. Kalau ko nak, kena tambah RM60/pax. Tentu2 ko kena amik bfast skali sbb celah mana nak pegi beli bfast kan. Resort ni mmg jauh dr orang.

Hari tu aku booked thru booking.com. dh include bfast for two.
Harga before tax utk pacific ocean RM384. Plus tax 16% total lebih kurang RM450.
View cantik sangat. pool and sea view. 
Kalau garden view murah la skit.




Kalau direct resort total kurang singgit dua nk ke RM500. Tu sbb aku kata lebih murah.
So korang pepandailah ya. Survey dulu.





Tu sang ketam punya lobang. Yg nampak timbul2 tu segerombolan anak2 la tu. sepanjang2 pantai. Mau juta2 kot. dorang naik ke darat.
Aku dh macam cuak. Pesal byk sgt ni. Tsunami ke apa?
Choii sangat imaginasi.



Ni dh lepas naik atas tukar uniform.
Operasi tangkap ketam.
Nmpk bapaknya yg terlebih xcited. Hahaha


Ciksemah ni dah kenapa?


Layankan laki ciksemah. Tetiba rajin plak nak ambik gambar bini. Kalau tak harammmmm bergaduh2.


Dh puas mandi pantai, masuk pool sampai kecut.
Aku dh naik awal tidokan panglima terbilang.
Kemas2 utk check out.




anak dara ni tetiba nak pakai tudung plak. Nasib ada seketul dlm bag.
Kalau tak kau mampu nak jawab soalan dia, mmy tak suka ke kakak tutup aurat? Mmy suka berdosa?


Before return kereta, singgah jap kat kota belanda.
Emir yg nak pegi sgt.
Dia suka sejarah2 tak mcm mak dia.
Kalau mak dia, pegi ambik2 gambar buat syarat je.
Nama nak ambik tahu psl tempat tu takde.
Keji betul. Haha




dia paksa aku baca pasal sejarah kota belanda kat batu tu.
Sbb lps tu mcm2 soalan yg dia tanya.
Terkangkang2 aku nak menjawab.



Bawah tu mcm telaga.
Dh kotor pun airnya.
Tak berjaga.





Singgah jap beli hasil laut pangkor katanya.
Satu-satunya org melayu yg aku jumpa.
Paksu nama dia.
Siap gorengkan ikan bilis bagi kitaorg rasa.
Mmg sedap.
Katanya beza bilis pangkor ngan siam punya yg biasa kita beli tu.
Yg ni tak masin. Lemak2. Serius sedap.
Pastu pesan dia, kalau org kata ikan bilis mata biru sekian harga sbb special, jgn la tertipu. 
Sbb semua ikan bilis pangkor matanya biru.
Cina saja highlightkan benda tu sbb nak main harga.
Ya tak ya. Aku tgk semua pun mata biru. Kelassss ko bilisss!




Beli sikit sebanyak. Ambik nama sampai pangkor katanya..


Ni kedai paksu. Jalan ke kota belanda kalau dari pekan pangkor. 
Siap suruh aku promot kat fb lagi. Hiks 


Ni tempat beli barang2 kering. Balik semula ke lumut br beli.
Kat pangkor tak beli. Sbb malas nk ngangkut banyak brg.
Harga sama je.



Otw balik melaka singgah jap menara condong teluk intan.
First time sampai wehh.



Umar tido. So mmy layankan budak berdua ni je.
Naik sampai aras 3. Takde apa pun.
Saja bagi dorang rasa. Kurang2 ada la pengalaman sampai menara condong ni.
Eh benda ni ada dlm buku teks tahun 3 ni. Bagus sangat kalau dpt tgk sendiri.



Nah, pegi baca sejarah sendiri. Omak kau tak kuasa.





Sampai melaka dah malam.
Hujan lebat lak tu.

Alhamdulillah walau penat tapi seronok.
Betulla kata org pulau/pantai adalah tempat yang paling best utk kita lepaskan tekanan.
Rilek. tak sempat nak pikir pasal masalah.
Bila tgk pasir, air laut, sunset, sunrise, hilang segala tekanan.
Dapat seminggu percutian mewah di pulau alangkah bahagianyeeeee.
Hoi berangan!


Next insyaAllah Redang. Utk bday Emir plak.
Tgh plan tarikh.
Dah teruja sangat ngan Laguna Resort ni. Kena kumpul duit laju2.
Kos lima beranak mcm nak booking tiket pegi korea.
Dah lama pasang angan2. Angaukan laguna ni sejak pertama kali ke redang dulu.
Almaklumla. Dulu student camping dok dalam khemah je. Pusing2 pulau singgah pantai laguna, mmpu telan ailio jelah. Huhu.
Kali ni dgn beranak pinak aku hangkut.
Redang, mu tunggu aku datang!































3 comments:

CikW4nKemb4ng said...

weiiiiiii

kuruh mung weiii
aku jugop gemuk po ngandung
hahahaha

Makcik Anak 3 said...

wah...best tu g PAngkor..

NinaDiana said...

CWK, mana mu menghilang. Lamo xnapok wehh.
Ahaha menguruskan diri sebelum mengembong balik nnti..

MA3, boleh la...yg penting dekat :))